Showing posts with label Chalet. Show all posts
Showing posts with label Chalet. Show all posts

Monday, June 16, 2014

Jalan-jalan Albany: Emu Beach Holiday Park - Facilities

Ini adalah kali pertama kami menginap di chalet di sini. Apa yang paling saya suka ialah tahap kebersihan dan keindahan yang terjaga rapi. Seolah-olah duduk di dalam taman pula.

Satu perkara yang perlu diketahui jika ke sini iaitu sepertimana waktu menginap di homestay, anda perlu membersihkan ruang dapur, membasuh pinggan mangkuk yang digunakan dan disimpan semula di tempat sepatutnya serta membuang sampah sendiri sewaktu check out. Kiranya cuma tinggalkan katil tak perlu dikemaskan atau sapu sampah di lantai. Lain-lain perlu dalam keadaan asal. Jika tidak kita akan dikenakan cleaning fee. Apapun rasa sangat kagum dengan amalan kebersihan di sini.

Selain pilihan chalet, terdapat kawasan perkhemahan untuk caravan di sini. Pantai juga terletak berhampiran dan anda cuma perlu berjalan kaki sejauh beberapa meter untuk ke situ. Ada taman permainan kanak-kanak, jumping pillow dan juga mini golf untuk kanak-kanak. Kawasan untuk berBBQ pun turut disediakan.

Jom tengok gambar...
Chalet berhadapan jumping pillow dan ada dapur bbq

Satu lagi chalet di sini.. setiap chalet ada kerusi meja di balkoni
Waktu operasi jumping pillow

Jom melompat!

Orang dewasa pun boleh join ni :)

Kemudahan bilik mandi, tandas dan ruang membasuh untuk campers

Salah satu unit studio



Bunga raya senang betul hidup di WA ni

Kawasan perkhemahan caravan

Bunga raya kuning yang sangat cantik

Berseri-seri warnanya

Cantik kan?

Pejabat atau kaunter resepsi di bahagian dalam turut menjual keperluan harian

Jom main mini golf

Seronok jugaklah budak-budak dapat peluang macam ni

Lebih seronok dari main video game

Antara cabaran yang ada

Pukul aje la macam mana pun, kita nak ajar pun tak reti he he

Pakai selipar je main golf he he

Taman permainan

Geram tengok petunia yang cantik ni

Water fountain yang menarik

Sunday, June 15, 2014

Jalan-jalan Albany: Emu Beach Holiday Park - Chalet

Kiranya dah lebih sebulan kami ke Albany, WA tapi tak sempat nak update di blog kerana banyak gambar yang perlu diedit terlebih dahulu. Maklumlah semuanya gambar bersaiz besar.

Kami ke sana kerana melayan hobi grand masterchef yang ingin memancing ikan salmon. Sayang sekali tak berjaya mendapat salmon.. cuma dapat ikan tailor. Kecewa jadinya tapi sekurang-kurangnya sampai jugak ke Albany walaupun sekali.. cukuplah kan? ;)

Jarak perjalanan dari Perth ke Albany ialah sejauh kira-kira 420km dan mengambil masa hampir 5 jam berkereta melalui Albany Highyway. Kami ke sana pada hari Jumaat dan kembali ke rumah pada hari Ahad. Agak singkat dan meletihkan apabila berada dalam tempoh yang lama dalam perjalanan. Namun begitu kami sempat juga melawat beberapa tempat menarik di sana.

Di Albany, kami telah tinggal sementara waktu di Emu Beach Holiday Park. Boleh rujuk laman webnya di SINI.
Alamat: 8 Medcalf Parade, Albany WA 6330
email: info@emubeach.com

Terlihat pelangi dalam perjalanan. Inilah rupanya Albany Highway

Sampai Albany pada waktu malam. Ini bilik utama

Perabot dalam bilik

Ruang dapur bersekali ruang tamu

Bilik kedua.. kami tinggal di chalet saiz sederhana

Lengkap dengan peti ais, microwave dan peralatan memasak. TV letak atas peti ais pulak :p

Dapur kecil aje

Cuma ada satu sofa

Meja makan untuk 4 orang

Lanskap depan chalet

Ada patung hiasan seperti gajah ini, angsa

dan pasangan romantis? :p

Chalet saiz sederhana

Meja dan kerusi disediakan di beranda :)