Thursday, June 30, 2011

Mushroom soup

tak pernah lagi beli mushroom soup segera kat sini. sebabnya tak pasti dengan ramuan. mmg la namanya mushroom soup, tp kalau letak stok ayam camno? dah try 'import' dari kl tp tak lepas sbb ada produk tenusu.. tak perasan pulak.


so apa lagi, dah teringin buat terus la.. ikut resepi kat bawah.. mm mmg sedapp..



sangat berkesan dengan adanya gajet ini.. kalau tgk show chef at home mmg jeles lah tgk stick mixer ni.. dah survey beberapa brand tapi agak mahal tiba2 jumpa yg ni kat supermarket. apa lagi, terus lah dirembat oleh mr chef. (bagus gak dia minat mende2 mcm ni so akan byk membantu kat dapur lah hehe)

asalnya mcm ni, ayam dan mushroom yg berketul2 sekejap je di'blend' menjadi smooth.


Resepi mushroom soup - sumber : minami133 (myresepi)
Bahan-bahan ( 6 org )
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum


Cara-cara

1.potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.

2.masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.

3.masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.


ni sekadar selingan.. snapshot laman belakang tempat budak2 main basikal petang2. tp sekarang musim winter (hujan) so terpaksa la memerap kat dlm rumah. bkn kami je, si kymba tu pun boring gak. pantang cuaca panas sikit, mula la nak keluar guling2 atas tanah...

Tuesday, June 28, 2011

Collectibles

Aktiviti setiap hari ahad ialah ke sunday market. ada pelbagai brg menarik dan murah dan kalau bernasib baik jumpa brg yg kita berkenan dgn harga yg murah.

macam creamer jug bunga ros ni.. suka sgt dgn roses.


bunga ros sebelah lagi

sunshine J&G meakin england. semestinya diminati oleh pengumpul pinggan mangkuk dari england.


dan tak sangka pula ada yang jual candle stand portmeirion ni (as new)..


memang cantik


susan william-ellis botanic garden


yg ni pink candle stand


dengan matching fruit/potpouri bowl

Sunday, June 26, 2011

Cocktail pastizzi

mula2 pening kepala juga nak bg bekal budak2 pegi sekolah ni. takkan hari2 mkn roti atau nugget kan.. tq to kak LG yg bgtau ada produk mcm ni kat woolies dan coles. kurang2 ada gak kelainan..


spinach and ricotta cheese


sedapp.. mcm mkn karipap inti cheese :)


oven baked


ada juga beef gourmet roll


makan tanpa was-was :D

Saturday, June 25, 2011

Jom makan burger!

Hari2 masak nasi sampai tak ada idea nak buat lauk apa.. bila tgk iklan burger kat tv mula la terliur. rindu burger mcd, rindu ayam kfc.. uhukss.. sib baik la sini ada juga nugget dan daging burger halal. so buat sendiri lagi kenyang dan sodapp..


chicken burger.. southern style chicken patty


silakan kalau sudi :)

Sunday, June 19, 2011

Lamingtons

baru-baru ni ada farewell party untuk kawan sekelas yiyi yang akan migrate ke Canada, dan cikgu minta parents untuk bawa sorang satu plate makanan.. tp sy bg dua sbb senang yiyi ada pilihan makanan. ye la, mana boleh mkn sebarangan. tp cikgu yiyi mmg bagus dia tanya siap2 makanan apa yg yiyi boleh makan so masa party tu dia mmg jaga suruh yiyi mkn mn yg boleh je..





buat lamingtons cake.. mmg yummy... sbb rasa vanila, coklat dan kelapa parut ni mmg ngam lahh



Resepinya :

Cake Mix ingredients:
125g butter
2/3 cup sugar
2 egss
2 cups self raising flour
1/2 tsp salt
1/3 sup milk (approx)
1/2 tsp vanilla essence

Chocolate icing ingredients :
30g butter
1/2 cup boiling water (approx)
3 cups icing sugar
1/3 cup cocoa
1/2 tsp vanilla esssence
2 cups dessicated coconuts

Cake Mix Method :
Cream butter and sugar until light and fluffy
Add eggs one at a time, beating well after each addition
Sift flour and salt. Add alternatively with milk to mixture
Add vanilla essence
Blend well, but do not overbeat
Add a little more milk if necessary, to form a soft dropping consistency
Spread evenly into a tray (29cm x 23 cm)
Bake in moderate oven (180 degree) for 25-35 minutes, or until cooked
Turn out and cool on a cake rack
Cut into 30 squares
Dip each square into choc icing and roll in coconut

Choc Icing Method :
Melt butter in 1/4 cup boiling water
Sift icing sugar with cocoa
Add liquid, mixing well
Add vanilla essence
The icing must be thin so that squares of cake can be readily coated
Add sufficient boiling water to form this consistency

Thursday, June 16, 2011

Homemade Pizza

rasanya ni first time buat pizza kot (kalau dalam mimpi mungkin pernah buat tp tak ingat.. hahahaha) bknnya apa, mmg fail la bab uli menguli ni..hingga terpaksa minta bantuan superman.. fuhh kalau sendiri bikin mmg tarak jadi la, paling lama 1 minit. lenguhh.. so ni alasan yg bagus utk beli bread maker hehehe.. ada harapan cerah ni.. hmm hmm ;)



pizza sempoi taruh apa yg ada






ni jenis tebal sikit laa.. tp tak best sikit sbb taruh sosej ayam tu tak brp sedap la.




