Showing posts with label Swan Valley. Show all posts
Showing posts with label Swan Valley. Show all posts

Thursday, March 2, 2017

Cottage Tea Rooms - 2017

Musim-musim begini (summer nak masuk ke autumn) sangat seronok rasanya kalau dapat jalan-jalan ke Swan Valley dan singgah sebentar di Cottage Tea Rooms. Di samping menyajikan teh dan kopi, terdapat juga menu scones yang menjadi trademark di sini selain muffins, waffles dan sebagainya. Anda boleh lihat menu di bawah.

Cottage Tea Rooms juga merupakan finalis Gold Plate Award bagi tea room yang menyediakan menu minum petang (English tea) terbaik. Boleh lihat artikel di sini: https://thewest.com.au/news/wa/high-tea-the-height-of-fashion-ng-ya-120526?r=1. Para pelanggan yang berkunjung ke sini juga telah memberikan review sebanyak 4.5 daripada 5 bintang!

Selain makanan, terdapat juga jualan homemade jem dan biskut yang dihasilkan sendiri. Jangan lupa juga untuk melihat barang cenderamata yang cantik-cantik, mana tahu ada yang berkenan untuk dibawa pulang? 

Cottage Tea Rooms terletak di 8560 West Swan Road, Perth WA 6055. Landmark yang anda harus perhatikan ialah adanya sebuah basikal yang diparkir di hadapan tea room ini.

Atau layari facebook Cottage Tea Rooms di SINI.

Untuk lihat post saya sewaktu ke sini dulu dan tengok suasana di dalamnya boleh klik SINI.


Jom tengok gambar.. kredit gambar dari facebook Cottage Tea Rooms.


Cottage Tea Rooms.. nampak basikal tu? :)

Romantiknya minum dekat gazebo ni. Diorang ada buat wedding vows kat sini.

Redup


Jem anggur, fig (buah tin), cili pun ada!

Produk penjagaan kulit

Haa musim anggur macam ni laa.. sebab dah terletak dekat2 ladang anggur :)

Ada juga yang buat event macam perkahwinan kat sini

Garden wedding :)

Jem anggur!

Menu...

Minuman

Soft toys

Hiasan untuk taman agaknya

Adoi geramlah tengok..

Untuk dijual.. ada yang made in England, ada yg made in China

Waffles

Best lepak sini sambil gossip dgn BFF.. biasa grandmas aje suka lepak sini he he

Blueberry scones

Wednesday, December 7, 2016

Maison Saint-Honore Macaron & Cake Factory, SWAN VALLEY

Satu lagi tarikan terbaru atau lebih tepat lagi kafe yang baru dibuka di Caversham ialah Maison Saint-Honore Macaron & Cake Factory. Sebelum ni diorang cuma buka kedai kecil di Fremantle Market (boleh tengok SINI), gerai macaron di Manning Farmers Market dan di pusat beli belah seperti Garden City Booragoon. Sekarang rupanya dah ada kafe dan kilang kek!

Sepertimana yang pernah saya sebutkan sebelum ini, demi menjamin 'keaslian' dan kualiti macaron, mereka hanya mengambil pekerja berbangsa Peranchis sahaja.

Sedikit maklumat tentang macaron ni..apa yang saya tahu ialah macaron's shell ini secara asasnya dibuat dari putih telur dan tepung badam manakala filling contohnya chocolate ganache dibuat daripada coklat, krim dan mentega. Jika anda kurang pasti, silalah tanya bahan-bahan yang digunakan supaya anda tidak was-was. Ramai orang sana dah tak terkejut kalau ditanya jika halal atau tidak. Atau kalau diorang tak faham pun, tanyalah jika makanan itu sesuai untuk vegetarian dan tiada alkohol. Sebab pemahamaman halal mungkin berbeza, ada yang menyangka muslim cuma tak makan pork tetapi boleh makan yang lain (daging yg tidak disembelih cara Islam). ;)

Alamat kafe ini ialah di:
100 Benara Rd, Caversham,
Perth WA

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook: Maison Saint-Honore
(sumber gambar dari fb Maison Saint-Honore dan gambar yang saya ambil sendiri di Fremantle Markets)












Bagi anda yang teringin cuba macaron jangan risau kat tempat kita pun dah ada jual macaron, contohnya di Pistachios Bakery. Tapi bagi saya rasanya dah tentulah tak sama dengan macaron ori buatan orang Peranchis :p

Ni cara saya menikmati macaron untuk minum petang :)





Monday, October 17, 2016

SEGMEN IKLAN: MUSLIM HOMESTAY IN SWAN VALLEY

Cuti Cuti Oz menyediakan homestay dengan peralatan HALAL untuk muslim travellers ke Perth. Rumah ini mempunyai 3 bilik, sesuai untuk keluarga yang ingin menikmati percutian selesa di Swan Valley. Ia terletak di pinggir Perth yang nyaman, cantik dan berhampiran dengan taman golf yang sering dikunjungi oleh kangaroo di petang hari.
 
Peralatan memasak yang Halal khusus disediakan untuk orang orang Islam, supaya percutian anda lebih diberkati.. Aamiin..
 
Contact Zai at +61478160208 atau email ke atlashorizon@hotmail.com utk maklumat lanjut.
 

















Sunday, January 19, 2014

Grape Picking in Swan Valley - 2014

Salah satu aktiviti yang ditunggu-tunggu di musim panas.. Jom memetik anggur organik di Swan Valley!

P/S:
Untuk maklumat lanjut berkenaan lokasi boleh rujuk post saya terdahulu di SINI dan di SINI. Jika ingin datang ke sini, perlu buat temujanji dengan pemilik ladang dulu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Email saya untuk dapatkan no telefon beliau.
Gugusan anggur

Bangsal pemilik ladang

Geramnya.. ada gugusan yang mencecah berat satu kilogram dan lebih!

Anggur ini dari jenis red seedless

Gugusan anggur dibawah pokok

Ada yang dah kecut kena panas

Huu geram tengok

Saiznya kecil-kecil tapi manis dan rangup

Sepanjang deretan pokok anggur berjuntai seperti ini

Kalau boleh nak ambil semua gambar

Yang ni lebih dari satu kilo beratnya

Yang sudah masak sepenuhnya berwarna kehitaman

Warna merah kurang manis dari yang hitam

Cantik kan? Kawasan ni memanglah panas waktu ini tapi anggur hidup subur

Tengoklah batang pokok anggur tu dah besar maknanya dah bertahun2 usianya

Rasa macam nak petik lagi

Dan lagi...

Sampai penuh sebakul!

Sudahlah, kena tinggal untuk orang lain petik pula

Sebelah sana pun ada deretan pokok anggur

Cuaca panas walaupun belum pukul 11 pagi

Kami cuma memetik di baris ini sahaja

Sebakul anggur seberat 9 kilogram!

Ini pula anggur jenis putih

White grapes

Masih belum masak dan rasanya masam

Seminggu dua masaklah ni

Cuba juga cari yang masak, rasanya manis manis masam

Simpan untuk lain kali pula

Buah tin (fig) yang manis dan boleh dimakan dengan kulit

Bangsal menunggu.. budak-budak suka duduk di sini

Kucing comel

Namanya Harvey

Manja dan peramah.. eh ada ke kucing yg peramah? :p

Sangat cerewet dan suka membersihkan diri.. hehehe