Thursday, December 22, 2016

MENDAPATKAN KERETA SEWA DI PERTH - RENT A CAR

Post kali ini saya sediakan memandangkan agak ramai yang bertanya kepada saya bagaimana caranya untuk menyewa kereta di Perth. Jadi saya kongsikan apa yang saya tahu berdasarkan pengalaman saya sendiri untuk panduan anda yang berminat.

Jika anda ingin melancong ke Perth, saya cadangkan anda ambil kereta dari Perth International Airport. Maksudnya pick up dan drop off di Airport tersebut. Caranya senang sahaja, gunakan laman web Air Asia dan anda boleh membayar menggunakan kad kredit seperti biasa.

Contohnya seperti di bawah. Anda cuma perlu pilih Perth International Airport, Tarikh serta masa untuk Pick Up dan Tarikh Drop serta Masa untuk Drop Off. Kemudian anda akan diberikan pilihan kereta dari beberapa syarikat yang beroperasi di situ. Pilihan yang ada hanyalah untuk kereta bagi 5 penumpang. Ada pilihan saiz kereta dan kos setiap satu, jarak perjalanan yang dibenarkan dan sebagainya. Buatlah pilihan dan semak terma-terma diberikan. Pemandu di bawah umur 25 tahun akan dikenakan caj tambahan ya. Penting untuk baca dan selepas dah tempah, print tempahan dan simpan di tempat yang senang diambil semasa di airport supaya anda tidak tercari2 dan baru terhegeh2 nak buka beg he he..

Untuk makluman juga, lesen memandu Malaysia diterima di Perth. Tak perlu nak dapatkan translation dan sebagainya.










Patuhi juga undang-undang jalan raya di Perth. Anda tidak boleh meriba anak kecil dan perlu gunakan baby @ toddler car seat. Dan penumpang bawah umur 12 tahun tidak boleh duduk di sebelah pemandu. Untuk maklumat lanjut boleh tengok kat SINI.

Sekiranya anda ingin menyewa kereta di tempat lain pun tiada masalah kerana ada juga pilihan dari syarikat sama beroperasi di Airport dan syarikat lain, antaranya:



Bayswater car rental
Aries Car rental
Perth Rent-a-car
Avis
Budget
Hertz


Untuk sewa kereta dan campervan:
vroomvroomvroom


Atau jika anda ingin menyewa kereta, MPV, utes (utility vehicle iaitu pickup trucks) dan sebagainya, boleh tengok sini:
Ace Rent A Car
Ace rental cars

Tuesday, December 20, 2016

Nannup Lavender Open Garden: 27 December 2016 - 1 January 2017

Musim lavender telah bermula! Oleh itu Nannup Lavender akan memberi peluang kepada pelawat untuk berkunjung dan menikmati keindahan bunga lavender yang harum dan cantik menawan ;)

Selain cantik dan wangi, lavender juga mempunyai nilai yang tinggi dan digunakan untuk penyediaan makanan/minuman, kecantikan dan juga perubatan. Lavender boleh diminum seperti teh, digunakan membuat scones, produk penjagaan badan seperti mandian, losyen dan juga balm untuk sakit kepala dan sebagainya.

Kalau anda berada di Perth, perjalanan ke Nannup mengambil masa kira-kira 3 jam.

Maklumat lanjut OPEN GARDEN:
Tempoh: 27 Disember 2016 sehingga 1 Januari 2017
Masa: 10 pagi hingga 5 petang
Alamat: Cnr Graphite and Vasse Hwy, Nannup, WA 6275

Facebook: Nannup Lavender atau klik Open Garden

Kredit gambar dari fb Nannup Lavender.

Kalau nak tengok gambar-gambar semasa kami ke sini, boleh klik SINI.

Gambar sekitar Nannup Lavender...


Ni gambar lama rasanya.. pintu masuk ke Secret Garden Tearooms

Produk istimewa iaitu Lou Lou Bear :)

Cantik kan? tapi awas banyak lebah masa ni















Gambar di bawah ialah gambar semasa musim bunga baru-baru ini.. cantik kan? Tapi masa ni lavender belum berbunga kerana lavender ni berbunga di musim panas (summer) iaitu bulan Disember hingga Januari.


Lavender ada banyak jenis.. macam yang ni

Taman sewaktu musim bunga




Selain lavender segar, ada juga produk-produk lavender yang dijual di Secret Garden Tearooms ini iaitu seperti di bawah:

Lou Lou Bear yang diisi dengan bunga lavender

Healing balm

Wheat bag

Lavender spray

Friday, December 16, 2016

HALAL Instant Pasta - MyPasta Box

Kalau kat tempat kita ada maggi cup kan.. kat Australia pun apa kurangnya.. ada pasta cup atau lebih tepat MyPasta Box.

