Showing posts with label crockery. Show all posts
Showing posts with label crockery. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

Blue and white lagi

Vintage soup tureen Palissy by Johnson Bros.. 

Agak susah dijumpai, tapi kalau dah jodoh dan rezeki bertemu jua :)


























Monday, September 16, 2013

RA American Beauty

Hobi yang tak sudah-sudah.. bila tak ingat atau tak nampak tu ok lagi. Kalau dah ternampak tu terus tidur malam tak lena teringat nak beli..hehehe.. Set cawan dan piring ni saya beli online.

Kadang-kadang beli melalui online ni harga barang ada yang murah tapi bila campur dengan kos pos jadi sama aje macam beli kat sunday market, atau kadangkala jauh lebih mahal. Tapi corak bunganya tu memanggil-manggil. Pejam mata nak tidur pun boleh nampak lagi - lepas tu ada orang mengadu tiba-tiba duit dalam akaun kena tolak. He he he.. So tak boleh buat selalu aktiviti ni, kena elakkan dari tengok bunga-bunga ni lagi. Apa pun masih sempat sambar apa yang diidamkan.

Oh lupa pulak, tahun lepas dah dapat beli satu set RA American Beauty ni, tp setnya kecil-kecil comel sahaja. Boleh tengok kat SINI.

Jom tengok gambar, harap jangan ada yang tidur tak lena sudahlah.
Bunga ros penuh keliling cawan dan piring

Dulu-dulu mesti saya suka lukis ni

Cantiknya bunga

Yang ini RA Princess Anne 

Ini pula piring RA American Beauty

Beli dua piring dengan saiz berbeza

Kemudian ternampak pin dish ini

Cop di bahagian bawah pin dish dan piring

Jug krimer yang sangat comel dibeli sekali dengan pin dish. Tengok saiznya kecil saja pun

Ini pula set bertiga (trio)

Koleksi tahun ini, entah bila nak cukup satu set.. dapat dinner set pun ok jugak kan kui kui kui :p

Thursday, July 4, 2013

Piring dan milkshake maker terpakai

Barang lama dan terpakai ni kadang-kadang masih elok, cantik dan boleh digunakan lagi. Piring-piring terpakai ni adalah koleksi terbaru saya. Rasa sangat tertawan dengan corak bunga yang berbeza pada setiap piring. Boleh digunakan sebagai piring kuih atau disimpan sebagai hiasan.

Milkshake maker pun masih elok, sangat berjasa dan sudah beberapa kali digunakan untuk membuat minuman milkshake dan juga coconut shake yang sangat lazat! :)


Piring tanpa cawan teh - Royal Albert Kentish Rockery

Elizabethan

Ros kuning

Duchess Fuchsia

Close up Fuchsia

Royal Stafford

Carnation

Queen Anne

Close up piring Queen Anne

Duchess

Close up



Milkshake maker pula dibeli di Sunday market

Masih elok lagi.. :)

Tuesday, April 9, 2013

Pinggan mangkuk terpakai lagi...

Nak tengok koleksi pinggan mangkuk terpakai saya yang baru? Tarik nafas dulu.. takut banyak sangat gambar he he he.. sebelum tu layan gambar balang gula-gula saya dulu..
Balang gula-gula (yang ni baru, bukan terpakai)

Pinggan 3 beradik

Ada 3 saiz berbeza

Gambarnya pun tak sama.. setiap satu menunjukkan istana lama

Chatsworth in 1792

City of Exeter in 1792

Blarney Castle in 1792

Suka tengok corak sekelilingnya.. kalau kat Msia corak mcm ni sy suka koleksi dari Claytan

Koleksi Old Britain Castles.. 


Bertuah betul hari yang sama dapat soup tureen ini..Nampak keadaannya masih elok lagi di bahagian atas
Tapi di bahagian bawah dan tepi ada retak macam ni..

Tapi masih tak percaya dapat beli dgn murah kerana ini barang antik

Teko ni beli kat sunday market Karrinyup

Tertarik dengan bunga yang simple dan jalur-jalur di badan teko

Penutupnya juga cantik

Dari Spain ni.. jauh juga dia datang :)

Thursday, March 14, 2013

Jalan-jalan Fremantle: The Home Provedore

Lepas jalan-jalan ke Perth Upmarket, kami menuju ke Fremantle pula. Walaupun rumah terletak tak jauh dari Fremantle, nak datang sini sebulan sekali pun payah sebenarnya. Biasalah kan, tempat yg dekat2 tu biasanya kita jarang pergi. Tujuan ke sini ialah untuk ke kedai Home Provedore ini. Nampak iklan kat suratkhabar macam menarik aje. Kedai ni ada 2, satu untuk barang dapur dan satu lagi khusus untuk barang2 baking. Saya masuk kedai barang2 untuk baking. Suka sangat spend masa lama-lama belek barang-barang kat situ tapi rasa kurang selesa sikit, mungkin sbb pekerja kedai asyik dok tengok-tengok saya pulak mungkin sbb saya bawa kamera ke entahlah.

Apapun sempat juga saya beli barang kat sini, tak banyak mana cuma mangkuk puding (untuk banana split) dan paper doilies.
Masa parking, nampak tuan kete ni parking. Bila dia pegi aje, haa apa lg pakat posinglah

Peminat-peminat kereta

Peace!

Kalaulah boleh naik, best kan?

Inilah kedainya
Duduk tang kona (corner)

Kelengkapan dapur untuk memasak dengan penuh gaya

Yang ni letak tepi jalan je


Mangkuk puding kaler soft pink

Kalau letak banana split sangat bergaya kan? huhuhu

Lighting tak berapa cantik. Harini hujan seharian