Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

Sunday, September 6, 2015

FOR SALE: MAKE ME AN OFFER (MMAO) Country Style Milk Jug, Sugar Pot dan Napkin Holder

Country style Milk jug, Sugar pot dan Napkin holder 
Jenis: Brg Terpakai (cuma pakai sekali, kemudian dijadikan hiasan)
Kondisi: Sangat baik

Dapatkan teko percuma dengan set ini.

Nota: Sila perhatikan terdapat kesan rekahan pada teko. Rekahan ini bukan disebabkan terjatuh, tetapi berkemungkinan akibat diletakkan di dapur sebagai hiasan dan terdedah kepada suasana dapur yang selalu panas. Selain itu ianya masih elok dan boleh digunakan sebagai hiasan.

Make me an offer -  nyatakan harga yang anda ingin tawarkan. Jika saya setuju, saya akan maklumkan.

Jika berminat sila email: pandorra_75@yahoo.com


Collect sendiri di Setiawangsa / Wangsa Maju
Atau tambah RM10 untuk urusan pos (Semenanjung Malaysia sahaja)
Comel..

Ukurannya.. kira-kira 8 cm tinggi utk milk jug dan 10 cm utk sugar pot

Napkin holder

Sebelah gambar ayam, sebelah lagi tulis Napkin

Set ini untuk dijual

Percuma teko

Sebelah sini tulis Tea

Kelihatan rekahan di bahagian luar

Bahagian dalam teko

Tinggi kira-kira 13 cm untuk 4 cawan air

Tuesday, March 19, 2013

Bunga dan bottle carrier

Sejambak bunga hadiah dari orang tersayang.. lebih istimewa siap gubahkan dalam pasu hehehe.. Bottle carrier juga hadiah utk sy, tp beli dari sunday market. Tak kisahlah apa2pun, bila dpt barang kita minat, rasa suka sangat...terima kasih :)
Sejambak bunga yang indah

Close up
Dekat lagi...


Boleh tahan lah kan gubahannya?


Bottle carrier

Dengan hiasan daun anggur
Mungkin untuk letak botol susu zaman dulu2? :)

Wednesday, February 20, 2013

Jem dan doilies

Memandangkan dah jauh berjalan untuk memetik anggur, kami singgah sekali lagi ke Cottage Tea Room. Kali pertama singgah dulu teringin nak beli jem strawberi tapi dah habis pula. Kami bgtau nak dtg lagi dan pemilik kedai kata dia akan dapatkan stok jem lagi. Sepertimana dijanjikan, mmg ada stok homemade strawberry jam yang kami kehendaki :)

Selain dari itu saya beli satu set doilies (3 helai doilies dgn saiz berbeza). Dah boleh hidang scones ni.. doilies dah ada, jem dah ada, whipped cream pun dah ada. :D
Jom tengok gambar2..
Tengok jam ni teringat jam KHM farm kat cameron highlands
Senang nak buatnya.. tunggu musim strawberi nanti ;)


Bestnye dpt buat jam sendiri dan lekat label.

Letak kat rak bersawang pulak

Inilah doiliesnya.. atau alas pinggan

Ada 3 jenis saiz. Ini yang paling besar


Ini yang paling kecil

Ada 3

Jom kita tengok corak kain yang digunakan

Suka dengan kait dihujungnya.. :)

Thursday, June 14, 2012

Life's little pleasures

Gabungan brg terpakai dan yg baru.. gambar pertama, sarung bantal yg dibeli di sunday market. suka belek sulamannya itu, ringkas tapi cantik. kemudiannya 2 jenis mini jug. satu basic white beli di sunday market. satu lagi dibeli semasa sale iaitu RA Moonlight Rose. Cuma dapat beli milk jug dan sugar bowl sahaja. dan last sekali cushion paris. entah bila nak sampai ke sana. tak sampai lagi tp dpt cushion pun jadikle he he..










Monday, November 7, 2011

Pillow cases (sarung bantal)

Sekarang tengah mood cuti agaknya.. ramai pakat balik kampung untuk sambut Aidil Adha.. kat sini pun suasana agak lengang atau sy kot yg terasa mcm tu.. tp tgk budak2 sekolah happy je mungkin sbb masing2 dah mood cuti .. Cuaca pulak tak menentu. sekejap panas, sekejap hujan, angin kuat. tak lama lagi summer akan tiba dan ramai lah pulak yang akan berpakaian ringkas :p. baju sejuk dah boleh simpan, electric blanket pun dah lama simpan. dah start pasang kipas angin dan bole start minum ais dah ni..

Gambar di bawah ialah sarung bantal hand made lace yg sy beli baru2 ni bila ternampak iklan di laman web. kat sini diorg iklan free aje dalam gumtree.. kdg2 boring2 tak ada kerja suka best jugak belek iklan2 ni.. sy berkenan sarung bantal ni sbb masih baru (belum digunakan lagi lah tentunya) dan suka dengan coraknya.. kalau second hand pun dan kebetulan suka dengan coraknya pun sy akan beli..kadang2 barang baru ni masih dalam kotak/bekasnya lagi dan dijual kerana barang2 tersebut adalah hadiah perkahwinan dsb yg tak diperlukan..


cantik, kan?

bila belek2 tengok corak ni mcm telekung lah :)
Ada 2 pasang.. sayang nak pakai takut nanti ada peta hehehe

yg ni lak cotton damask
mungkin nampak biasa saja.. tp sy suka