Thursday, January 2, 2014

Cuti-cuti Busselton, WA

Beberapa minggu yang lepas kami sekeluarga telah ke Busselton untuk bercuti di hujung minggu. Jarak dari rumah ke sini adalah kira-kira 2 1/2 jam perjalanan. Kami bertolak agak lewat petang setelah menghantar Kymba ke cat motel dan tiba di sini pada waktu malam. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar dan rasa seronok dapat tinggal di rumah penginapan yang selesa dan cantik ini.

Sedikit maklumat tentang Busselton (sumber dari Wikipedia) :
Busselton is a regional city in the South West region of Western Australia. Founded in 1832 by the Bussell family, Busselton has been one of the fastest growing regions in Australia in the last decade and has a population of approximately 20,000. Busselton is 220 kilometres (140 mi) south west of Perth, the capital of Western Australia. Busselton has been voted Western Australia's top tourist town three times in 1995, 1996 and 2005.

Jika anda ingin mencari penginapan di sini, terdapat pilihan hotel, resort, caravan park dan juga homestay mengikut citarasa dan bajet masing-masing. Cuma gunakan carian melalui google atau enjin carian lain dan taip Busselton Accommodation.

Jom tengok homestay yang menjadi kediaman sementara kami di Busselton!
Suka homestay ni sebab nampak cantik dan kemas



Ada meja dan kerusi panjang di beranda

Hiasan krismas


Jom tengok dapur

Meja konsol yang terletak di laluan antara bilik dan dapur

Bilik utama dengan katil queen dan katil 2 tingkat

Budak-budak suka sangat dapat bermalam di sini

Bilik air pun nak amik gambar juga :p

Kalau perhatikan bilik air di sini kering dan bersih

Notice board belakang pintu dengan brosur kedai makan

Ruang makan

Kemudahan asas yang disediakan termasuk kopi

Pelbagai jenis teh dan biskut.. tuan rumah sangat mengambilberat hal-hal sebegini. Sangat bagus!

Sosej untuk sarapan

Ruang tamu yang luas dan selesa

Sofa untuk lunjurkan kaki

Meja dan bangku panjang di beranda bahagian depan rumah

Meja dan bangku panjang di deck belakang rumah yang lebih privacy

Ruang dapur yang bersih dan lengkap serba serbi

Masa keluar rumah (check out) perlu pastikan keadaan sama seperti masa kita datang

Suka dengan small details seperti coaster yang cantik ini

Bunga hiasan penyeri atas meja kopi

Bilik tidur kedua.. sayang sekali tiada aircond

Almari dan tv dalam bilik tidur utama

Ruang tamu.. tuan rumah turut sediakan pelbagai dvd dan mainan untuk kanak-kanak

Bunk beds untuk anak-anak

Lampu burung hantu

Bunga agapanthus.. terima kasih sis Flower yang bgtahu nama bunga ni :)

12 comments:

  1. Replies
    1. Kena revisit Oz tu Zul.. utk ubat kerinduan :)

      Delete
  2. Wah!Selamat bercuti kak umi : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Damia.. dah balik dari bercuti ni, baru sempat update.

      Rasa cam nak pergi bercuti lagi la :)

      Delete
  3. Replies
    1. Kan? Cantik betul, kalau dpt rumah macam ni alangkah bertuahnya. Tapi dapat tinggal sekejap di sini pun dah rasa bersyukur. Kurang2 dapat idea nak mencantikkan rumah. :)

      Delete
  4. As salam, cik umi...cantik n nampak selesa homstay depa noo. Bila chek pi sana ..bawak chek pi situ naaa!!...
    Paling chek bekenan..katil besi di bilik kedua....
    Baru ja dok beragan2 nak beli katil besi...eee geramnya tengok..!! Mana nak dpt mcm tu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Cik Mona,
      Memang cantik dan selesa. Sekurang2nya takdak la depa bg langsir buat selimut hehehe.. nak p situ boleh, Cik Mona sewa kereta sebijik bawak la umi p tunjuk jalan hahaha

      Katil besi ni jenis lama kot, rumah2 jenis lama mesti ada katil lagu ni. sana susah cari ka?

      Delete
  5. Cik Umi, ingat lagi ka nama homestay tu? Saya nak pi sana ni.

    ReplyDelete
  6. assalam ummi, sy nk tny, tahu tak kat mana nak sewa kereta kt perth and rate sewa kereta dia mcm mana?

    Thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Biasanya saya suka sewa terus dari airport. Pick up/drop off dari situ senang sgt, booking guna website air asia. Boleh pilih jenis kereta yg kita nak dan byr dgn dgn kad kredit Msia. Rate kereta sewa ikut jenis kereta.

      Selain dari itu ramai yg suka sewa kat kat Bayswater car rental. Boleh buat arrangement utk pickup kat airport. https://www.bayswatercarrental.com.au/perth/car-hire

      Delete