Setiap kali ingin berjalan jauh dan menginap di
homestay, kami akan merancang terlebih dahulu menu ringkas sewaktu bercuti supaya senang mengenalpasti bahan mentah dan kelengkapan memasak yang perlu dibawa. Walaupun
homestay ini biasanya mempunyai kelengkapan dapur yang lengkap, saya lebih suka membawa periuk nasi, periuk kecil dan kuali serta sudu garfu dari rumah kerana rasa lebih selesa menggunakan barang sendiri. Tapi taklah saya bawa semua, yang asas dan perlu sahaja. Cerek, dapur dan sebagainya juga
microwave memang disediakan.
Antara menu ringkas yang biasa dibuat ialah nasi beriani daging segera. Cuma perlu bawa daging, rempah beriani dan bahan untuk air asam tomato boleh didapati dengan mudah dari mana-mana kedai menjual sayur. Selain itu saya turut bawa roti, sosej dalam tin dan sebagainya. Ini antara menu yang disukai anak-anak.
Semasa di Busselton saya terfikir pula untuk mencari sekiranya ada kedai makan halal. Alhamdulillah ada satu kedai makan halal iaitu
Ismail's Food Lovers Corner yang dibuka pada waktu petang sehingga malam sahaja. Jadi malam kedua kami di situ kami telah mencuba menu di kedai ni. Kesimpulannya sekali cuba ok lah tapi lain kali mungkin lebih baik masak sendiri :p
Shop 10, Broadwater Shopping Centre, Broadwater, WA, 6280
Contact:-
Ismail
Phone Number: 08 9754 2234
Maklumat kedai makan boleh didapati di laman web
Islamic Association of Bunbury.
Jom tengok gambar!
|
Beriani daging menu ringkas dan cepat yang sempat dimasak |
|
Pamphlet Ismail's Food Lovers Corner |
|
Menarik juga menunya |
|
Close up |
|
Senarai menu di kedai |
|
Papan tanda |
|
Kedai ni terletak dalam medan selera bersebelahan IGA |
|
Sup cendawan |
|
Bersama sepotong roti bawang putih $7.50 |
|
Chicken burger $12 tapi sosnya rasa agak pelik macam diletakkan kicap? |
|
Black pepper steak $19.00 yang tak memenuhi citarasa penggemar steak. hmm |
|
Lasagna $14.50, peminatnya kata sedap |
|
Nampak pun menarik.. nasib baik sedap katanya |
ada yg ok ada yg tak ek kak... tp ns beriani daging tu nampak sedap bebeno
ReplyDeleteHaah Dana, kalau satu je tak ok tu takpe gak. Sbb harga pun boleh tahan mahal kan, tetiba tak sedap sgtlah frustnya.
DeleteBeriani daging simple tu jugak yg nampak sedap kan? hihihi ;)