Post kali ini saya sediakan memandangkan agak ramai yang bertanya kepada saya bagaimana caranya untuk menyewa kereta di Perth. Jadi saya kongsikan apa yang saya tahu berdasarkan pengalaman saya sendiri untuk panduan anda yang berminat.
Jika anda ingin melancong ke Perth, saya cadangkan anda ambil kereta dari Perth International Airport. Maksudnya pick up dan drop off di Airport tersebut. Caranya senang sahaja, gunakan laman web Air Asia dan anda boleh membayar menggunakan kad kredit seperti biasa.
Contohnya seperti di bawah. Anda cuma perlu pilih Perth International Airport, Tarikh serta masa untuk Pick Up dan Tarikh Drop serta Masa untuk Drop Off. Kemudian anda akan diberikan pilihan kereta dari beberapa syarikat yang beroperasi di situ. Pilihan yang ada hanyalah untuk kereta bagi 5 penumpang. Ada pilihan saiz kereta dan kos setiap satu, jarak perjalanan yang dibenarkan dan sebagainya. Buatlah pilihan dan semak terma-terma diberikan. Pemandu di bawah umur 25 tahun akan dikenakan caj tambahan ya. Penting untuk baca dan selepas dah tempah, print tempahan dan simpan di tempat yang senang diambil semasa di airport supaya anda tidak tercari2 dan baru terhegeh2 nak buka beg he he..
Untuk makluman juga, lesen memandu Malaysia diterima di Perth. Tak perlu nak dapatkan translation dan sebagainya.
Patuhi juga undang-undang jalan raya di Perth. Anda tidak boleh meriba anak kecil dan perlu gunakan baby @ toddler car seat. Dan penumpang bawah umur 12 tahun tidak boleh duduk di sebelah pemandu. Untuk maklumat lanjut boleh tengok kat SINI.
Sekiranya anda ingin menyewa kereta di tempat lain pun tiada masalah kerana ada juga pilihan dari syarikat sama beroperasi di Airport dan syarikat lain, antaranya:
Bayswater car rental
Aries Car rental
Perth Rent-a-car
Avis
Budget
Hertz
Untuk sewa kereta dan campervan:
vroomvroomvroom
Atau jika anda ingin menyewa kereta, MPV, utes (utility vehicle iaitu pickup trucks) dan sebagainya, boleh tengok sini:
Ace Rent A Car
Ace rental cars
Puan,kalau ank menyusu bagimn? Boleh diriba tak?
ReplyDeleteBayi dan kanak-kanak tak boleh beriba, kena duduk atas car seat yang khas. Ada juga syarikat sewa kereta yang menyewakan car seat ni.. GPS pun ada.
DeleteAssalamualaykum owner blog. Nk share skit. Sy dlu sewa kete dgn seorg akak melayu, smpai kt airport ada driver ambil kami, bw p pickup kete kt kedai. Wasap je akak tu kt +61423188471 utk bt tempahan kete sewa. Semua urusan ckp bhs melayu, baik kt M'sia mahupon Perth. Alhamdulillah mudah.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteKami dari syarikat travel di perth ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta Ace Car Rental Perth, ade 5, 7, 8 dan 12 seater van. hard bermula dari AUD 22.00, tiada BON dikenakan utk customer dari malaysia.
utk tempahan, sila hubungi
Emmett: +61431315529
Ajay/Pross: +61412118988
Wsalam..
DeletePross ada lagi rupanya..
Saya dari ukm nak tahu tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak tuan . Kami ingin menyewa van 12 seater van bersama pemandu serta sebuah kereta pada 29-31 Mac 2018. boleh sertakan harga dan hubungi saya di talian berikut 0174582191
DeleteHi Azam Travels, Thanks for recommending our services at Umiyumi's blog. Thanks a lot.
ReplyDeleteCheers, Ajay
mail - drive@acerent.com.au
WhatsApp- +61-412 118 988
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMohon pandangan untuk sewaan kereta pada 24 Feb 2018 hingga 27 Feb 2018. Berapa kos untuk 2 dewasa dan 3 kanak2. saya baru 1st time ke perth. mohon nasihat. tq
asalamualaikum Umi
ReplyDeletesaya hendak ker perth pada 8/9 hingga12/8z bole x umi rekomem arpt. saya pergi 2 org sahaja.
Your website is really cool and this is a great inspiring article. rent a boat Trogir
ReplyDeleteAssalamualaikum semua. Kalau datang ke Perth nak sewa kereta murah, proses sewa pun senang dan lebih flexible boleh contact kak maya.. siap boleh hantar kereta ke Airport lagi. Kalau nak call or WhatsApp kak maya nombornya 0410873788. Kak Maya attached dgn ACE Rent A Car company. Dah book direct pun boleh, sama je harga.
ReplyDeleteThanks a lot for your good comment.
DeleteRegards, Team Ace Rent A Car, Perth
www.acerent.com.au