Baru-baru ni terima kiriman dari adik di kampung. Memang saya minta tolong dia untuk cari barang2 ni especially ikan kering buat stok bulan puasa. Mcm biasa kalau nak pos barang mcm ni selalu kecoh kat post ofis. Ini bukanlah kali pertama dia pos barang mcm ni. Dah beberapa kali. Pejabat pos kata polisi diorang tak benarkan pengeposan barang makanan kering mcm ikan bilis ni. So adik saya dah maklum, tapi memandangkan pernah pos sebelum ni (pun kecoh juga sampai suruh sign), dia dah faham tanpa disuruh lagi untuk tandatangan borang dengan mengambil risiko sekiranya berlaku sesuatu. Nak buat mcm mana kan, dah kakak dia request, terpaksalah dia pos juga. Malu juga dia kata bila kerani kat kaunter tinggikan suara sampai pelanggan lain dah tengok2. Dah la adik saya tu tengah mengandung. hmm.. sampailah bos kat situ keluar ke kaunter dan tanya apa masalah dan last2 suruh adik saya sign borang tu dgn risiko sendiri. Mcm mana tu? mmglah polisi tak boleh, tp kalau pelanggan sanggup tanggung risiko, apa masalahnya? saya pun tak fahamlah. lagipun barang2 yang adik saya pos tak pernah sangkut semasa pemeriksaan di sini. Walaupun kena kuarantin, semuanya saya terima dengan selamat. Malah kali ni tak ada pulak sticker kuarantin. Itulah masalahnya dengan sektor perkhidmatan kan.. apa salahnya cakap elok2, janganlah mcm sampai nak menjatuhkan maruah org.
Oh ya, kalau barang yang tak lepas ke sini biasanya adalah produk daging dan tenusu. Tak tahulah saya kalau ada yang pernah lepas pos serunding daging ke. Yang saya tahu kalau bawa makanan through flight kadang2 diorang tak check sangat pun. Tengok nasiblah jugak. Yang penting kena declare makanan dan juga ada senarai bahan2. Saya siap suruh adik saya letak label dan bahan2 supaya senang diorang faham apa kandungannya.
Gambar2 seterusnya ialah bunga osteospermum yang telah berkembang. Pokok ni adalah pemberian jiran kami yang tak tahu speaking english. Kami cuma tunjuk2 bunga dia tu sambil angkat tangan buat thumbs up so dia pun faham la dan terus cabut anak2 pokok tu dan bagi kat kami. Dah hampir setahun tanam, pokok ni dah berbunga. Ada dua jenis warna iaitu putih dan purple. Tak sabar rasanya tunggu spring nanti sebab kami tanam keliling pokok jacaranda. Bila semuanya berbunga mesti nampak lawa habiss.. hehe..
Oh ya, ni info pasal bunga ni. (merujuk kepada
http://www.osteospermum.com/)
The name Osteospermum is derived from the Greek osteon (= bone) and Latin spermum (= seed). Osteospermums belong to the daisy family ( Compositae / Asteraceae), hence their common names: African Daisy or South African Daisy, Cape Daisy and Blue-eyed Daisy.
They mustn't be confused with the annual Dimorphotheca. Although most commercial Osteospermums are labeled as annuals they are in fact half-hardy perennials or subshrubs. This means they are not entirely hardy and will therefore not survive persistent frosts. However, they can be propagated by cuttings or overwintered in a frost free environment.
|
untuk gulai yg sedap, adalah penting utk dptkan serbuk kari cap tarbus tu :) |
|
asam keping pun import. kenapa? sbb asam keping beli kat sini masam terlebih dan tak sedap hehe. Bihun PAMA pun aderr |
|
bulan2 puasa saya suka buat gulai ikan talang kering. ikan bilis pun ada, dan juga gelama kering |
|
diimport dari tanjung dawai nih |
|
keropok adik perempuan sorang lg kirim. dah habis kena mkn mentah2 dgn budak 2 org kat rumah ni :p |
|
osteospermum |
|
awal2 winter belum byk bunga |
|
terkini... bunga2 berkembang dgn meriahnya :) |
|
ini yg warna purple. tp kamera tak dpt capture kaler sebenar. tgh tunggu gajet baru ni. sabar.... :D |
salam umiyumi..ada satu masjid kat perth ni yang di usahakan pembinaanya oleh org malaysia..salah sorang tu ustaz othman dari kg baru..dulu dia cakap nak dudok sana..mngajar fardhu ain..
