Monday, April 1, 2013

Easter bunny and egg chocs!

Tahun ni tak banyak beli coklat easter bunny atau eggs seperti tahun2 lepas. Ini adalah kerana budak 'hantu coklat' di rumah ni sudah mula menjalani rawatan di klinik pergigian dan sering dinasihatkan untuk mengurangkan makan coklat dan minum air manis dan bergas. Oleh itu sekarang ini dia dah start rajin berus gigi, minum susu dan air kosong (sebelum ni tak suka air kosong). Namun begitu godaan dari bunny ini agak kuat dan seolah-olah memanggil-manggil supaya saya membelinya.. Tapi saya teruskan bersabar walaupun agak risau kerana ramai yang berpusu-pusu membeli di saat akhir. Kami memilih menunggu sehingga selepas easter kerana coklat akan dijual dengan murah, sehingga separuh harga atau lebih murah lagi sehingga habis semua stok yang ada..

Semalam lagi kami dah mula cari di pasaraya yang agak jauh dari rumah tapi stok tak banyak dan harga pun tiada perubahan. Tiga pasaraya lagi tak ada stok langsung! Hari ini kami cuba cari di pasaraya berdekatan.. Alhamdulillah lega masih banyak stok dan dijual dengan murah sekali.. Sangat berbaloi penantian kali ini. Lagipun ada yang nak disimpan untuk kawan yg akan datang ke sini hujung bulan nanti. Harap-harap sempatlah simpan sampai masa tu kan he he he..

p/s: sayang sekali coklat ni cepat cair, kalau tidak seronok juga dapat jadikan hadiah GiveAway (GA) kan?
Separuh dari hasil borongan. Coklat MARS adalah pemberian kawan
Saya ada baca yang lebih kurang 70-80%  peminat coklat akan mula makan bahagian telinga dahulu :D




Kali ni beli bunny yang sedang-sedang sahaja sebab takut tak habis makan

MARS pun buat coklat telur

Limited edition untuk easter aje ni

Bunny yg ceria sedia untuk dimakan. Kalau anda, adakah anda akan makan telinga dahulu? :)
Yg ni pulak easter egg dan freddo choc (bentuk katak). Ada yg minat mkn coklat katak? :D

Pek kecil macam ni pun ada.. sedia dimakan. Coklat bentuk arnab dengan filling caramel :)


18 comments:

  1. wohhooo... sgt crazy tengok chocs semua ni... rasa nak ngaapp je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg boleh jd crazy tgk chocs ni semua kan, tp nak habiskan satu pun bukannya senang unless betul2 hantu chocs :D

      Delete
  2. Replies
    1. Coklat sini mmg sedap sbb lebih byk koko..yumm yumm :)

      Delete
  3. kalo kmart ni, seminggu after easter, sure lelong punya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau seminggu sure dah tinggal kotak aje Zul :) harini dah start lelong, tu pun byk yg dah habis :p

      Delete
  4. Kalau saya makan cekelat ni k.umi - it goes straight my thighs teruih ada thunder thighs! Enjoy your chocs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Wati..

      Haha tu lah, tak sampai hati nk mkn lagi sebenarnya. Br mkn caramel bunnies dah kenyang. Kalau rajin eksesais oklah juga kan? Aiskrim pun time nilah nak buat sale juga :p

      Delete
  5. tak penah jmpa pun kt melesia? heheheh ke org yg tak penah cari... tp mmg jarang jumpa lah kak, mcm best je nengok coklat mcm2 bentuk tuh, beso betul kalu coklat rabbit tuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kat sana xsambut easter sbb bkn perayaan kita tu yg xde.. Mmg best tgk coklat bentuk ni cuma ada setahun sekali. Arnab ni saiz sederhana je Dana, tp tingginya hampir 20 cm. ada yg jauh lebih besar dan tinggi dr ni..

      Delete
  6. o0o ada caramel. tak perasan la pulak. kalau murah blehla borong. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg caramel ni beli kat coles. reduced price 80 sen saja.. cepat sebelum kehabisang hehehe :)

      Delete
  7. As salam. Nasib baik la chek x brapa bekenan kat benda2 cekelat ni...!!! Chek pun x tau awat chek x suka sukusakat cekelat. Kepada mami umi selamat menjamu selera. Chek tanya sikit bulih, pasai apa bunny ada teloq ?? Chek heran la dok tak dudok arnab berteloq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Cheq Mona,
      tu yg kita tayang tuu.. tau depa tak berkenan. kalau depa berkenan mesti sanggup mai cari kat sini kan? isk tu bukan teloq bunny.. tu teloq ayam. taktau la apa motif bunny dgn teloq tu. yg kami tau coklat dia besaq2.. macam2 saiz ada. nasib baik la dia buat bentuk teloq dgn bunny, kalau dia buat bentuk oink2 tu haa cemana? :p

      Delete
  8. Akk nk dap nyr vokelat anna nk oder n akk tolong pos kn boleh x?nnt akk email kat anna brp harga nyr...akk bli kn y dap dap jer...
    Nie email anna
    Chintasri@ymail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anna, coklat bentuk arnab dan telur ni limited edition. Jual masa easter saja. Nak pos tu boleh tapi masalahnya coklat ni seeloknya kena handcarry sbb cepat cair. kalau duduk dalam kotak, panas2 takut tak ada rupa arnab dan telur dah masa sampai msia :p

      Delete