Showing posts with label Nieces. Show all posts
Showing posts with label Nieces. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

Kunjungan Tok Din pula...

Dua hari selepas makteh dan sepupu-sepupu saya balik, tokdin dan adik saya serta keluarganya pula datang menziarah. Seperti biasa sambung tugas menjadi tukang masak dan pemandu pelancong lagi. Bezanya kali ni tak semua tempat pergi sebab tokdin dah pergi sebelum ini.

Tempat pertama sampai selepas jejak Perth ialah Sunday Market haa.. Jom tengok gambar

Nota:
Mungkin ada yang tertanya2 kenapa panggil tokdin, mcm nama lelaki aje kan? sebenarnya anak-anak saya peminat siri kampung boy. Dalam cerita tu kan ada watak tokdin? Sepatutnya panggil tok (panggilan orang utara untuk nenek) tapi diorang terus sambung panggil tokdin. Lekat pulak nama tu sampai sekarang :p
Tokdin dengan adik bongsu saya dan anaknya

Geram tengok bunga hydrangea kat sini

Cantiknya warna ni

Dapat beli 2 teddy bear ni dengan harga murah sekali!

Sebelah malam buat sambutan hari lahir tokdin

Jalan-jalan ke Swan Valley, di bahagian belakang tokdin tu deretan pokok anggur

Sempat ke Mondo Nougat juga

Melihat pemandangan bandar Perth dari Kings Park

Fatihah budak comel yang sombong dengan maklong

Sempat amik gambar Kymba tengah makan rumput :p

Haa ni ok sikit

Ok jugakle taknak dgn maklong, tak payah susah2 maklong dukung.. huhuhu

Tuesday, January 8, 2013

Pink and Blue

Akhirnya dapat peluang juga beli baju baby girl untuk 2 orang anak saudara baru.. sorang berumur kira2 2 bulan dan sorang lg belum cukup sebulan: Nur Fatihah dan Nazifa Iwani. Maklong cuma dapat bayanglah mcm mana cantiknya baju2 ini bila dipakai nanti.

Dan untuk maklong pula, tak habis2 dgn pinggan mangkuk. Ye la maklong mana boleh nak pakai baju2 comel mcm ni dah tak muat hahaha
comelnye

satu hot pink satu soft pink

mesti bergaya habis

budak perempuan mestilah suka bunga kan?

boleh pakai ni p mkn kenduri

anak saudara maklong mestila cute mcm maklong juga ;)



pakai ni mmg bergaya pegi jalan tepi laut pun tak sejuk :)




pinggan baru maklong: hasil rembatan yg tak seberapa.. 
mug untuk maklong dan paklong minum kopi


mangkuk utk makan bihun sup atau maggi..

yg ni maklong sempat rembat 2 aje sbb tu je yg tinggal