Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Wednesday, November 5, 2014

Trip to Perth - Part 6: Dinner dan breakfast

Bila 'balik kampung' sekejap macam ni, tentulah nak makan kat tempat kegemaran sebelum ni kan.. Malam sebelumnya kami makan malam di Satay on Charcoal dengan kawan baik saya yang berasal dari Zimbabwe. Tak pernah saya jumpa orang macam kawan saya ni yang sangat baik dan rajin, Sewaktu kami sedang berkemas dan mencuci rumah, kawan saya inilah juga yang datang tolong membersihkan rumah, menyapu, mengelap dan sebagainya. Tidak lupa juga kawan suami saya yang datang bersama isteri dan anak-anaknya dan membantu sehingga selesai. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik anda semua dengan sebaiknya. Amin..

Ada juga kawan-kawan yang ingin berjumpa tapi tidak dapat berjumpa disebabkan kesuntukan masa dan hal lain yang tidak dapat dielakkan. Insyaa Allah panjang umur dan ada jodoh boleh berjumpa di lain kali. Jadual kami agak padat dan waktu malam selepas dinner pun saya dah tak mampu nak tengok tv, memang letih sangat.

Makan malam kali ni dah tentu mengikut selera adik, peminat tomyam seafood di Restoran D'Nyonya, East Victoria Park.

Untuk breakfast pula, tak banyak pilihan tempat di hari biasa melainkan ke Basement Cafe, Curtin Uni. Jom tengok gambar.


Adik tak sabar tunggu tomyam

Teh tarik dan rootbeer float


Ginger onion beef kegemaran abang
Tomyam seafood

Rendang daging with compliment dari chef

Oren sebagai pencuci mulut
Kailan ikan masin kegemaran saya

Perut kenyang, hati pun senang :)

Selamat pagi Perth,. jom breakfast dulu


Adik cuma nak nugget


Donut pun ada
Cappucino
Abang



Nugget dengan sos tomato

Tuesday, October 15, 2013

Padi House @ Galleria, Putrajaya

Jalan-jalan jumpa kawan sambil makan-makan kat Padi House, Putrajaya. Tu pun lepas puas juga sesat di Putrajaya.. hahaha

Hmm sedap-sedap juga makanan kat sini. Yang penting tempatnya selesa dan sesuai untuk jumpa kawan-kawan. Harga pun ok. Kalau duduk dekat-dekat bolehlah datang selalu. :)

Alamat:
Padi House Putrajaya 
Galeria PjH 
Jalan P4W 
Persiaran Perdana 
Presint 4 
62100 Putrajaya
Ada orang order nachos lepas tu taknak makan sbb tak suka rasa cheese ni

salsa dip untuk nachos

Budak-budak ni rasa pelik bila order air kopi lepas tu dapat air gula.. he he he.. 

Cappucino ais kalau tak silap

Air yang tak dijual di Perth - jus tembikai

Mushroom soup with  a slice of garlic bread

Macadamia cheese cake - kongsi makan dengan kawan-kawan

Baked pasta agaknya ni

Nasi ayam with grilled chicken, telur mata kerbau dan popia. Sedap!

Kalau tak silap ni grilled lamb

Suasana dalam restoran

Ramai pekerja luar di sini

Seronok dapat makan2 dengan aunty dan uncle

Lagi suasana dalam restoran

Memang luas dan selesa

Wednesday, September 19, 2012

Menu makan2 penutup syawal

Hujung minggu yang lepas adalah giliran kami pula untuk buat makan2 dan jemput kawan2 yang pernah jemput kami ke rumah utk open house. Nak panggil ramai2 pun susah juga memikirkan yg suami sy kerja hampir setiap hari termasuk hari minggu. Hari buat makan2 ni pun dia kerja jugak. Balik kerja terus sambung masak2 di dapur. Saya mmg buat part dessert dan menu sampingan saja. Bab2 masak nasi dan lauk memang serah dekat suami. Sebab tu kadang2 kena 'jek' sikit dgn panggilan grand masterchef. hehehe..

Alhamdulillah semua menu dapat dihidangkan dan tetamu2 nampaknya suka dengan apa yang kami sediakan. Sebenarnya ini kali pertama kami panggil tetamu yang agak ramai. Kalau hari2 biasa (bukan bulan Syawal) saya lebih selesa panggil satu atau dua keluarga dalam satu masa supaya boleh makan2 dan sembang puas2. Kalau ramai2 mcm ni kebaikannya ialah suasana mmg meriah dan ceria, tp sbg tuan rumah, tak dapat bersembang lama dgn setiap tetamu. Jika ada kekurangan pada majlis kami hari itu, harap maafkan ya.. maaf juga pada yg jauh di mata dan tak dapat nak jemput ke rumah tu.. :)
main table.. masa ni fries dan gravy belum ready

dessert table

bihun sup tulang and condiments

acar dan kerutuk daging

ayam masak kicap dan nasi tomato

puding laici dangdut resepi chef hanieliza

strawberi salad

puding tepung pelita, dibawa oleh tetamu

choc cupcakes with cream cheese topping :)

kek lamington mesti ada

close up cupcakes

meatball ala ikea untuk kanak2 dan dewasa

sejenis kuih apam dibawa oleh tetamu.. tq :)

Wednesday, March 30, 2011

Charcoal Chicken Express

kat sini ada beberapa kedai makanan halal yg agak popular.. nk mkn kfc dan mcd dah tentu la tak boleh.. sib baik ada charcoal chicken ni..



mendpt sijil halal dari badan islam di sini


dine in or take away




memandangkan kami dah jalan agak jauh ke sini, dine in lah sbb perut dah agak kelaparan




suka betul mamat ni dpt makan ayam.. ms tgh mkn, ada couple dr malaysia dtg. sini mmg ramai org m'sia.. tp kdg2 ada yg buat dek je.. kalau nampak senyum tu boleh la nak tegur2.. org kat sini suka tanya r u indonesian? ehh kita malaysian lah..




suasana dlm kafe




lamb strips




chicken and chips.


nasi beriani pun ada... burger pun ada.. portion punya la byk. bila kelaparan ni order sampai 1/2 chicken tgk2 tak habis pastu apa lg tapau buat dinner lak :D


The address :

77 Leach Highway, Willagee (cnr Leach Hway and Stock Rd)


(note : based on info, semua cawangan charcoal chicken adalah halal, kecuali ada satu branch yg dah tutup, dikatakan sbb tak halal :p)