Terdapat laluan pejalan kaki (walking trails) yang bercabang dua dan kami memilih mengikuti jalan menghala ke rumah api. Walaubagaimanapun laluan tersebut sebenarnya menuju ke tempat meninjau ikan paus! Kami berpatah balik separuh jalan kerana suasana agak sunyi dan tiada orang yang berjalan di laluan kami. Laluan bertentangan pula menuju ke tempat pemandangan batuan Sugarloaf rock. Jika dilihat dari papan tanda, jarak laluan adalah sejauh 3.6km. Kalau nak berjalan ke situ perlu persediaan dari segi pakaian dan kasut bersesuaian dan juga membawa bekalan air minuman.
Dalam perjalanan pulang ke homestay di Busselton, kami singgah sebentar di Meelup Beach yang terletak tidak jauh dari situ. Pantai ini agak tersorok, risau juga jika tiada orang di situ.. rupanya ada juga beberapa buah kereta dan orang yang berkelah dan berada di pantai. Air di pantai ini kurang sesuai untuk mandi dan tidak sejernih air di pantai Busselton.
Jom tengok gambar!
Laluan ke rumah api dan ada tea room menjual kopi dan sebagainya |
Cottage tea room yang dimaksudkan.. masa ni telah ditutup |
Peta laluan pejalan kaki |
Simpang yang dimaksudkan |
Rumah api dari kejauhan |
Close up |
Laluan yang sunyi dan berangin |
Sugarloaf rock dari kejauhan |
Papan tanda maklumat |
Jauh rupanya laluan yang ada di sini |
Keistimewaan di Cape Naturaliste, tentunya untuk whale watching |
Laluan sepanjang pantai |
Lanun tak dapat tengok rumah api dengan lebih dekat kali ni :p |
Inilah rupanya Sugarloaf Rock |
Jarak laluan pejalan kaki mencecah 14km ke Yallingup! |
Close up |
Lawatan berpandu setiap 30 minit dan berakhir jam 4 petang |
Babai.. panjang umur dan ada rezeki datang lagi :) |
Singgah di Meelup Beach pula |
Kononnya nak mandi |
Tak ada pun orang yang mandi? |
Nun jauh di sana ada orang berkelah |
Ada juga yang baru balik memancing |
Yang duduk di pantai |
Ada kemudahan tandas awam juga di sini |
Bot yang kelihatan |
Tanjung |
Penuh dengan batuan.. mungkin sesuai untuk aktiviti memancing |
Dua beradik ni cuma main pasir sajalah, air tak jernih lagipun takut ada ikan jerung :p |
Bestnya tengok suasana di tepi pantai di sana .... kan Umi. Damai je rasanya. Pantainya pun bersih dan cantik.
ReplyDeleteBetul tu Diela, damai dan cantik betul pantai di sini. Bukan setakat pantai, rumput2 di sini pun bersih. Tak perlu bentang tikar boleh duduk atau baring terus. :)
Delete