ReplyDeleteSalam Nekcik,
Deletekat sini byk juga masjid. tak perasan pula nama ustaz tu. masjid yg org malaysia buat rasanya ada kat Hepburn. tak sampai sana lagi. Insyaallah nanti ada masa nak pergi menjejak juga komuniti melayu kat sini. dengar kata penempatan awal adalah di Katanning. :)
Umiyuni..kalau ada rezeki ke sana Hepburn tu jangan lupa tanyakan ustaz osman tu...tkasih..
DeleteInsyaallah Nekcik..
DeleteNekcik kenal ya ustaz Osman tu?
ala..siannya haah kan kadang2 tak tau le apa masalah dia orang..padahal pos di m'sia dh di swastakan..sepatutnya service pon improve la lagi..tp mmg betul la kak umi..alhadulillah la masa dkt airport dulu tak susah pon nk lepas..susu dgn ubat kimi pon dia org tak tengok..tanya skit2 jek..ke sbb masa tu awal pagi..lagi pon time tu org tak ramai..ke dia malas nak layan kitaorg yg busuk sbb tak mandi pagi hahahahah ;p
ReplyDeleteBetul tu Su. mungkin kalau naikkan gaji diorang, barulah diorang happy sikit kot nak bg servis kat pelanggan he he.. entahlah.
Deletekat airport diorang tgk org juga. tambah bawa kimi dia faham la kalau bawa susu tak mengapa. time mak k umi dtg haritu ada family yg bawa sambal tumis la mcm2 dia tak tgk pun :)
Kak Umi, Banyaknya stok. Mesti seronok dapat parcel Dari Malaysia ;)
ReplyDeletemmg seronok sgt Najwa. nak buat mcm mana lambat lg nak balik, terpaksa minta adik kirim ke sini :)
DeleteSalam Umi.byk stok....lepas ni boleh masak mcm2. akk pun suka ikan talang.kdg2 ada yg jaga kaunter jenis tak ramah mesra.....susah nak cakap elok2 dg org yg berurusan. kat Cairo brg2 makanan yg dipos tak da masalah tp diorg tetap buka parcel dan akan caj lagi kos penghantaran kepada penerima.
ReplyDeleteSalam Mama,
Deletemmg sengaja buat stok utk beberapa bulan. nanti dah habis boleh minta org kg kirim lg he he.. bln2 puasa ni mmg tak selera nk mkn sbb tu kena ada ikan talang kering. ada ikan kering baru jalan sikit nak mkn.
oh dkt Cairo mcm tu pulak ya, double caj lah. dah la nak pos ke sana mahal kan, kita kena byr lg rupanya. isk isk :p
bestnyerr seme stok tuh, nk g cari ikan talang gak la, bunga tu cantikkkk sgt kan, bau wangi x :-)
ReplyDeletesuka ikan talang jugak ya.. hehe
Deletebunga ni cantik kan, tp tak pernah cium pulak baunya. rasanya dia tak bau wangi mcm bunga ros tu.
Kak Umi
ReplyDeleteSebab tu la, kalau mak Gina nak hantar barang ke Adelaide nie guna DHL aje sebab malas nak berurusan dengan orang POS yang banyak songeh tu.
Oh ye ke. hmm mungkin kena tgk alternatif lain jugaklah mcm ni. kesiankan org yg kena pos tiap2 kali problem mcm ni..
Delete