Tuesday, January 14, 2014

Chocolate Bundt Cake for birthday boy

Hari Isnin lepas merupakan hari lahir anak sulung saya yang ke 12. Oleh itu saya telah membuat kek yang istimewa iaitu Chocolate Bundt Cake dari resepi Martha Stewart. Resepi saya copy paste di bawah atau boleh rujuk dari SINI.

Memang sedap betul kek ni sebab saya dah kurangkan gula dan makan pun tak jemu. Ikutkan kalau tak letak glaze pun tak mengapa tapi saya sediakan juga kerana anak saya suka tabur dessicated coconut macam kek lamington tu. Tekstur kek ini juga cantik dan lembut. Selain dari kek saya turut sediakan makanan kegemaran anak-anak yang mudah dan ringkas iaitu pizza segera :)

Jom tengok gambar.
Selepas dibakar biar sejukkan dalam pan dulu sebelum diterbalikkan

Tunggu chocolate glaze sejuk dan mencapai kepekatan yang dikehendaki

Kemudian curahkan ke atas kek :)

Jangan tunggu sampai glaze pekat sangat sampai susah nak tuang

Ok lah kan rupanya

Adik tumpang gembira dengan abang yang sambut birthday :)

Tekstur kek

Tetiba 'budak' ni pulak ambil tempat

Mana kek untuk Kymba? hehehe











Pizza roti segera.. tabur cheese sesedap rasa

Bakar sampai cheese cair

Seronoknya bila anak-anak makan dengan gembira dan puji kata sedap :)




INGREDIENTS

FOR THE CAKE

  • 2 1/2 cups all-purpose flour
  • 1/2 cup unsweetened cocoa powder
  • 1 teaspoon baking soda
  • 3/4 teaspoon salt (saya tak letak kerana gunakan mentega yang ada sedikit garam)
  • 1/2 cup whole milk
  • 1/2 cup sour cream (4 ounces) (saya gunakan thick cream biasa)
  • 8 ounces (2 sticks) unsalted butter, plus more for pan
  • 1 1/2 cups sugar (saya gunakan 1 cawan gula pasir biasa)
  • 4 large eggs
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • 1/2 cup chopped walnuts (optional) (saya tak letak)

FOR THE GLAZE

  • 3 ounces bittersweet chocolate, chopped (saya gunakan dark choc chips)
  • 1/2 cup heavy cream
  • 2 tablespoons unsalted butter
  • 2 tablespoons Cognac or rum (optional) (dah tentu tak letak :p)
  • Tangerines, for serving

DIRECTIONS

  1. STEP 1

    Make the cake: Preheat oven to 325 degrees. Butter a 14-cup Bundt pan. Whisk flour, cocoa, baking soda, and salt in a large bowl. Mix milk and sour cream in a small bowl.
  2. STEP 2

    Cream butter and sugar with a mixer until light and fluffy. Beat in eggs, 1 at a time, then vanilla. Reduce mixer speed to low, and add flour mixture, alternating with milk mixture, ending with flour. Fold in walnuts, if using. Spoon batter into pan. Bake until a tester inserted in center comes out clean, 55 to 60 minutes. Let cool in pan on a wire rack. Invert cake. (Cake will keep for up to 1 day.)
  3. STEP 3

    Make the glaze: Place chocolate in a bowl. Heat cream in a small saucepan until simmering, then pour over chocolate. Let stand for 2 minutes. Add butter and Cognac or rum, if using, and mix until smooth. Let stand, stirring occasionally, until slightly thickened. Pour glaze over cooled cake. Slice, and serve with tangerine segments.

10 comments:

  1. Salam Umi..happynya anka2 dapat kek yg sedap tu..untung ada mama yg rajin ni.Pizza pon nampak lazat..suka byk cheeseeeee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Atie.. Anak2 mmg happy dpt mkn kek sbb bukan selalu kan boleh buat. Pizza tu senang dan sedap, umi biasa buat utk bekal budak2 ke sekolah :)

      Delete
  2. Salam umi..jemput singgah ke blog k.atie ya.Alhamdulilah pemanggang dah slmt sampai.Okey tak?

    http://azatiesayang.blogspot.com/2014/01/pemanggang-ajaibku-ke-australia.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Atie,
      Wah siap post dlm blog lg hihi.. Cantiklah pemanggang ni lebih besar dari yg umi beli sebelum ni. Memang berbaloi beli dari jauh ni :)

      Delete
  3. Replies
    1. Resepi kek coklat paling sedap setakat ni, Normi ;)

      Delete
  4. waaaaaaaa terliur nengok kek tuh kak... msti puas hati bday boy tuh...pizza roti tu pun nampak sedap ngn cheese yg meleleh n melambak2 tuh.. perkh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg puas hati sgt Dana.. Berbaloi membuatnya. K umi sendiri pun suka mkn hehehe
      Pizza buat sendiri mestila sedap bila dpt tabur cheese byk2.. Yumm yumm :)

      Delete
  5. Assalamualaikum umi waa nk nages tguk coklat kek tu meleleh glaze nya....rasa cam nk mintak jer sepotong....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt UJ,
      Bukan takat sepotong, dua potong pun umi boleh bagi tapi apakan daya tak boleh hulur dari skrin ni

      Delete