Monday, July 9, 2012

JJCM: Tina's Kitchen, South Perth

Laporan tempat makan yang kami pergi baru2 ni.. dah lama tengok iklan tapi skrg baru try cari sbb tak tahu kat mana, lagipun ada terbaca review pasal mi rebus yg sedap kat sini. lama sangat tak mkn mi rebus yg sedap. last mkn kat mi rebus ramli di Ipoh.
masa mula2 sampai, kami parking agak jauh juga iaitu parking dekat tempat feri. lepas tu menapaklah ke sini.  tak jauh mana sgt, bagus utk eksesais hehe.. rupanya kedai ni terletak di bahagian belakang. ada ruang utk parking juga kat depan kedai. (cuma kena tengok betul2 kalau petak putih kena byr kat mesin lain, kotak kuning kat mesin lain.) .. kedainya ni kecil saja, tp sangat selesa. tuan kedai pun sangat ramah. makanannya? hmm dah dua kali sy ke sini mkn mi rebus.. maknanya mmg sedaplah tu kan? jom layan gambar..




yiyi tanya tuan kedai kenapa gambar tu tak ada hidung? dia nk tolong lukis :p




mi rebus lengkap serba serbi
peminat soft drinks dan coklat.. sampai gg habis rongak

nasi beriani dgn lamb curry


cheeky boy

mat serius

wednesday and saturday special, free bandung drink with every meal!

musim sejuk ni ada jugak yg nak minum bandung :)

chicken satay

bihun soto

mi soto

mi rebus second round (dtg kali kedua lah) he he.. hmm cmn lah berat tak bertambah kan? mkn sedap2 :p


Alamat kedai:

Tina’s Kitchen

16 Mends St Unit 6 South Perth, WA 6151
Cell:             04 3093 8300      
Email: contact@tinaskitchen.com.au

The Opening Hours

Tuesday to Saturday: 
11:00 am to 3:00 pm & 5:00 pm to 9:00pm

Sunday: 11:00 am to 3:00 pm
Monday & Public Holidays Closed

9 comments:

  1. haah.. dulu dia kat Bentley kan. skrg kafe kat Bentley under new management, milik bekas pekerja tina's kitchen juga. nama kafe tu Spicy Mama :)

    ReplyDelete
  2. Harga diorang memang x lari ye kak umi..8-10aud..parah gak kan if mkn luar hari2..tp seyes nampak sedap mee rebus & beriani tu,sy peminat mee rebus..mau gi carik ni jap lagi..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. rege sini standard lah. yg mahal lg pun ader. mmg sakit mental kalau mkn kedai hari2 hahaha.. tp nak buat cemana kos brg kat sini mmg mahal.

      terkini k umi dah terjumpa satu kafe yg agak murah juga harganya, iaitu $6-7 utk satu meal. nanti k umi update. ;)

      p/s: dah ada org contact tak?

      Delete
    2. $6 kira murah tu...belum lagi kak Umi..insyaallah ada rezeki ada la tu...hehe..rindu mau tgk kangaroo

      Delete
    3. kangaroo pun kata dia rindu nak tengok Hannani lg ;)

      Delete
  3. Salam Umiyumi...tengok menu tu macam Ummi masuk restoren kat Msia pula....dg sirap bandung..mee rebus lengkap dg taugeh dan tauhu...sate...sedap2 belaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mama..
      betul tu, tp ni restoran singapore. umi tak sampai singapore lg tp dpt mkn masakan singapore pulak kat sini bagus betul kan dia letak bahan2 yg lengkap. :)

      Delete
  4. huhuhuhuh, tengok menu ajelah. Adelaide tak ada kedai macam nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini ramai jugak singaporean, diorang ada buka kedai mkn mcm ni dan juga halal meat. :)

      Delete