Wednesday, August 14, 2013

Kuah kacang paling sedap

Kali ini saya kurang rajin nak menelefon emak saya untuk mendapatkan resepi.. Bukannya apa, tahu sajalah kalau nak minta resepi dari orang lama ni, dia akan bagi arahan tak berturutan dan sukatan juga biasanya agak-agak saja. Kalau tengok saya salin resepi pun boleh jadi pening dibuatnya. :p

Bagi menjimatkan masa dan supaya tidak pening-pening, saya cari resepi dalam internet saja. Setakat ni dah pernah cuba beberapa resepi dan inilah resepi terbaik yang paling saya suka. Sejak hari raya dah dua kali buat kuah kacang ni sebab habis licin! :)
Warna kuning terserlah sebab pakai kunyit hidup

Tengok ni pun dah terliur semula
Resepi saya ambil dari blog Sajian Dapur Bonda. Saya copy paste untuk rujukan kemudian hari. Terima kasih tuan punya resepi sudi berkongsi resepi yang sangat sedap ini :)

Bahan-bahannya: 
5 cawan kacang tanah yang telah dikisar kasar - Kak Noor beli yang telah siap dikisar 
2 batang serai - dititik 
*3 sudu besar gula perang atau gula merah (sy guna gula perang)
3 sudu besar gula putih 
3 keping asam gelugor (asam keping) 
¼ cawan pati santan atau ¼ cawan susu sejat (sy guna santan)
Garam secukup rasa 
1 sudu kecil serbuk perasa – jika suka (sy tak letak)
¾ cawan marjerin 
¼ cawan minyak kelapa 

Bahan-bahan B (Digoreng kering tanpa minyak dan kemudian dikisar): 
100 g cili kering 
8 batang serai – dihilis halus 
2 biji bawang besar – dipotong kecil 
3 ulas bawang putih 
1 inci kunyit hidup 
3 inci halia 
2 inci lengkuas 
½ inci belacan 
Air secukupnya untuk mengisar 

Penyediaan Bahan-bahan B: 
1. Cili kering dipotong kecil dan kemudian direbus ataupun direndam dengan air panas sehingga lembut. Kemudian dibasuh. Semasa membasuh, ramas cili kering supaya bijinya keluar. Kemudian toskan. 
2. Semua bahan B digoreng kering terlebih dahulu di dalam kuali sehingga naik bau lebih kurang 15 minit. 
3. Masukkan bahan B di dalam blender bersama air secukupnya. Kisar sehingga semua bahan menjadi halus. 

Cara-cara membuat kuah kacang: 
1. Panaskan marjerin dan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B yang telah dikisar sehingga naik bau dan terbit minyak. 
2. Masukkan sedikit air dan kacau rata. 
3. Kemudian masukkan gula perang, gula putih, garam, serbuk perasa, asam gelugor, dan serai. Kacau rata sehingga semua bahan mesra. 
4. Selepas itu bolehlah dimasukkan kacang tanah kisar dan kacau rata. Masukkan pati santan dan juga air secukupnya. Kuah kacang mestilah jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Masak sehingga kuah mendidih. 

*Kuah kacang akan menjadi warna merah gelap sekiranya kita gunakan gula merah, tetapi sekira digunakan gula perang, warna kuah kacang akan berwarna merah terang.

8 comments:

  1. Replies
    1. Sama2.. sy pun share resepi orang juga ni. Kredit untuk tuanpunya resepi yg asal. A must-keep recipe :)

      Delete
  2. Dah lama cari resepi kuah kacang ni... Akhirnya jumpa jugak... Thanks, akak! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.. harap2 suka dengan hasilnya yang sedap ;)

      Delete
  3. Makanan kegemaran saya..tapi x penah confident nak masak sendiri..
    tapi, tgk resepi ni macam simple je..nak try la..harap2 menjadila..hehe

    Jemput ke blog saya

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~ perkongsian tentang kisah hidup, anak2, aktiviti seharian, tips kesihatan, kecantikan dan lain2..

    Moga dapat manfaat daripadanya..insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trylah resepi ni.. Insyaa Allah kalau ikut sukatan dan cara2nya mmg menjadi dan sedap :)

      Delete