Thursday, April 18, 2013

Ros merah hati dan telur yang tak menetas :)

Mari mencantikkan rumah anda dengan bunga ros yang segar! Hehe.. impian saya kalau boleh nak sentiasa sediakan jambangan bunga yang segar di dalam rumah. Tapi apakan daya, waktu summer tak berpeluang buat macam ni kerana bunga cuma tahan sehari dua dan lepas tu layu. Musim (luruh) sekarang ni waktu malam agak sejuk. Jadi kalau letakkan bunga hidup dalam pasu, boleh tahan sekurang-kurangnya 2 minggu. Memandangkan tahan 2 minggu, boleh la beli 2 minggu sekali kan? Yesss!

Kalau kat Msia, time balik Cameron Highlands barulah boleh borong bunga ros banyak-banyak kan? Itupun saya rasa frust juga sebab tak tahan lama, mungkin sebab cuaca. Tapi itu bukan alasan taknak ceriakan rumah, bunga plastik pun saya beli juga asalkan nampak cantik dan real.. cuma kena pastikan tak berhabuklah kan. Selain dari bunga, saya juga suka beli hiasan rumah. Ada sesiapa yang punya hobi macam ni?

Jom layan gambar...
Kali ni ros merah hati pula

Sejambak 10 tangkai harganya $10.. atau kira-kira RM32. Ok tak?

Baunya harum

Tapi rasanya yang warna pink lebih kuat baunya

Kini menjadi penyeri di meja makan
Macam nilah diorang jual kat farmers market, bila tengok aje mesti geram nak beli
Telur dan sarang burung hiasan

Gerenti tak menetas

Telur burung puyuh?

Bunga pink yang segar sebelum ini telah kering.. tapi saya tak buang

Jadikan hiasan lagi.. masih cantik

Tetap indah di mata..

6 comments:

  1. telur hiasan ke tuh umi? macam betul punyer.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Dini.. Telur hiasan, tp rasanya mmg kulit telur yg betul tu ;)

      Delete
  2. Semua suka...Dr bunga ros merah, telur hiasan Dan sarang yg Sungguh unik Dan bunga ror pink yg dikeringkan...semua cantik

    ReplyDelete
  3. dah duduk kerteh 5 tahun baru perasan takde kedai bunga fresh.. agaknya tak tahan kot sebab cuaca tepi laut ni panas sangat... mau 2 hari ros merah dah jadi kering macam ros pink tu.. hehee... tapi cantik nya ros merah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah cuaca kat tepi laut mmg lebih panas kan Kak, mungkin sbb tu bunga segar tak tahan agaknya. mesti kena letak dalam peti sejuk hehehe... tp yg bestnye dok tepi laut ialah dpt mkn seafood fresh2 la kan? jom tukar seafood dgn bunga nak tak? :D

      Delete