Sebelum pulang ke rumah, kami menuju ke Nannup untuk melawat kebun lavender di situ iaitu
Nannup Lavender Farm dan kafe kecil miliknya iaitu
Secret Garden Tearooms. Perjalanan dari Busselton ke Nannup mengambil masa selama kira-kira 40 minit melalui lebuhraya yang dibarisi hutan dan ladang-ladang milik persendirian.
Sampai di pekan kecil Nannup, suasananya agak lengang kerana hari itu adalah hari Ahad. Teringat seketika pengalaman ke pekan ini semasa
Flowers and Garden Festival pada bulan Ogos yang lalu. (Boleh lihat cerita sekitar festival ini di
SINI, di
SINI dan di
SINI).
Jika anda ingin melawat ke ladang lavender, bulan yang sesuai adalah Disember kerana waktu itu bunga lavender berkembang dengan cantik sebelum dituai pada bulan Januari. Bunga yang dituai akan dikeringkan dan dijual dalam bentuk bunga kering atau diperah untuk mendapatkan minyak. Minyak ini akan digunakan dalam penghasilan krim, losyen, penyembur/haruman, sabun dan juga boleh digunakan dalam masakan.
Jom 'jalan-jalan ke
Nannup lavender farm!
Laman web: http://www.nannuplavenderfarm.com/
Alamat: Lot 2 Graphite Rd
NANNUP WA 6275
|
Kebun ini adalah milik persendirian |
|
Lanun dah sampai ke kebun lavender.. datang jauh-jauh ni |
|
Hiasan di taman secret garden |
|
Ada bangku panjang di kawasan taman tapi jaga-jaga ya ada anjing peliharaan di sini |
|
Inilah dia Secret garden tea rooms |
|
Masuk ke dalam tea room boleh nampak kebun lavender ni |
|
Kebun ni taklah luas mana, cuma ada beberapa barisan pokok lavender |
|
Bunga belum kembang sepenuhnya |
|
Jom tengok apa yang ada dalam tea rooms |
|
Produk berasaskan lavender |
|
Harga produk di sini agak murah berbanding kedai lain |
|
Bila ada tea rooms mestilah ada scones! |
|
Cappucino |
|
Sambil minum, boleh perhatikan produk apa yang menarik perhatian |
|
Terdapat poster dengan gambar-gambar sekitar |
|
Set minum teh |
|
Anjing bernama Lily |
|
Lavender yang sudah kembang |
|
Boleh juga duduk di tepi tingkap |
|
Gambar dan lukisan karya artis tempatan |
|
Heather, pemiliknya yang peramah |
|
Sabun lavender sebagai ole-ole untuk kawan |
|
Ole-ole dari Nannup :) |
|
Bunga lavender untuk masakan |
|
Boleh buat scones lavender lah lepas ni :) |
|
Potpouri |
|
Poskad sebagai kenangan |
saya bab lavender ni bukan tak suka, tapi tak tahan dengan baunya... kalau ambi pur lavender tu kejap aje sakit kepala
ReplyDeleteUmi dulu tak tahan juga dengan bau lavender ni tapi bila dah lama2 rasa suka pulak. Tambah2 pulak letak haruman rumah.. semerbak baunya. Ni kalau Cheq Sue datang rumah umi mesti pening hihi
Delete