Wednesday, January 22, 2014

Balingup dan Kirup

Dalam perjalanan pulang dari Balingup Lavender Farm, kami singgah sekali lagi di pekan Balingup. Cerita sebelum ini tentang pekan Balingup boleh dibaca di SINI.

Apa yang membuatkan saya suka singgah ialah pekannya kecil saja, cuma ada antaranya beberapa buah kedai makan, sebuah kedai menjual pelbagai barangan runcit dan keperluan asas (general store), kedai emas, barang antik dan kedai menjual hasil kerja tangan dan produk keluaran tempatan tapi serba lengkap. Malah ada sebuah pusat penerangan pelancong (visitor centre) di sini. Kami sempat singgah ke Village Pedlars untuk membeli buah dan cenderamata.

Semasa bergerak balik, kami cuma berhenti seketika untuk membeli minuman di stesen minyak di Pekan Kirup. Walaupun tiada kemudahan R&R, ada kawasan khusus yang bersih disediakan untuk singgah berehat dan makan bekalan yang dibawa dari rumah.

Jom tengok gambar..

Bergambar untuk kenangan di hadapan visitor centre

Rimbunan hydrangea di tepi kedai

The Village Pedlars

Hasil kraf penduduk tempatan

Macam-macam

Macam biasa adalah yang tu dia berkenan

Kedai ini dijaga oleh penduduk di sini iaitu seorang warga emas

Kami membeli nectarines yang sangat manis ini

Jem dan sebagainya

Singgah di pekan Kirup sebentar, adakah anda nampak sesuatu dalam gambar ini? :)

Bangku dan meja kayu untuk berehat

Kirup Service Station

Kecil saja stesen minyaknya

Di sebelah stesen minyak ada pondok untuk berehat lengkap dengan meja makan

Jom makan hotdog

Termenung kerana tak dapat singgah ke taman permainan


Tapi ceria dapat ini dari Balingup

Buku tentang herba yang ditulis oleh penduduk tempatan

Ini saja ole-ole untuk saya iaitu pemegang periuk (potholder) :)

6 comments:

  1. Assalamualaikum umi.. :)
    wahhh.. anak dapat ole2.. and mak mesti ada.. :) apa taknye.. khas untuk keje2 mak kat dapor lah kan.. heheheh.. jadi lah.. pemegang periuk pun kan.. janji ade.. :) seronok jamu mata.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak :)
      Haha kalau anak dapat ole2 mestilah mak dia pun taknak kalah juga kihkih.. sayang pula nak pakai pemegang periuk tu. Simpan dulu buat kenangan atau gantung kat dapur buat perhiasan. :p

      Delete
  2. Replies
    1. Seronok Normi, jalan2 tengok kampung orang.

      Tapi tak seseronok mcm balik kampung sendiri. Tepi2 jalan ada gerai buah, air, makanan.. nampak pokok2 rambutan berbuah dan sebagainya.. hehehe..

      Delete
  3. Assalamualaikm umi aduh x thn tguk apple dlm pastik beg tu.. cer anto kt Uj di mesia ni sebungkus hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam UJ,
      Dalam plastik tu buah nectarines iaitu spesis buah peach, bukannya epal. Buah ni cepat aje lebam, takut hantar mesia dah jadi sup hehehe..

      Apapun nectarines tu mmg sedap, manis dan rangup. Sekejap je boleh habiskan satu plastik. :)

      Delete