Bagi yang melancong dan agak susah nak masak-masak sebab sibuk berjalan @ letih shopping, haa senang aje beli pasta segera ni. Sebenarnya banyak pilihan makanan halal yang boleh didapati di pasaraya dan turut mempunyai logo halal. 

Jom kita tengok info MyPasta Box keluaran 7chefs ini.. dari info facebook Is your food halal safe? hanya 4 jenis ni adalah halal. Boleh tengok logo halal kat kotak ya.

Rich Bolognese
Tomato and Basil
Triple Cheese
Velvety Pesto
The halal status can be found on the packaging






Wednesday, December 14, 2016

INFO HALAL: Ayam Lilydale

Makluman produk Lilydale.. sila ambil maklum bahawa produk yang telah dimarinate berkemungkinan tidak halal:

Lilydale products are usually sold at Coles, IGA and other grocery stores and are halal suitable. 

Statement from Lildale's website:

"Yes, Lilydale chicken is Halal accredited by the Australian Federation of Islamic Councils. However, our value added products (Lilydale chicken which is marinated or seasoned) may include ingredients which may or may not be Halal certified."

Free range, halal and helping Australian business is a great combination


Sumber: Is your food Halal safe? Halal food Australia







Monday, December 12, 2016

Thai Bistro & Cuisine - Gosnells

Nampaknya restoran halal di Perth semakin bertambah, khususnya makanan Thai..jadi tak timbul masalah nak makan luar di sana, cuma perlu sediakan duit aje hihi

Restoran baru ni namanya Thai Bistro & Cuisine, terletak di Gosnells dan dibuka setiap hari. Selain dine-in, anda boleh juga tapau (take-away) atau buat pesanan untuk penghantaran ke rumah (delivery). Menarik kan? :)

Alamat: 1/2173 Albany Highway, Gosnells WA 6110
Facebook: Thai Bistro & Cuisine

Sumber gambar dari fb ThaiBistro&Cuisine.

Poster dari website Aussiemuslims.NET












Thursday, December 8, 2016

Roleystone Christmas Markets and Concert, ROLEYSTONE

Sunday, 11 December 2016
3-8 pm
Cross Park


Untuk maklumat lanjut, klik SINI



























Stallholders

Santa's Enchanted Wardrobe @ E-Shed, Fremantle

Memandangkan Krismas akan berlangsung pada hujung bulan ini, pihak E-Shed di Fremantle pun tak ketinggalan untuk membuat tarikannya yang terbaru iaitu Santa's Enchanted Wardrobe. Konsepnya sama macam anda masuk dalam wardrobe cerita Narnia tu.. tapi kena bayar tiket masuklah ya, bukannya percuma.

Bila masuk, anda akan berjalan di kawasan hutan pine semasa musim salji dan berjumpa dengan Mr Tummus dan the White Witch.. Santa Clause pun ada menunggu he he..

Kalau nak tahu macam mana rupanya, anda boleh lihat video di SINI.

Maklumat tiket:

Tickets only available through Ticketek*


Family Tickets 2 x adults & 2 x children (2-12 years) $82.60
Adults $23.40
Children (2-16 years) $22.40
Under 2 Free

*Please Note: Limited Tickets Available on the Door.

From Time to Time Tickets will be available at the door on Performance Dates. Entry commences every 15 mins ...So please feel welcome to arrive on spec and we may be able to sell you tickets at the door (No guarantee).

E-Shed at the back of the building.
Look out for the wardrobe, we are next door to the Electric Bike Shop!


Untuk maklumat lanjut boleh layari 
Facebook E-Shed Markets
atau 
Santa's Enchanted Wardrobe

Kredit gambar dari Santa's Enchanted Wardrobe.









Wednesday, December 7, 2016

Maison Saint-Honore Macaron & Cake Factory, SWAN VALLEY

Satu lagi tarikan terbaru atau lebih tepat lagi kafe yang baru dibuka di Caversham ialah Maison Saint-Honore Macaron & Cake Factory. Sebelum ni diorang cuma buka kedai kecil di Fremantle Market (boleh tengok SINI), gerai macaron di Manning Farmers Market dan di pusat beli belah seperti Garden City Booragoon. Sekarang rupanya dah ada kafe dan kilang kek!

