Tuesday, July 24, 2012

Found treasure

3 barang ni dibeli di sunday market. ada yg mahal, ada yg murah. ada yg tak pernah jumpa. kalau harga munasabah, bolehlah beli. kalau boleh tawar harga lagi bagus. tp barang2 mcm ni penjual pun dah pandai. dah tahu nilai 'antik' barang tu. contohnya sebelum ni beli sarung bantal dpt harga $1 untuk sepasang. next time, dia jual $5 pula. time org ramai, harga naik sikit. time org tak ramai atau time dah nak tutup, dia akan letgo murah sikit. kalau bernasib baik, dapat brg free. konsep sunday market ialah jual barang terpakai sahaja. tak boleh jual barang baru. tapi ada juga yg jual brg baru contohnya mainan. bergantung pada penganjur jugaklah agaknya. sesiapa pun boleh berniaga di sunday market. cuma bayar kos sewa tapak aje.

saya suka jalan2 ke sunday market ni sbb boleh tengok bermacam brg, dan tengok org juga. tp yg tak tahannya ialah org yg bawa anjing yang suka hidu2 orang lalu lalang. tiap kali nak lalu, kita kena bersilat elak dr tersentuh anjing.. tak kurang juga yg kalau kita tegur anjing dia. eh comelnya!.. tuan dia suruh kita gosok2 pulak anjing tu.. sambil kata yg anjing dia mmg friendly dan won't bite. ada berani? :)
sugar pot

suka dengan corak bunga rosnya yg timbul dan juga keliling pot mcm ada mutiara kan?


cake plate yang sangat cantik

roses lagi


diorang pun pandai dah letak harga mahal utk pinggan dari england :p

suka belek bunga dan corak sekeliling pinggan

mangkuk kaca dengan bentuk scallop di sekeliling siap dengan tangkai

corak bunga.. dan boleh sangkut sudu kat bahagian tengah..mungkin untuk cedok dessert?

atau letak gula2/coklat pun menarik juga kan?

6 comments:

  1. Salam Umi.Slmt menyambut bulan & slmt berpuasa tuk umi sekluarga.

    Cantiknyaaaaaaaaa pinggan & mangkuk kaca tu..mangkuk putih pon lawa gakkk.

    MMg rabun mata klu g sunday market tu ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Atie..
      terima kasih.. selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa juga untuk Kak Atie sekeluarga.

      hehe tenkiu2.. mmg cantik2 pinggan kat sini tp kena pilih2 jugak, ada yg jual mahal sangat. jomla dtg sini kita jalan2 sunday market. mcm2 ada! :D

      Delete
  2. waa..bila nak buat GA bagi adiah pinggan mangkuk lak heheheh..tambah koleksi nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat tu boleh, nak posnya payah. takut pecah, dah tu posnya mahal silap2 lebih mahal dr pinggan he he..
      tp kalu buat GA pinggan sunday market ni ada org berminat ke? ye la pinggan terpakai lah kan. lain la kalau pinggan baru.. ahakss..

      ada cadangam pinggan ape ke?

      Delete
  3. Aaa..cantiknya cake plate rose tuh..yg mangkuk kaca bertangkai tu pun cantik..boleh jadi tempat letak hantaran tu kak umi..hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. bekas hantaran? menarik jugak idea tu kan. nak tunggu anak kawin ni pun lambat lagi. masa tu dah antik dah hehe.. nanti datang sini jom la jalan2 sunday market. tp dengar kata supermarket dah nak start trading sunday ogos ni. kalau betul, entahlah kat mana diorang nak pindahkan sunday market sbb diorang ni biz kat parking supermarket :p

      Delete