Nikmati hidangan yang ringkas, mudah dan mengenyangkan di rumah. Cuma gunakan potongan daging ayam atau lembu untuk membuat burger mini yang lazat! Sesuai untuk hidangan di rumah, sebagai snek ataupun bekal anak ke sekolah. Mudah bukan? Sebab tu saya suka cari produk dalam tin ni di
Forest Lakes Fresh sebab kadang-kadang tak ada idea nak buat bekal ke sekolah bolehlah buat
pizza segera atau mini burger. ;)
Mesin kopi ni adalah gajet terbaru di dapur saya untuk peminat kopi. Walaupun kopi di sini taklah mahal sangat tapi takkan setiap kali nak minum kopi kena ke kedai kan? Untunglah ada
Nescafe Dolce Gusto Mini Me, produk keluaran deLonghi yang tersohor dalam pembuatan mesin kopi. Nak minum
cappucino, espresso, cafe au lait, americano hatta
hot chocolate tidak ada masalah cuma isi air, masukkan
pod dan tekan butang.
Voila!
|
Luncheon Meat ayam dan daging. Stok yang perlu ada dalam pantry |
|
Saya lebih suka sosej dalam tin ini berbanding yang dibeli di kedai daging. Boleh buat pizza segera seperti di SINI. |
|
Burger segera cuma perlukan english muffins.. ala2 McD |
|
Sapu butter dan toast sekejap dalam pan |
|
Open sandwich..guna kepingan roti sandwic dan boleh tutup dengan satu kepingan roti lagi |
|
Potong luncheon meat kepada kepingan (saya goreng dulu dalam pan bersama sedikit butter) |
|
Tambahkan salad dan tomato, jadilah mini burger yang lazat. Oh ya, jangan lupa letakkan sos kegemaran anda dan/atau tambah keju ;)
|
|
Nescafe Dolce Gusto Mini Me |
|
Dapatkan jenis kopi kegemaran anda |
|
Kalau di tempat kita tak silap saya sekotak ni dalam RM27? |
|
Cappucino |
|
Coffee for two <3 |
|
Taburkan serbuk coklat di atas cappucino jika suka.. mm sedapnya |
Sedapnya nampak bege n kopi.... Kalau la ada dahing camtu kat msia... Eh ada ke?
ReplyDeleteNi je la yg boleh buat. Nak beli pun, tak byk tempat yg jual burger, jauh2 pulak tu.
DeleteRasanya tak pernah jumpa daging dlm tin mcm ni kat Msia. Tak tahulah kalau sekarang ada? :)
suka tengok makanan orang luar negara.. nampak sedap2 belaka.. coppucino tu mmg feveret.. buih2 lembut atas tu yg best waktu minum..
ReplyDeleteMakanan org luar negara rasanya sama je kat dalam negara. Org Msia lagi hebat makan korean food, western food, chinese food lagi lah.. jeless hihihi.. skrg merata2 tengok org jual marinated jual aussie lamb. hebat tu, tak yah susah2 dtg Aussie :)
DeleteCappuccino ni mmg sedap, mmg ngam2 dapat segelas.. minum pula di petang yg dingin ahh nyamannya ;)
oooo camtu ek jd nyer luncheon meat tuh.... mcm sosej beso ek kak... jd mcm ciken slice gitu...
ReplyDeletesedapnyer nengok akak nyer pembancuh kopi tih... tak pyh susah2 pg kedai
Haah Dana, macam sosej yang besar lepas tu kita potong jadi kepingan. Taknak potong pun boleh jadila sosej gergasi hahaha.. Kat sana pun ada kan produk ayamas yg slice mcm ni? Anak2 k umi suka sangat mkn.
DeleteItu la tgk pembancuh kopi ni ada jual juga dekat tempat kita tapi mahal.. sayang sekali
Salam kak umi...
ReplyDeleteAlamak bestnya ada sausage & meat dlm tin tu..benda yg dah lama saya cari..kat halal meat carousel takde, kat halal meat Spencer village pun takde...rupa2nya kat forest lakes tu! Thanks for the info kak. Harusla ajak sang suami pegi weekend ni..ada la idea utk lunch box anak2 nnt. 😆😚
Wsalam Jaslina,
DeleteHaah k umi pun baru terjumpa. So far jumpa kat kedai ni aje. Nanti boleh la pegi cari, jgn borong semua pulak hahaha gurau aje tp mmg betul senang sangat nak sediakan lunch box untuk budak2 :)