Sepertimana yang pernah saya sebutkan sebelum ini, demi menjamin 'keaslian' dan kualiti macaron, mereka hanya mengambil pekerja berbangsa Peranchis sahaja.

Sedikit maklumat tentang macaron ni..apa yang saya tahu ialah macaron's shell ini secara asasnya dibuat dari putih telur dan tepung badam manakala filling contohnya chocolate ganache dibuat daripada coklat, krim dan mentega. Jika anda kurang pasti, silalah tanya bahan-bahan yang digunakan supaya anda tidak was-was. Ramai orang sana dah tak terkejut kalau ditanya jika halal atau tidak. Atau kalau diorang tak faham pun, tanyalah jika makanan itu sesuai untuk vegetarian dan tiada alkohol. Sebab pemahamaman halal mungkin berbeza, ada yang menyangka muslim cuma tak makan pork tetapi boleh makan yang lain (daging yg tidak disembelih cara Islam). ;)

Alamat kafe ini ialah di:
100 Benara Rd, Caversham,
Perth WA

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook: Maison Saint-Honore
(sumber gambar dari fb Maison Saint-Honore dan gambar yang saya ambil sendiri di Fremantle Markets)












Bagi anda yang teringin cuba macaron jangan risau kat tempat kita pun dah ada jual macaron, contohnya di Pistachios Bakery. Tapi bagi saya rasanya dah tentulah tak sama dengan macaron ori buatan orang Peranchis :p

Ni cara saya menikmati macaron untuk minum petang :)





Sunday, December 4, 2016

Wednesday, November 30, 2016

HALAL Chips (Snek Kentang)

Kalau anda pernah beli, mungkin akan terperasan yang Cip Kentang yang dijual di Australia adalah masin - lebih masin dari yang pernah dibeli di tempat kita. Hatta popcorn yang dijual di panggung wayang pun masin :p

Jadi setiap kali beli Cip kentang ni mmg payah nak habiskan, dan lepas tu dah tentu haus..saya tabiklah sesiapa yang boleh habiskan satu pek ni dan tak rasa haus :)

Ok jom kita tengok makluman ini, dari Is Your Food Halal Safe? Halal food Australia

The Smith's Snackfood Company does have some Halal suitable products.
Doritos Corn Chips - Original
Doritos Corn Chips - Mexicana
Doritos Corn Chips - Thai Sweet Chilli
Smith's DUOS - Chicken & Honey BBQ
Smith's Crinkle Cut Potato Chips - Original
Smith's Crinkle Cut Potato Chips - Salt & Vinegar
Smith's Thinly Cut Potato Chips - Original
Smith's Thinly Cut Potato Chips - Salt & Vinegar
Nobby's - Chili & Lime & Peanut Cashew
Nobby's - Salt and Vinegar Flavoured Peanuts
Nobby's - Salted Cashew Nuts
Nobby's - Salted Mixed Nuts
Nobby's - Salted Peanuts
Nobby's - Satay Peanuts
Nobby's - Smokey BBQ Peanut & Cashew Mix
Red Rock Deli Potato Chips - Sea Salt
Red Rock Deli Potato Chips - Sea Salt & Balsamic Vinegar
Red Rock Deli Potato Chips - Roast Tomato Basil & Bocconcini
Red Rock Deli Potato Chips Special Reserve - Creamy Saffron & Sage
Red Rock Deli Sweet Potato Crisps - Sea Salt
Red Rock Deli Sweet Potato Crisps - Chilli & Coriander
Red Rock Deli Sweet Potato Crisps - Garlic & Rosemary
Parker's Pretzels - Light Baked
Parker's Pretzels - Mini Pretzels
Parker's Pretzels - Sticks
Parker's Pretzels - Twists
Coolpak Popcorn – Original
Sunbite Popcorn - Original

Although this is a vegetarian list supplied by Smith's, one notable product included in the original vegetarian list contains alcohol which is the Red Rock Deli Potato Chips Special Reserve - Champagne Vinaigrette & Shallot.
Other reasons why products are not included in this includes animal enzymes or the use of Carmine / Cochineal (E120) which is colour obtained from insect shells- this is present in Red Rock Deli Sweet Chilli and Sour Cream.
The use of unknown chicken / meat extracts have also removed many products from their halal suitable / vegetarian list.


Ceramah Agama pada 3 Disember 2016

Tarikh: 3 Disember 2016 (Sabtu)
Masa: 10 pagi - 3 petang
Tempat: Mills Park Centre, Lesser Hall, 86 Brixton St, Beckenham WA 6107