Bagi yang ingin tahu bagaimana saya menguruskan penghantaran barang pulang ke Malaysia ya..
1. Pertama sekali dapatkan sebutharga dari shipping company/agent.
Apa yang anda perlu tahu ialah banyak mana barang yang anda ingin muatkan, adakah anda perlu satu
shipping container sepanjang 20 kaki (boleh muatkan barang untuk satu rumah) atau yang 40 kaki (barang untuk satu rumah dan muat untuk sebuah kereta).
Isikan borang melalui laman web atau emailkan butir-butir
tempat pickup dan di mana
destinasi barang untuk dihantar, nyatakan
jenis barang yang hendak dihantar, iaitu barang rumah (
household items) serta
tarikh anda mahukan barang anda dihantar balik.
Syarikat akan memberikan
sebutharga (kos sudah termasuk penghantaran
container kosong, pengisytiharan kastam dsb sehingga sampai ke pelabuhan negara destinasi) dan jika anda bersetuju, anda akan diminta membayar sejumlah deposit. Baki bayaran akan dijelaskan apabila barang anda akan diangkut. Saya meminta masa selama beberapa hari untuk mengisi barang.
Arrangement ini boleh dibuat dengan agen tersebut.
Pastikan anda
menyemak dulu dengan majlis bandaran (
council) jika anda dibenarkan untuk park
container di laman depan anda supaya tiada masalah / aduan atau menyebabkan laluan/lalulintas terhalang.
Kontena akan dihantar pada hari dijanjikan dan anda akan diberikan satu unit
padlock untuk digunakan apabila sudah selesai memunggah barang.
Padlock ini mempunyai kod dan pastikan hanya untuk digunakan bila untuk dikunci pada saat
AKHIR. Anda akan diminta untuk maklumkan kod ini kepada agen apabila telah mengunci pintu
container.
Kira jumlah kotak dan senaraikan barang-barang yang dimuatkan di dalam kotak tersebut
(shipping list), Senarai ini akan diminta oleh
shipping agent untuk tujuan kastam dan sebagainya. Saya juga menyimpan senarai barang yang lebih lengkap untuk semakan dan menanda kotak dengan nombor supaya mudah untuk mengenalpasti kotak mana yang saya ingin buka kelak.
Contoh:
Shipping list: Box 1, 2, 3, 4 - Kitchenware, table ware
Senarai lengkap saya: Box 1: Periuk, belanga, senduk, cutlery, apron
Syarikat/agen yang saya gunakan ialah:
www.movingyourworld.com.au
Anda akan diberikan
nombor tracking untuk menjejak perjalanan container anda sehinggalah sampai ke pelabuhan. Masa yang diambil adalah kira-kira 21 hari.
2. Penghantaran barang dari Pelabuhan ke rumah
Dapatkan sebutharga dan pilih jika anda mahu kontena dihantar terus ke rumah, atau mahu dipunggah ke dalam lori terlebih dahulu. Juga nyatakan jika anda mahu khidmat mengangkut barang anda ke dalam rumah. Jika tidak, anda perlu mengangkutnya sendiri masuk ke rumah.
Anda juga akan diminta untuk mengemukakan dokumen termasuk salinan IC, pasport dan
shipping list sekali lagi.
Memandangkan saya memilih supaya barang dihantar dengan lori dan juga meminta caj tambahan pekerja mengangkat barang, kos yang dikira adalah:
- kos shipping line charges,
- kos mengangkut kontena keluar dari yard dan menghantar balik kontena kosong,
- kos penghantaran dan mengangkat barang masuk ke rumah, dan
- service charges.
Syarikat yang saya gunakan ialah:
http://www.sakuraforwarding.com/en/
 |
| Treler datang hantar container ke rumah |
 |
| Pastikan diparkir dengan elok dan tidak mengganggu lalulintas |