Aktiviti yang dinantikan sewaktu musim bunga ialah melihat bunga tulip di Araluen Botanic Park. Taman ni terletak kira-kira 40 km dari bandar Perth, iaitu di daerah Armadale. Waktu tulip berkembang adalah sekitar bulan Ogos dan September. Selain dari taman ni, kawasan ni juga adalah terkenal sebagai kawasan kebun buah-buahan. Mungkin disebabkan kawasannya adalah jenis berbukit dan hawa sejuk di sini sangat sesuai untuk tanaman. eh macam buku teks geografi pulak hehe..

pink tulips
pink tulips
budak-budak happy sangat nak picnic. Selain dari melihat bunga-bungaan, kawasan ni juga terkenal sebagai kawasan perkelahan. terdapat picnic bench dan juga dapur2 bbq menggunakan gas. percuma sahaja untuk kemudahan pelawat. kadar bayaran masuk adalah berpatutan, kira2 $4 untuk dewasa. kami ambil pakej keluarga iaitu hanya $10.
sebelah kiri adalah kolam renang lama. kerusi yang kelihatan tersusun tu adalah untuk upacara majlis perkahwinan. nak buat wedding kat sini pun boleh ;)
macam gambar poskad tak?
jgn lupa train ride.. free aje tapi kalau nak derma, dipersilakan.. bagus juga supaya dapat menyumbang demi menjaga keadaan taman supaya terpelihara
masa ni baru lepas hujan lebat so tulip pun abis rebah agaknya
