Sunday, July 8, 2012

Cinnamon roll

Cubaan pertama membuat cinnamon roll.. nasib baik ada bread machine or maker (BM), boleh lah dia tolong adun dan uli selama sejam stgh. tapi apa yg sy dapati ialah walaupun ada BM, tak semestinya resepi yg sy buat tu menjadi.. so saya akan buat andaian dan kesimpulan sendiri apabila roti/doh tak naik mcm resepi asal. Antara kemungkinannya"


  • yis dah expired. .. pernah pakai yis expired sbb sayang nak buang. hmm padan muka, musykil sampai ke sudah. mungkin yis tu dah 'mati', takmau naik.
  • pakai susu full cream yg sejuk dr fridge. resepi suruh letak susu tepung. tp mlm2 ni mana nak cari susu tepung? pakai susu sejuk mungkin tak ok, mungkin yis tak suka sbb susu tu sejuk. 
  • roti tak gebu mcm roti beli kat jasco atau Carre4. (hmm teringin roti potato yg panas2 dan rindu garlic bun/walnut bread kat la boheme..) mungkin bahan tak cukup? so saya import bread improver dari Msia.
  • atau masa doh dah siap tu, kena tumbuk doh betul2 kuat agaknya.. hahaha ni tambah2 sendiri. so siapa yg pandai bab2 doh dan roti ni tolonglah saya ya..


Kali ni saya amik resepi dari blog Mat Gebu.. harap2 menjadi gebulah kali ni, kalau sengaja tukar2 bahan tu mmg salah saya jugalah...selepas letak bahan mengikut turutan dan masukkan dengan lemah lembut, saya tunggu sampai BM siap menguli.. hasilnya? yabedabeduuu... seronoknya tengok doh ni mengembang dan naik cantik bangat.. oh ya kali ni yis tak expired, dan susu tu sy panaskan kejap biar suam2.

tumbuk2, uli sikit dan canai. tabur bahan

gulung dan potong

mcm2 rupa pun ader. tak lepas masuk masterchef mcm ni.

selepas dibakar.. fuhhh wangi semerbak.. 

still tak brp cantik mcm resepi asal. tp sedap walaupun rupanya camni :p

4 comments:

  1. Kak umi, menarik nampak cinnamon roll akak. nampak cantik dah tu. boleh najwa cuba lepas ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik ke? he he.. najwa buat mesti lebih cantik dr ni nanti :) buatlah... mmg sedapp

      Delete
  2. Salam Umiyumi. menjadi elok roti cinamon Umi ni....suka tengok.sedap kalau dpt mkn yg baru keluar oven....akk dah lama tak meroti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mama..
      mmg sedap kan dpt mkn roti panas2 baru keluar dari oven? fuhh terangkat.. lgpun umi mmg suka mkn roti esp roti bun kentang, pandan dan coklat.. :)

      Delete