Genap 5 bulan Mael tinggal bersama kami, akhirnya dia kembali kepada tuannya. Sedih juga sbb dah sayang dia tp sekurang2nya rasa happy sbb dah jumpa tuan Mael yg sebenar. Rupanya diorang duduk selang beberapa rumah saja dari kami. Semasa Mael dijumpai bulan Jun yg lalu (kata tuannya mlm tu storm dan mungkin Mael terlepas dari backyard diorang), dia ada letak iklan missing rabbit kat deli. Kami pula letak iklan kat internet dan juga dekat kedai runcit. Kami tak pergi ke deli, so dah tentu tak nampak iklan tu. Bila emak landlord kami tolong letak iklan dekat kedai fish & chips dekat rumah (kami pun tak pergi juga kedai ni) barulah jiran tuan Mael tu ternampak dan contact kami.
Sekejap aje diorang contact tuan Mael datang amik. Mula2 diorang tengok2 cage yg kami ada untuk simpan Mael. Eh cukupla amik Mael aje dah la.. ye la kan, dah la kita tolong jaga Mael yang lari sehelai sepinggang tanpa harapkan sesen pun.. jgnla nak sangkar dia pulak. Tu untuk kenangan mana tahu Mael lari lagi haha.. acah aje. Tapi masa diorang datang ramai2 tgk Mael tu, ada juga yg reti bahasa buka kasut. Tuan dia terus serbu masuk rumah dgn kasut, lepas amik Mael cepat2 keluar. Ye la kita tak jemput dia masuk pun.. lepas tu dia cuma ulang kali ckp tak tahu nak terima kasih mcm mana. Pastu diorang pun bye2 dan balik bawa Mael.
Hmm diorang taktahu kami pun nyaris nak bg Mael kat orang.. mmg luck diorang lah dpt jumpa semula. Apapun harap Mael happy kembali ke rumahnya. So sekarang kymba jadi anak manja semula. Agaknya dia tau kot sbb mengada2 lebih asyik nk mkn je :p
 |
| bye Mael busyuk masyam |