Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Old Perth Road Markets in Bassendean

Sehingga ke hari ini tertanya-tanya tentang status MH370. Dah jadi misteri pula bila serpihan dijumpai tiada kaitan dengan pesawat yang hilang.

Ok jom tengok pasar malam orang kat sini sambil tu boleh cuba ambil gambar suasana waktu malam. Harap maaf kalau kualiti gambar kurang memuaskan ya.

Old Perth Road Markets ini diadakan sebulan sekali di Bassendean. Pasar ini kecil sahaja dan tidak semeriah pasar malam di tempat kita. Bolehlah setakat nak jalan-jalan ke sini kalau bosan duduk kat rumah waktu malam.. :)

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.oldperthroadmarkets.com.au/

Gerai pertama yang menarik perhatian adalah penerangan tentang Islam

Buku-buku yang ada. Seorang jaga gerai, sorang lagi berjalan sambil berdakwah. Sangat bagus kan?

Gerai barangan dari Italy. Oh ya kat Perth ni pun ramai orang berasal dari sana.

Bassendean train station di seberang jalan

Kedai-kedai turut dibuka untuk memeriahkan suasana

Bangunan yang kelihatan ialah hotel Bassendean

Persembahan nyanyian

Restoran di hotel

Aneka jem dan sos

Cendawan untuk hiasan taman

Buku kanak-kanak

Penulisnya menjual buku tulisan sendiri 

Karya tentang binatang yang terdapat di Australia.. iaitu bandicoot

Salah satu buku tulisan beliau

Gerai produk kecantikan dan penjagaan diri

Menarik sekali

Macarons pun ada

Senarai harga

Gerai kraf di kaki lima jalan

Cantik kan?

Sunday, November 24, 2013

Coconut shake dan produk gourmet garden

Musim-musim panas ni memang sedap kalau dapat minum air tebu atau kelapa. Kelapa fresh yang diimport dari Thailand memang senang diiperolehi tapi setakat ni air tebu cuma ada yang dalam tin ajelah. Bila dapat air kelapa, apa lagi terus buat coconut shake. Lagipun masa nilah nak guna milkshake maker :)

Produk gourmet garden ni pula sangat memudahkan kerja-kerja dapur. Bila nak pakai, cuma picit aje dari tiub. Saya terbeli baru-baru ni bila tengok dapat buku resepi percuma dengan pembelian dua produk ini. Sebelum ni tengok tak beli pun, tapi sebab dah dapat buku resepi terus beli :p

Nota:
Alhamdulillah tetamu kami selamat sampai ke Perth. Jadinya minggu ni agak sibuk jadi pemandu pelancong Bila ada masa terluang saja boleh update blog, bergantung kepada keadaan..
Coconut shake

Letak banyak aiskrim vanilla

Sejuk dan menyegarkan :)

Milkshake maker yang sangat berguna

Gourmet garden: pes bawang putih dan halia
Halal



Buku resepi percuma dengan pembelian dua produk jenama ini
Oklah tu kan, dah cuba memang senang sangat tak payah tumbuk2 dah :)

Monday, September 9, 2013

Cookbook dan RV cupcake for election day

Pada bulan April yang lepas saya telah menyumbangkan resepi apam polkadot untuk buku masakan sekolah yang dijual sempena sambutan ulangtahun sekolah yang ke 60. Boleh baca cerita apam polkadot di SINI. Hasil kutipan jualan buku menjadi sumber dana kepada persatuan ibu bapa di sini (Parent & Citizen). Tumpang berbangga dapat tengok resepi ini dimasukkan sekali dalam buku ini, dan apam polkadot juga terpilih menghiasi halaman sebelah contents. Jika ada sesiapa yang berminat untuk membeli boleh hubungi saya..harganya ialah $20 atau kira-kira RM60. Terdapat 170 resepi yang menarik di dalamnya.

Red Velvet (RV) cupcake pula saya buat untuk menyokong aktiviti P&C yang membuka gerai jualan kek dan sausage sizzle pada hari pengundian Sabtu lepas. Ibu bapa dialu-alukan menyumbang kek, biskut dan sebagainya untuk dijual dan hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung P&C. Aktif betul diorang ni kan? Bulan Oktober ini sekolah akan mengadakan temasya sambutan ulangtahun ke 60. Semua gerai yang ada dipertanggungjawabkan kepada kelas tertentu dan dikelolakan oleh ibu bapa kelas tersebut dengan bantuan sekolah.

Jom tengok gambar...

Contents

Bila letak kat pokok macam ni baru perasan apam polkadot ni macam ladybird, kan? :)

Muka depan

Rv cupcake

Frosting yang comot

Tengok ni pun terliur lagi

Bila pergi nak pickup bekas, tengok gerai dah hilang. Mungkin habis awal lah tu, dah tutup kedai :p

Gerai kek pada hari pengundian

Banyak juga sumbangan kek untuk jualan kan?

Semuanya murah-murah

Cupcake dan aneka kuih

Sausage sizzle

Macam ni aje poster undi diorang

Cuma letak kat tempat tertentu, tak meriah macam kita

Kali ni dapat PM baru, Tony Abbott

Baki frosting cream cheese saya bakar buat cheesecake :)

Sunday, August 18, 2013

Save the Children Book Sale @ University of WA

Acara yang dinanti-nantikan oleh ulat-ulat buku iaitu Save the Children Book Sale di University of Western Australia (UWA). Jualan buku terpakai ini diadakan di Winthrop Hall mulai Jumaat 16 Ogos sehingga Rabu 21 Ogos 2013.

Waktu urusniaga ialah:

Friday 16 August............5pm - 9.30pm
Saturday 17 August........6am - 6pm
Sunday 18 August..........8am - 6pm
Monday 19 August..........9.30am-6.30pm
Tuesday 20 August.........9.30am-6.30pm (1/2 price day)
Wednesday 21 August.....9.30am-3pm ($15/box day)



Untuk maklumat lanjut boleh lihat di SINI. 
Atau klik laman web rasmi Save the Children.
Masa nak masuk, kita diberikan kotak kosong

Buku dibahagikan mengikut topik

Masa ni belum ramai lagi

Dewan ni sederhana besar

Buku kanak-kanak di bahagian atas

Papan tanda arah

Winthrop Hall

Bouncy ball disediakan untuk kanak-kanak

Keluarga itik yang ada di kolam bersebelahan dewan

Anak itik comel-comel

Bapa itik yang garang dan tidak suka orang mengganggu anak-anaknya

Bawa balik sekotak buku, Kymba pulak datang nak baca agaknya?

Oh tidak, rupanya nak gesel-gesel kepalanya dekat kotak aje hahaha