Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts

Thursday, November 17, 2016

MEMETIK STRAWBERI DI CAMERON HIGHLANDS

Bagi anda yang terliur tengok buah strawberi besar-besar kat Perth tu jangan risau ya.. kat Cameron Highlands pun ada buah strawberi yang besar dan maniss.. Selain dari Cameron Highlands, Genting Highlands pun ada kebun strawberi tapi dah tentu kat Cameron Highlands ni lebih terkenal kan..

Jom kita tengok 'kebun' strawberi milik kawan saya ni. Sebenarnya kami berkenalan lebih dari 10 tahun yang lepas masa beliau membuka gerai di depan Hotel Jasmine di Brinchang. Beliau telah menjanjikan saya buah strawberi yang besar dan manis dan itulah yang saya dapat. Sejak itu saya dan keluarga akan cari dia setiap kali bercuti ke Cameron Highlands.

Untuk makluman biasanya musim panas senang nak dapat strawberi manis, dan musim hujan banyak yang masam. Macam buah tembikai jugaklah kan.. 

Kalau nak beli yang manis untuk makan segera atau nak beli untuk bawa balik, cuma bagitau pada kawan saya ni dia akan bungkuskan buah yang sesuai (untuk makan segera @ bawa balik).

Jika hendak memetik, anda dikenakan bayaran RM30 untuk satu bekas (rasanya 1kg kot tak pasti) dan cuma 2 orang dibenarkan masuk. Kalau di kebun lain saya tengok ada yang kenakan caj RM35 dan buah pulak kecik2.

Ok senang saja nak cari tempat ini iaitu S Corner namanya. S Corner ni terletak antara Kea Farm dan Pekan Brinchang betul2 kat Corner berbentuk S tu. Gerainya di sebelah kanan betul2 di tepi tangga.. Kebun strawberi pula di tingkat atas. Kalau jumpa kawan saya tu bagitau lah dia Cik Umi yang suruh cari he he :p






Buah yang anak saya petik

Kebun kat atas sekali

Aduh terliurnya :p



Kawan saya yang sebelah kiri :)

Ni yang saya borong  untuk bawa balik he he


Thursday, October 24, 2013

Cameron Lavender Farm dan balik kampung

Semasa di CH, kami tak lepaskan peluang melawat Cameron Lavender Farm yang dengarnya baru sahaja dibuka. Dari tepi jalan lagi nampak meriah, tapi sayangnya lavender tak berbunga pun. Yang ada bunga-bunga petunia dan entah nama apa lagi, tak sempat nak tengok lama-lama sebab cadangnya nak singgah beli teh selepas tu dan cepat-cepat bertolak balik kampung.

Jom tengok gambar...
Orang tak ramai, senang nak parking

Pintu masuk.. pelawat dikenakan bayaran

Bunga apa ntah ni

Ni lah lavender paling besar. Ha ha ha

Rumah burung ke ni atau peti surat?

Jalan laju-laju naik bukit sebab ada orang nak ke tandas! :p

Lautan bunga

Pandangan ke bawah

Cantik susunan warnanya bertingkat-tingkat

Patung pun ada.. hmm mcm taman omputih la kan?

Haa yang ni kenal...

Petunia ;)

Kat atas tu ada lagi cafe dan tempat petik strawberi tapi tak pergi pun. Kejar masa

Ramai la posing kat kereta tu termasuk pengantin

Nasib baik takleh masuk posing kat celah pokok, kalau tak ranap habis la pokok-pokok ni :p

Di mana saja jumpa kucing mesti diorang ni berhenti

Kucing lavender nih ha ha

Ok tengok puas-puas entah bila nak datang lagi

Cantik, cantik

Ops lupa pulak sebelah kanan ada macam-macam gerai jualan

Pudina ni dekat kedai teh bharat

Nak beli pun boleh, sepasu RM10

Borong teh dulu

Pastu ada yang nak beli cenderahati

Pintu masuk

Sama-sama

Jom kelik klate, singgah Gua Musang dulu pekena nasi dan sup tulang


Aduhh rasa cam nak hirup je dari komputer ni hihi

Balik kampung jumpa sepupu sepapat pastu main dam

Yang tak habis-habis tenung makcik pun ada jugak, tak pernah tengok :p

Sekali sekala jumpa tetap mesra :)

Wednesday, October 23, 2013

KHM Strawberry Farm dan S Corner

Hari seterusnya masih tak putus asa. Selepas check out dari hotel, kami menuju semua ke Taman Sedia mencari scones di KHM. Alhamdulillah berjaya juga akhirnya makan scones.. hehe.. Waktu kami sampai lebih kurang jam 10- 11 pagi masih tak ada orang. Hmm kemana pergi semua orang? Waktu balik tengok ada beberapa buah bas pelancong berhenti di YZ yang terletak di sebelah bawah, tapi tak ada orang pun yang naik ke KHM? Pelik bin ajaib.

Selepas tu cari kawan lama di S Corner. Sebut kawan lama sebab dah kenal hampir 10 tahun. Setiap kali nak beli strawberi segar, mesti cari kawan kami ni.

Ok jom layan gambar.. tak habis-habis dengan strawberi :)
Masa tengok ni teringat apa khabar lah pokok strawberi kat rumah

Suka gambar ni

Akak dan adik kat KHM

Sempat lagi borong jem, acar, sirap dan strawberi kering

Adik jumpa kucing manja kat sini

Produk KHM

Lolly

Sirap, jus dan madu

Ala kucing ni nak manjalah pulak

Siap tersandar lagi

Friendly betul

Scones set for two

Suasana di sini

Geram tengok buah dah masak

Yang ni pun geram juga

Suka view dari sini

Kat sini pun best jugak

Deretan pokok strawberi

Rasa cam nak petik aje kan

Ranum

Yang ni bentuk unik sikit

Kedai kat S Corner

Ni lah dia kawan kami,  Pei Yin :)

Asam-asam

Strawberi segar

Lolly lagi

Kalau tak silap satu pek RM10

Hmm sedapnya...