Ramai orang Malaysia yang tertarik dengan iklan atau tawaran kerja memetik buah di Australia dengan gaji lumayan. Tapi tahukah anda, kerja-kerja sebegini adalah ILLEGAL.. SALAH DI SISI UNDANG-UNDANG kerana telah menyalahgunakan visa pelancong?
Yang sedihnya walaupun ada yang tahu, masih ada yang berdegil. Risikonya bukan sahaja telah 'ditipu' oleh orang tengah (terpaksa bekerja kuat dalam tempoh yang lama dengan gaji yang sangat kecil) malah berhadapan risiko ditangkap polis dan dihantar balik ke Malaysia. Dan sudah tentu ini akan memburukkan lagi imej negara kita dan menyukarkan peluang orang lain yang ingin mencari rezeki halal di tempat orang.
Jom kita tengok pendedahan yang dibuat oleh stesen penyiaran Australia ini dengan kerjasama wartawan Malaysia.
http://www.abc.net.au/7.30/content/2016/s4575639.htm
