|
Jom ikut ninja pergi shopping kat kedai he he he |
Kebiasaannya jika ingin membeli belah barang dapur dari negara kita, kami akan menuju ke kedai oriental/asia yang berdekatan dengan rumah. Tak susah sekiranya ingin mendapatkan produk seperti mi segera, kicap manis/masin, perencah dan sebagainya untuk memasak. Setiap kedai ada keistimewaan sendiri. Ada yang mempunyai banyak pilihan, ada pula yang lebih murah dari kedai lain.
Kedai dalam
entry kali ini pula ada keistimewaannya yang tersendiri. Ianya terletak di
Forest Lakes Forum, Thornlie yang turut menempatkan kedai makanan segera ala KFC iaitu
Chicken Treat yang halal. Jadi bila saja nak ke Chicken Treat untuk beli ayam goreng mahupun
roast chicken, bolehlah terus ke kedai oriental ni sekali.
Keistimewaan yang terdapat di sini berbanding kedai oriental yang lain ialah adanya produk ayam dan daging dalam tin yang halal. Pemiliknya juga sangat peramah, faham dengan keperluan kita kepada produk halal dan juga sangat pemurah kerana ada saja gula-gula dan sebagainya untuk kanak-kanak.
Jom tengok gambar!
Alamat kedai:
Forest Lakes Fresh
Forest Lakes Forum
Forest Lakes Drive
THORNLIE WA 6108
|
Luncheon Meat sesuai untuk sandwic |
|
Sardin dari Malaysia, yang menariknya ada jenama Rex |
|
Rempah ratus |
|
Mi segera dari pelbagai negara |
|
Buah-buahan segar |
|
Minyak masak, mamee, puding, minuman dalam tin/kotak |
|
Strawberi dan nectarines |
|
Dua jenis anggur |
|
Tetiba dapat ni percuma.. murah rezeki :) |
|
Mangga |
|
Suka betul dengan nectarines ni |
|
Mi kering dan bihun |
|
Aneka pes dan produk daging dalam tin lagi |
|
Menarik |
|
Pemiliknya yang peramah
|
|
Masa nak membayar sempat lagi bagi barang percuma kpd pelanggan setia :)
|
syoknyer.... dana kadang teringin nk beli daging dlm tin mcm meatloaf tuh tp tkt lak... tgk yg akak tunjuk tuh cam best je... selalu sesuai bt msk pe ek kak? or mmg mkn camtu je kt sandwish...
ReplyDeletemcm2 ada yek, tokey kedai nyer pulak tak lokek... ptt lah akak suke beli situ
Daging dalam tin ni bagus sbb boleh simpan dan tahan lama. Bila2 nak pakai cuma keluarkan dari tin aje. K umi biasa buat sandwic, burger dan pizza.
DeleteHaah kedai ni serba serbi ada. Tokeynya peramah kalau nampak dari jauh dia dah tegur, Hello, how are you? :D
Dah dekat ngan rumah akak dah tu. Kedai ni mmg fav akak. Kalau gi ke Coles or Woolies, dan teringin nak beli buah/sayur atau asian product yg biasa2 tu aje, mmg akak gi sini je walaupun kat Thornlie/Canning berlambak kedai Asian. Pemilik kedai ni mmg peramah n pemurah. Walaupun kita tak beli cuma lalu depan kedai dia, mesti dia tegor n bertanya kabar....
ReplyDeleteHaa Akak pernah cakap kan ada daging dan sosej dalam tin sebelum ni. Masa umi ke kedai ni, terfikir jugak mungkin nilah kedai kedai yang dimaksudkan tu. Memang tepat sekali,
DeleteBetul lah pemiliknya mmg peramah, banyak kali jugak nampak dia tegur orang yang lalu kat kedai dia.. mesti yg dia tegur tu biasa beli kat situ terutama budak2 asyik tertoleh2 dan tersengih2 mungkin sebab dapat sumi jelly percuma :D
wah..bagusnya tempat nie..:)
ReplyDeleteBagus sgt Normi, sayang sekali terletak agak jauh dari rumah :)
Delete