Showing posts with label Used Furniture. Show all posts
Showing posts with label Used Furniture. Show all posts

Friday, January 2, 2015

French provincial chairs

Selamat tahun baru 2015.. semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.. banyak kejadian yang berlaku, bencana alam seperti banjir dan juga nahas pesawat Air Asia. Semoga mereka yang menghadapinya dapat bersabar dan tabah dengan apa yang berlaku ini dan takziah kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga. Ini semuanya dugaan dan peringatan kepada kita semua.

Oh ya.. Dah lama rasanya tak menulis di sini. Lagipun blog ni cuma menceritakan kehidupan kami di bumi Perth. Bila sudah tidak lagi tinggal di sana, sepatutnya cerita dah terhentilah ya. Saya pun rasa nak berehat juga dan bagi tumpuan pada anak-anak dan kucing yang dah bertambah jadi 3 ekor sekarang :)

Apapun kali ini saya kongsikan serba sedikit koleksi saya yang sempat saya kumpul sewaktu tinggal di sana.. Kalau saya jumpa yang menarik lagi, saya akan kongsikan di sini untuk tatapan anda yang mempunyai minat serupa.

Set kerusi ini saya beli dari pasangan suami isteri yang telah berpindah ke retirement home. Mereka ingin menjual set kerusi ini dan beberapa perabot kerana sudah tidak perlukannya lagi. Asalnya digunakan sebagai kerusi malas di dalam bilik tidur. Saya sangat sukakan rekaan ini dan rasa amat santai, jadi saya letakkan di ruang tamu. Jom tengok gambar..

p/s: maaf ya rumah agak sepah sikit :p
Rasanya ini kerusi untuk lelaki - for him

Masih elok lagi walau ada butang yang dah tercabut

Yang ini saya andaikan untuk perempuan - for her

Sedikit ukiran di bahagian atas penyandarnya..

Monday, March 17, 2014

Barang-barang terpakai

Apa yang paling saya suka tentang barang terpakai di sini ialah mudahnya mendapat/membeli barang yang rata-ratanya sangat elok. Selain dari Sunday Market/Rotary Market, barang terpakai boleh didapati dari garage sale, Op Shop (kedai barang terpakai seperti Salvos, Good Sammy dan lain2), dari tepi jalan (juga dipanggil verge collection iaitu semasa pembuangan barangan perabot dan barang elektrik yang tidak diperlukan lagi) dan juga melalui iklan di internet.

Barang yang dibuang di tepi jalan atau dihalaman rumah berhampiran jalan boleh diambil secara percuma sahaja. Walaupun biasanya kadangkala seperti agak lusuh atau berkarat, jika anda bernasib baik masih boleh dapatkan yang elok dan masih berfungsi. Contohnya basikal, barang elektrik seperti kipas angin dan heater serta perabot. Seronok bukan?

Perabot ikea di bawah saya beli melalui internet. Harganya adalah sangat murah berbanding yang baru dan hampir tiada kesan telah digunakan. Saya berkenan dengan side table macam di bawah ni, rasanya macam pernah tengok.. rupanya memang ada di HOMESTAY di Busselton.

Cantik kan? Baru dapat satu, kena cari lagi satu baru lengkap sepasang :)

Ikea Hemnes bedside table

Lacinya bersih dan nampak baru cuma ada kesan watermark  sedikit atau mungkin kesan tapak lampu di permukaan meja

Stornas buffet.. ni gambar hiasan, buffet yang sy beli dah kena isi barang. Mmg nampak baru macam ni :)