Tidak jauh dari pasar ini ialah pantai Jeti Busselton. Hanya perlu parkir kereta di kawasan tempat letak kereta yang terletak di tengah-tengah antara pasar dan pantai. Ada kawasan yang luas untuk aktiviti berjalan, berbasikal dan taman permainan kanak-kanak.
Jom tengok gambar!
Gerai sayur |
Epal |
Madu dan sebagainya |
Tak ramai orang waktu ini |
Gerai blueberry, boleh cuba dulu sebelum beli :) |
Madu dan tanaman dalam pasu |
Cuaca agak panas |
Bunga hydrangea pun ada |
Lagi gerai pokok bunga dan tanaman hiasan |
Topi |
Epal sundowner yang sangat besar dan murah |
Nectarines.. satu kotak cuma $10 |
Atau boleh beli satu bekas 1.5kg cuma $3 |
Buku-buku terpakai |
Pinggan mangkuk antik |
Jom ke pantai |
Cantiknya kawasan ni |
Taman permainan kanak-kanak |
Jom menuju ke jeti mandi manda |
Lalu depan taman permainan |
Bersih dan nyaman |
Ada teropong kat sini |
Kawasan khas untuk mandi |
Sun shelter |
Takut pulak nak masuk dalam air :p |
Sejenis tumbuhan tepi pantai.. dulu-dulu rajin kutip pucuknya buat kerabu |
Pantai Busselton yang cantik |
Jom balik.. tamatlah cerita dari Busselton untuk kali ini |
Boleh nampak Sunday market dari parking. Selamat tinggal Busselton.. ada rezeki nanti boleh datang lagi :) |
bestnya klu blh g sini..cantik view dia..:)
ReplyDeleteMmg best Normi, bukan selalu dapat bercuti dan tengok tempat org mcm ni :)
Deletemcm2 ada kan kak.... geram nengok buah2 tu murah2 lak tuh... pantai tu pun cantik nyer... yg psl herba yg akak kutip tuh mcm penah nengok je kt rancangan masakan omputih dia pungut herba tuh campur dlm masakan diaorg
ReplyDeleteHaa itulah kan Dana.. rasa cam nyesal pulak tak borong buah2 tu sampai sekotak dua. Boleh bagi2 kat kawan2 dan jiran2 kan? Pantai kat situ bersih sangat, terlupa nak amik gambar airnya yang jernih.
DeletePokok tu mmg boleh dimakan, kalau tumbuh kat tempat ok takpe gak la. ni tempat org lalu lalang. Silap2 anjing pun lalu kat situ. hee tak sanggup nak kutip :p
Assalamualaikum...geram btul Uj tguk buah apple tu...rasa cam nk capai jer sebijik..seronok dapat merantau ke negara org yer umi...
ReplyDeleteWaalaikumsalam UJ,
DeleteGeram kan tengok buah epal tu. Segar dari ladang lagi tu,
Seronok jugalah merantau ke negara orang ni, pengalaman yang sangat berharga.. tapi kampung halaman tetap di hati.:)