satu adunan bg 3, haa utk 2 org yg suka menguli sendiri dan tak suka vege, makan la hasil kerastangan sendiri hehe

ngapp.. tak kesah la bentuk 4 segi pun hehehe




Resepi spt yang diminta.. sebenarnya ni resepi chef tersohor iaitu chef hanieliza. umi mmg suka sgt ikut resepi chef hanieliza sbb senang. :)



Bahan A
500 tepung roti
1 paket yeast mauripan
2 s/b gula
1 s/k garam
1 biji telur

Bahan B
3 s/b majerin/shorterning (umi pakai butter)
250 ml air


cara:
1. Gaul rata semua bahan A sehingga sama rata.
2. Masukkan air dan uli sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan uli lagi sehingga menjadi doh yg lembut [anggaran 10 minit]
4. Bahagikan adunan pada 4 doh besar dan leperkan .
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan...ikut pilihan yang disukai.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


INTI PIZZA

bahan
400 gm daging kisar [peroikan daging dan toskan]
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas -
1 cawan cendawan butang [belah 4]
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella
1 s/b minyak
3 s/b cili sos [jika nak pedas..tambahkan cili mesin]
1 cawan tomato sos
1 s/k serbuk daun oregano
garam

cara
1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3. Masukkan daging kisar dan tambahkan garam serta daun oregano, tomato sos dan cili sos.
4. Kacau hingga daging empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.

NOTA:
sekiranya mahukan inti lain boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa sendiri.
antaranya rendang daging..sambal udang..sambal sardin dan sebagainya...


Wednesday, June 15, 2011

Bunga ros di halaman...




belum berkembang..


yg ni baru beli dan transfer atas tanah.


yang ni pun baru transfer. kembang tak brp cantik

yg ni sedia ada. mmg sdg giat berkembang skrg


sehingga menarik minat sang lebah


walaupun warna putih juga, tapi susunan kelopak tak sama






ni pun spesis kumbang juga.. hahaha.. ni kes kena paksa posing la ni.. monyok sikit

yg ni lak tak payah suruh posing, siap suruh tunjuk gambar kat maklang kesayangan dan juga untuk awek.. iskkk


amacam ada gaya tak hero malaya ni?


ni bunga satu pokok dgn gambar atas sekali tu


mcm2 jenis rupanya bunga ros ni.. lepas ni tunggu kaler kuning pulak. ;)

Sunday, June 12, 2011

Melepak bersama kymba


biodata
nama : kymba
jantina : f / betina
umur : 3 thn
hobi : tidur, melepak dan mengendap burung kat luar tingkap
suka : menempel dgn orang
takut : keluar rumah waktu siang
sangat suka : keluar mlm, mkn rumput
makanan kegemaran : whiskas perasa tuna
kadang2 suka : naik kereta

kymba naik kereta



Friday, June 3, 2011

Teka...teka..



pheewitt.. ciuman bersejarah.. hehe mesti ramai yg minat ni.. siap ada majalah khas pasal royal wedding ni dan hg dlm $10 kalu tak silap. bkn minat sgt nak beli, tp kalu nak bg org dengki, bole la beli dan tayang kan... tgh pk lg nk bg org dengki ke tak hahahaha..

sebenarnya nak citer pasal pokok dan buah ni.. pokok ni adalah pokok jiran sebelah. tp biasalah bila berjuntai ke pagar rumah kita maka kita pun sibuk la membelek2 buah apakah ini boleh dimakan ke? dah amik, belah tgk. tp tak konfiden nak try takut kang tak pasal2 jatuh tergolek kat situ. pastu tanya jiran ni buah apa.. ooo rupanya buah zaitun la. hehe ye la bkn hari2 kita mkn buah zaitun kecuali kalu mkn pizza yg ada zaitun tu lain ler tp tu dah dipotong. maap ler br tgk idup2 kat pokoknya..

so camnilah rupa bila dah masak, bila potong. sama la cam tabur kat pizza tu.. hehe..

Thursday, June 2, 2011

Steak






steak with black pepper sauce for dinner..


steak and mashed potatoes for junior.. hehe junior lak. utk che pa :)


chicken and mashed potatoes for mama (n chicken only for jusoh)

ni menu kalu tak larat nak mkn nasi.. asyik2 ayam dan daging ja..

Wednesday, June 1, 2011

Collectibles

2 set cawan dan piring made in england (cop royal art pottery)

ni sbb terjumpa iklan org sini nak jual pinggan mangkuk kepunyaan neneknya yg dah tak dipakai lg. tak cukup set pun, tp sbb dah tak jauh dr rumah, try jwb iklannya dan dia ckp bole dtg anytime utk tgk :)

close up bunga ros



cake plate


4 piring kek..yg ni lak cop hampton, england


oval serving dish


small vase made in taiwan


small bowl made in taiwan juga.. tp mcm try imitate corak england di bawah sbb kalau tak perasan sekali tgk nampak mcm matching


cop aynsley, staffordshire england


dan piring queen anne, england