Tamatlah sudah percutian 3 hari 2 malam yang penuh dengan kenangan di sebuah pekan kecil. Kami pun bertolak balik ke rumah, tapi masih ada satu agenda lagi iaitu melawat ladang epal yang terletak dalam perjalanan.
Ladang epal ini diusahakan oleh sepasang suami isteri dan yang menariknya mereka mengamalkan kaedah pertanian secara organik iaitu tanpa penggunaan bahan kimia. Setiap pelawat dewasa dikenakan caj sebanyak $10 termasuk harga 1kg buah pertama. Kami turut melihat sendiri bagaimana cara epal dipetik, cara menyisih epal dari segi saiz dan juga melawat sekitar ladang dan paling seronok sekali bila dapat memetik sendiri buah di pokok.
Selain epal, ada pokok plum, avocado, sayuran dan pelbagai lagi yang ditanam di sini.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.organic-orchard.com.au/
Mesin mencuci, menyisih dan menggredkan epal |
Epal melalui mesin conveyor yang dibuat dari kayu |
Seseorang akan berdiri di sini dan mengasingkan buah yang rosak |
Buah akan jatuh ke dalam tong yang disediakan mengikut saiz dari yang kecil sampailah yang besar |
Bilik sejuk menyimpan buah-buahan |
Tanaman sayur secara organik |
Deretan pokok epal |
Epal jenis pink lady yang berasal dari sini |
Pemilik memberi penerangan sambil memberi peluang untuk memetik epal |
Kebanyakannya masih belum masak |
Kalau ada segugus macam ni, tak boleh petik salah satu sahaja nanti yang lain akan jatuh |
Ini epal dari jenis sundowner |
Epal sundowner ni masih belum masak |
Meriam angin untuk menakutkan burung |
Geram tengok epal |
Anjing pemilik, namanya lucky. Nasib baik tuannya suruh duduk di sini kerana dia datang nak berkawan :D |
Sempat lagi tengok 2 ekor kuda yang ada di ladang ini |
Epal lagi |
Kami cuma petik 3kg untuk di bawa balik :) |
waaahhhh.............. bestnya.. banyaknya epal. rimbun..
ReplyDeleteMmg best sha dhira, tapi kebanyakannya masih belum masak lagi tu. Kalau dah masak semuanya lagilah cantik :)
DeleteAmboi, dia berjalan sungguh! Seronoknya k. Umi p sana sini.
ReplyDeleteKebetulan lalu kawasan ladang epal, mestilah nak singgah kan Wati? seronok sgt dapat jalan2 kat kebun buah ni, sejuk mata memandang.. hawanya pun nyaman sekali. :)
Deleteteringat kerja petik epal, hahah, terbayang penat, lagi2 time summer! hitam!!!
ReplyDeletePetik epal time summer? pengalaman yg tak dapat dilupakan tu Zul.. hehehe.. :D
Deletebestnye..msti geram tgok epal bnyak 2..
ReplyDeleteBetul tu athirah, rasa mcm nak petik semuanya hehehe.. ;)
DeleteAs salam Umi,
ReplyDeleteMaaf ye Marya pun lama tak bertanya khabar umi yg jauh di Aussie... Bestnya boleh tgk direct cara epal dipetik, disimpan & etc. etc... terbau2 buah epal tu smp ke Peru...hikhik... Kalau beli epal kat market marya suka pilih yg color & type yg ala2 mcm umi tunjukkan ni... harum & ranggup! :))
Wsalam Marya,
DeletePengalaman yg sgt berharga. Ingatkan dia bg kita petik aje, rupanya siap tunjukkan sekitar ladang lagi.. barulah kita ni tahu kan?
haa umi pun suka juga epal yg rangup2 nih. :D
sdapnya epal fresh dari ladang..:)
ReplyDeleteSedap dan manisss sekali ;)
Deletebez nya...aktiviti yg bagusss... ;)
ReplyDeleteKalau bercita2 nak jd pemetik epal boleh juga kerja kat situ ;)
Deletewoaaaahhhh.... love this trip..!!!! suka pi kilang2 etc...
ReplyDeleteNi baru kilang epal.. belum p kilang willy wonka lagi tu hehehe :D
Deletesalam kak umi...nak tnya camner nak kija kat ladang epal ya?
ReplyDeleteWsalam,
DeleteCuba buka website ladang epal di atas dan email kalau diorang perlukan pekerja. Masa haritu ada pekerja dari Itali kat ladang, dia duduk situ. Biasanya pemilik ladang sediakan kemudahan penginapan kepada pekerjanya.
Atau cuba search apple or fruit picking job in western australia kat google. Kadang2 diorang ada iklan kat mana2.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
slm sis skrg bnuk agen yg tipu utk kerja pickle fruits ni..xberani nak sebarang tanye ..klu xkeberatan sis pernah pg ke..dgn siapa ye sis..blh kenalkan tak..klu toke ladang perluka pekerja bagus jugak..pm sis Fb JuwiaMrsJuwita
ReplyDeleteWsalam..
DeleteSy pegi apple picking utk suka2 saja, dan bukan utk bekerja. Kalau nak tahu kalau ladang kat atas ada buka peluang utk kerja, bukalah website diorang dan cuba email tanya sendiri. Masa saya pergi tu mmg ada pekerja tp diorang ni mcm backpackers yg dtg dr luar, mungkin diorg bekerja dan sebagai balasan tuan ladang sedia makanan dan penginapan.
Cubalah tanya ye. Good luck.
boleh ladang dekat mana dan apa nama tempatnya serta no .telp? tq
ReplyDeletekak. maaf minta, tolong dimana tempatnya dan no telp bosnya? tq
ReplyDeleteLadang ni terletak di Donnybrook iaitu di South West, Kira2 2 jam perjalanan dari Perth. Boleh layari laman web http://www.organic-orchard.com.au/ dan hubungi Diana di Phone: 08 9731 6214 atau
DeleteEmail: diana@organic-orchard.com.au
salam, kak nak tya epal tu ada musim ke? saya cadang nak ke sana nov ni ,masih ada buah ke
ReplyDeleteWsalam.. epal ada musimnya.. iaitu bulan Mei sehingga Julai. Pegi awal nov ke? Masa tu mungkin penghujung musim utk buah strawberi
DeleteWsalam.. epal ada musimnya.. iaitu bulan Mei sehingga Julai. Pegi awal nov ke? Masa tu mungkin penghujung musim utk buah strawberi
DeleteBestnya lebat buah epal...beutiful
ReplyDelete