Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Thursday, October 27, 2016

Melville's Rose Garden - Carmel, WA

Musim bunga (spring) ni apa lagi.. masa ni lah nak menikmati keindahan alam, melihat bunga-bunga warna warni yang dah berkembang kan.. Musim ni juga ada yang kurang suka sebab alahan dengan debunga, terutama debunga dari pokok berus botol (bottle brush).

Biasanya kalau tak nak pegi jauh-jauh, kami sekeluarga akan cari kesempatan pegi ke nursery macam Bunnings untuk tengok dan beli bunga cantik-cantik. Paling jauh akan ke Araluen tengok tulip atau ke Roleystone, nak tengok bunga ros. Setiap hari sabtu pula akan beli bunga ros segar untuk diletakkan dalam pasu sebagai hiasan penyeri rumah.

Oklah kali ini jom kita 'melawat' Melville's Rose Garden yang terletak di Carmel yang terletak kira-kira 25 minit perjalanan dari Bandar Perth. Kita cuma tahu bunga ros aje kan.. sebenarnya bunga ros ni ada macam2 jenis dan nama. Dekat-dekat sini juga ada satu lagi tempat yang kami pernah kunjungi iaitu Melville Nurseries.. Boleh tengok Melville Nurseries di SINI.

Maklumat lanjut Melville's Rose Garden boleh dilayari di Facebook Melville's Rose Garden atau Laman Web.

Waktu buka: 10 pagi - 4 petang (Rabu sehingga Ahad)

Alamat:
105 Tanner Road Carmel
Perth, Australia

Kredit gambar dari FB Melville's Rose Garden

Camelia rasanya nih

Candlelight

Carabella

David Austin Roald Dahl

David Austin juga

Suasana pagi yang berkabus

Cantiknya taman ni kan

Macam ni lah suasana musim bunga

Wedgwood Rose David Austin

Wise Portia


Monday, August 11, 2014

Tulip di Araluen 2014 - PART 2

Seperti biasa, jenguk kedai cenderahati untuk tengok apa yang menarik di situ. Harga tiket kali ini agak mahal disebabkan adanya acara istimewa tahun ini.. Selain cenderahati yang biasa, terdapat beberapa cenderahati menarik dari Turki. Tak pasti pula cenderahati dari Belanda.

Jom tengok gambar...
Suka dengan outdoor setting seperti ini

Pinggan kaca tulip, burung seramik dan sebagainya

Jam pun ada

Bunga plastik tapi tetap berseri

Produk wangian, bunga dan hiasan rumah

Cantik

Pinggan hiasan dan sebagainya

Pinggan gambar burung

Hiasan untuk digantung

Sabun sayuran dan susu kambing. Wangiii

Haruman untuk almari dan kereta

Cenderahati dari Turki

Papan tanda kedai

Laman di depan kedai

Anak sungai

Abang pun nak posing

Kolam di Araluen

Bersih dan terjaga

Laluan di bawah pergola

Pokok bunga yang lebat sehingga habis gugur kelopak bunganya

Cantik

Geram betul tengok kelopak yang gugur macam nak kutip aje :)

Wangii

Harga tiket

Pokok bunga berhampiran pintu masuk

Segar dan cantik

Jom balik!

Sunday, August 10, 2014

Tulip di Araluen 2014 - PART 1

Jom jalan-jalan ke Araluen Botanic Park untuk tengok tulip!

Kami ke sini pada hari Sabtu lepas.. ingatkan dah banyak bunga yang kembang rupanya baru sedikit. Kebetulan harga tiket telah dinaikkan bermula hari itu. Waktu paling sesuai melawat kiranya dalam 2 minggu lagi, rasanya barulah banyak bunga yang kembang dan ada acara menarik pula. Tetapi harga tiket pun bakal dinaikkan lagi waktu itu.. harga tiket saya akan paparkan di PART 2.

Tahun ni konsulat Turki dan Belanda bekerjasama untuk membawa tema negara masing-masing di Araluen.. boleh rujuk info di bawah atau laman web Araluen Botanic Park.

Saturday 23 August to Sunday 21  September  

This year the Turkish and Dutch Consulates together with the Turkish Australian Culture House Inc are partnering with Araluen Botanic Park to bring a Dutch and Turkish theme to its Spring Festival.
The Concourse lawn area has been transformed and now features a canal, minaret, tulip display beds, silhouette of Dutch and Turkish buildings and of course the Grand Marquee.
The Grand Marquee will feature the history of the tulips in a stunning display taking you on a journey from Turkey to the Netherlands and finally to the first tulips planted at Araluen 80 years ago.  Over the 4 weeks of the festival there will be food, music and dance from the Turkish and Dutch communities.  The Roleystone Musicians Club will also be involved with members playing during the weekends of the festival.
Comelnya itik ni

Eh itik ke burung ya, tengok kaki macam kaki itik :)

Bunga yang cantik

Tulip!

Cantiknya.. tapi kalini nampak macam ditanam jarang-jarang

Banyak yang belum kembang, mungkin ditanam secara berfasa

Cantik sekali warnanya macam api

Sebelah sini dah kembang

Tulip pink

Pancuran air

Binaan bentuk bangunan

Kanak-kanak riang main tepi anak sungai

Seronok jumpa abang

Suasana di kawasan lapang di Araluen.. ada yang piknik atas rumput

Tahun ni nampak lanskap begitu kemas sekali

Jom ke kedai cenderahati

Tulip kat sini banyak yang dah kembang

Barisan hadapan tulip ditanam dengan parsley.. geram tengok

Cantik sungguh warna ni

Rasa macam nak cabut bawa balik je semuanya segar-segar belaka

Sejuk mata memandang :)