Sunday, July 29, 2012

Menu Iftar

Ini menu Iftar Sabtu lepas. Biasanya menu taklah sebanyak ni, tapi disebabkan kami mengundang 2 pasangan tetamu, agak meriah sikit jadinya. Tambahan pula tetamu pun datang dengan bawa makanan juga. Wah... penuh makanan semeja.

Terima kasih kepada Alin dan Pat, serta Ica dan Faizan kerana sudi datang ke rumah. Masa awal2 tak ingat nak ambil gambar, so nilah jadinya apabila gambar2 makanan diambil selepas 'majlis' berlangsung.. hehe..
Gulai ikan talang kering

BBQ chicken dimasak oleh Pat

mixed vege

sambal belacan..

ceri dan strawberi.. blur la pulak. :p

lopis made by my hubby

muffin by Pat

kuih bakar special by Ica

last not least, rosemary chicken by me :)

14 comments:

  1. yummmm, rosemary chic so mengancammm :-)

    ReplyDelete
  2. salam umi,

    wah yg special tu semestinya gulai talang tu lah...guna bahan-bahan yg dipos ek hari tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dini,
      tepat sekali.. guna bahan2 yg dipos hari tu lah. bulan2 puasa ni teringin mkn sedap2, esp masakan mak. tp sbb dah jauh, kena la masak sendiri ;)

      Delete
  3. nyum nyum sedapnya umi,ni kat pasar ramadhan tak dak heheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg mana tak dak tu chik mi? kuih lopis ada. ayam golek pun ada kan.. oo buah ceri? tiba2 teringat pokok ceri kat sana. suka jugak kutip mkn buah ceri tu tp yg tak tahan byk ulat bulu :D

      Delete
  4. As salam Umi,

    Byknye lauk! Pandainye hubby awak buat kuih lopis! Lamanye tak makan kuih lopis, nak buat tak jumpa lak beras pulut... Nasib baik tgh nak tunggu sahur ni...hehee... Selamat berpuasa :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Marya..
      Selamat berpuasa jugak buat Marya dan family nun jauh di Peru sana. raya balik tak?
      kuih lopis ni senang je buatnya.. cuma guna microwave. resepi asal pulut kuning amik dari dapur TTM lepas tu kami tukar buat kuih lopis pulak.
      Sahur mkn nasi ke?

      Delete
  5. Salam Umi,

    Nanti raya ke-3 saya akan ke perth, tengah survey2 jugak kot-kot orang melayu yang menetap kat perth buat open house ke bolehla join skali mengeratkan siraturahim hehehe selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Noor,
      wah jauhnya dtg beraya. bercuti ke sini ke? boleh apa salahnya dtglah beraya ke rumah nanti. tp takla special mcm raya kat msia, tak ada ketupat daun palas kat sini ;)

      Delete
  6. Hehehe muka tak malula saya ni nak makan free rumah orang. Saja jalan-jalan makan angin, masih survey tempat-tempat yang menarik kat perth dan terjumpa blog ni. Banyak info yang saya dapat tapi tak habis baca lagi. Pada pendapat umi la kat mana tempat yang wajib saya visit selama 7hari kat perth? Setakat survey sendiri pun tak tentu jugak sebab tak pernah sampai sana lagi. Kena tanya orang yang dok sana baru tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah, sbb tetamu yg dtg ke rumah ni bawa rezeki kan. ;)
      7 hari tu plan nak jalan dalam bandar aje atau nak jalan jauh2? sy duduk sini pun tak pernah jln jauh2 lg so kalau nak cadang tmpt jauh2 tu mmg tak tahulah. takat pusing2 dalam/sekitar bandar aje taulah :D bergantung juga pada minat, suka shopping ke, atau suka tgk tempat2 menarik ke dll..

      Delete
  7. Salam Umi.Apa kabar?Slmt menjalani ibadah puasa ya.
    Wah!mmg seronok berbuka puasa beramai2..tambah berselera makan.Juadah pon sedap2 tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Atie..
      terima kasih.. selamat menjalani ibadah puasa juga kepada kak atie sekeluarga.

      haah mmg seronok dpt berbuka puasa beramai2. tak sedar masa berlalu, mkn pun berselera aje :D

      Delete