Margaret River merupakan kawasan tumpuan pelancong di barat daya Western Australia (WA). Selain pelancongan, kawasan ini paling terkenal dengan ladang anggur dan penghasilan wain serta beberapa aktiviti pertanian yang lain.
Kali ini tujuan kami ialah untuk ke Cape Lavender. Mulanya ingatkan ada ladang lavender, rupanya cuma kedai menjual produk lavender dan tea room. Alamat dari google adalah salah kerana kedai ini telah berpindah ke alamat baru iaitu Corner Caves & Canal Rocks Road, Yallingup (Tel: 9756 6609)
Penat sampai sini tengok-tengok kedai dah pindah :p |
Lokasi baru |
Cantik bangunannya.. sejuk aje mata memandang |
Ais krim lavender pun ada |
Gifts pun ada, ni yang tak sabar ni.. jom tengok lagi |
Wahh penuh meja |
Sempat lagi model lanun ni berposing |
Pelbagai jenis krim dan balm untuk pelbagai kegunaan |
Krim untuk pesakit arthritis |
Minyak wangi pun ada |
Memang kuat bau pati minyak wangi ni |
Pelbagai jenis jeruk (preserves) dan minyak zaitun agaknya |
Jem dan jeruk lagi |
Ruang makan di bahagian dalam |
Pendiang dan hiasan krismas |
Semburan dan gel |
Potpouri lavender |
Semburan penyegar rumah |
Bunga agapanthus sebagai penyeri meja |
Tunggu pesanan |
Lebih selesa minum di sini sambil menikmati pemandangan luar |
Ruang bacaan majalah |
Haruman rumah dan plush toys warna ungu lembut |
Deretan anak patung |
Pokok krismas warna ungu |
Pilih mana yang berkenan he he he |
Scones sudah sampai, ada yang biasa dan ada scones lavender |
Scones lavender |
Cara makan scones ialah belah dua, sapukan jem dan krim dan habiskan separuh baru makan yang lagi satu |
Cappucino dalam cawan dengan bunga lavender |
Yang ini pula kopi flat white yang dihidang dalam mug tinggi |
Kelihatan jalan raya dan papan tanda. Kedai ni terletak di simpang |
Suka dengan hiasan sebegini.. ringkas tapi nampak elegan |
Kalau dekat bolehlah minum kopi di sini selalu :) |
Wow Kak Umi.Ni kena masuk dalam list tempat yg patut dikunjungi ni.I pun suka lavender dan segala bau lavendar.Cantik decoration dia mpi christmas tree pun purple : )
ReplyDeleteHaa kalau minat memang kena pegi tempat macam ni. Tapi jangan risau kalau jauh nak ke sini yang dekat2 di Perth pun ada. Cape Lavender ni ada cawangan di Swan Valley. Pernah nak ke situ tapi hari tu kedai ditutup pula. Memang habiskan banyak masa juga meninjau2 dan mengambil gambar kat sini. Best sangat!
Deletecantik kedai nyer... hiasan bunga tuh pun lawa... msti bau wangi je kan kak spanjang mkn kt situ...
ReplyDeleteHaah cantik betul kedainya Dana.. walaupun duduk jauh nun di sana, tapi sanggup juga pelancong2 berkunjung ke situ.
DeleteTak perasan pulak bau wangi ke tak sebab bau lavender ni agak kuat. Kalau tak tahan boleh pening dibuatnya hehehe
wah..bestnya tempat tu..:)
ReplyDeleteBest bangat, Normi :)
Deletecantik sgt...:)
ReplyDeleteBetul2 cantik, sambil makan scones boleh feeling2 dok oversea hihi
DeleteSalam....scones tu dengat coffee tu berapa roughly harganya...
ReplyDeleteWsalam.. tak ingatlah pulak. tapi utk sorang mkn ada kot dlm $10-$15
Deletesalam...maaf nak confirmkan menu di cape lavender ni semua halal kan?
ReplyDeleteWsalam..tak semua halal sebab cafe ni bukan milik org muslim. Cuma macam scones dan kopi tu Insyaa Allah ok la sebab scones dibuat dari tepung, butter, telur dan susu dan diletakkan bunga lavender. Rajin2 tanya bahan yang digunakan.
Delete