Thursday, July 5, 2012

Love and Care Cafe

Esok hari terakhir sekolah sebelum cuti 2 minggu. Malam ni sibuk buat apam polkadot untuk jamuan akhir persekolahan. Sebenarnya bkn satu kebiasaan ada jamuan tapi sebelum cuti sekolah yg lepas ada buat cupcakes. so kawan2 anak tanya kali ni ada kek lagi tak? kesianlah pulak diorang tanya so buat apam pulak ok lah kan, biar diorang merasa.

Tapi malam ni plan nak update tempat makan yg kami pergi baru2 ni. Baru je sedap2 on pc tgk2 internet tak ada pulak. check2 modem lampunya tak menyala rupanya dah kena gigit dengan si Mael (arnab comel yg kami bela tu). tiap2 mlm kami lepas dia kejap bg main2.. masa org sibuk buat apam, dia pulak buat hal. heee

Oh ya berbalik pasal tempat makan ni. kami ke sini selepas ada urusan di city minggu lepas. Semasa baru2 sampai tengok ada kumpulan pelancong baru lepas mkn kat sini. kedai ni mungkin ramai pelancong yg singgah sbb dibuka awal untuk breakfast. kebanyakan kedai makan buka pukul 12 tengahari. makanannya ok, boleh tahan sedap. mengikut kata adik yg bekerja kat situ, kedai dibuka setiap hari bekerja dari pagi sampai ke 8 malam. Sabtu dan Ahad ditutup.

nasi campur lauk sotong dan ikan
nasi beriani ayam dan sayur campur

satu lagi view nasi beriani

bahagian dalam








































Alamat kedai:
Love and Care Cafe
Perth CBD 
38 Pier St Perth, 
WA 6000 
Tel: 08 9225 6400

10 comments:

  1. Kak,

    Last night we planned to have dinner kat situ tapi tutup.So in the end makan kat D'nyonya penang(Seafood Hor Fan sedap) Sedap tak L&C ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bg kak umi ok aje Cha. kalau nasi beriani k umi suka Insan's Cafe. Kalau goreng2 esp nasi goreng ikan masin atau buffet, suka ke Makan2 Kafe kat Vic Park.
      tak pernah try goreng2 lg kat L&C sbb baru first time pegi :)

      Delete
  2. salam umi,

    asyik lupa jer nak tnya kabar si arnab yg sesat itu.....

    tak ada org claim ek? wah rezeki umi laa tu, takpun rezeki kymba...heheheh

    kymba tak jeles ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dini,
      sampai skrg tak ada org claim arnab tu. bila dah bela dia, sayang la pulak. tambah2 pandai main kejar2 ni. kymba tak jeles, cuma dia musykil aje. kalau arnab tu lompat dekat dia, dia lari hehehe

      Delete
  3. Najwa tak pernah lagi datang makan di sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke. sama la k umi ni baru first time. tu pun sbb buat visa medical haritu.

      Harini k umi pegi mkn kat Tina's kitchen pulak. jumpa bos lama najwa ;)

      Delete
  4. salam kak umi, lama x mengomen tapi x missed baca tau, sodap bona nampaknyer lauk pauk tu ya, gaya masak cam nasi kandar kat sini la pulok..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis susumanis,
      tenkiu2 sbb sudi dtg selalu ke sini.. :)
      haah gaya masak cam nasi kandar je kan? tapi manalah nak sama dgn nasi kandar kat sana. bila mkn nasi kandar nanti ingat2 lah kami di sini. :D

      Delete
  5. Salam Umiyumi.nampak kemas dan bersih restoren ni.byk juga restoren halal kat sana....mudah kalau nak tukar selera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mama,
      betul nampak kemas dan bersih. kita mkn kat situ pun rasa sejukk je kan :)

      Delete