Showing posts with label Chicken. Show all posts
Showing posts with label Chicken. Show all posts

Wednesday, December 14, 2016

INFO HALAL: Ayam Lilydale

Makluman produk Lilydale.. sila ambil maklum bahawa produk yang telah dimarinate berkemungkinan tidak halal:

Lilydale products are usually sold at Coles, IGA and other grocery stores and are halal suitable. 

Statement from Lildale's website:

"Yes, Lilydale chicken is Halal accredited by the Australian Federation of Islamic Councils. However, our value added products (Lilydale chicken which is marinated or seasoned) may include ingredients which may or may not be Halal certified."

Free range, halal and helping Australian business is a great combination


Sumber: Is your food Halal safe? Halal food Australia







Sunday, June 8, 2014

Mamak Night @ Curtin University, Bentley

Untung betul lepas habis Malaysia Hall Open Day minggu lepas, minggu ni ada Mamak Night kat Curtin University pula. Bolehlah jalan-jalan sambil beli makanan. Tak banyak ambil gambar makanan sebab cuma bawa handphone aje, lagipun siang pendek dan tengok-tengok dah gelap (maghrib pukul 5.20 petang) jadi inilah saja gambar yang sempat diambil.

Jom tengok...
Menu dan harga

Salah satu gerai di sini.. Rasanya ada lebih dari 10 buah gerai.

Gerai Mahsuri Satay menjual nasi tomato dan kuih-muih
Kawan saya pun nak cuba nasi tomato. Lauk pedas katanya :)


Gerai tauhu sumbat

Gerai burger, kuetiau tomyam, kuetiau goreng dll

Boleh pilih nak kuah cili atau kuah kacang

Kuetiau tomyam
Boleh tahan sedap hirup tomyam musim sejuk macam ni :)

Thursday, June 5, 2014

Tolo Supermarket - Thornlie

Pertama kali dengar nama Tolo Supermarket dari kawan. Katanya beriani kat sini sedap. Jadi saya pun google cari kat manalah supermarket ni, ingatkan restoran rupanya 3 dalam 1. Ada supermarket menjual pelbagai jenis produk dari asia, kafe di satu sudut menjual nasi dan sebagainya serta di bahagian belakang supermarket pula ada daging halal.

Tolo Supermarket ini terletak di Thornlie Square, kira-kira 1 atau 2 km dari dari Spencer Village . Kalau google tengok ada satu lagi alamat di Maddington. Saya kurang pasti jika ada beberapa cawangan tapi cawangan yang saya kunjungi ini terletak di Thornlie. Memang tepat sekali makanan yang dijual di sini sangat sedap, saiz hidangannya pun sangat banyak berbaloi dengan harga.

Alamat:
TOLO SUPERMARKET 
Shop 13 Thornlie Square Spencer Road 
Thornlie, WA 6108


Papan tanda serta senarai menu






Pilihan nasi putih: ada nasi putih, nasi beras perang dan nasi beriani serta lauk
Kerusi meja disediakan dan ruang makan bersila di bahagian atas :)

Kari yang ada kat sini
Ayam bakar yang lembut dan sedap
3 jenis nasi


Nasi beras perang (brown rice) dengan ayam bakar



Beriani ayam yang sangat sedap

Monday, May 26, 2014

Satay on Charcoal @ South Perth

Satay on Charcoal kini sudah dibuka di South Perth - mengambil alih tapak perniagaan yang asalnya adalah Tina's Kitchen. Rindulah nanti pada mi rebus Tina's Kitchen tapi terubat pula dengan makan satay.. Haa apa lagi, jom terjah ke sini pulak. Memang sedap satay kat sini, menepati selera kami sekeluarga..kuah kacangnya pun sedap!

Jika Satay on Charcoal di E-Shed Fremantle dibuka selama tiga hari seminggu dari hari Jumaat hingga Ahad, cawangannya di South Perth pula dibuka setiap hari mulai 5.00 petang sehingga lewat malam.

Alamat:
Shop 16, 6 Mends St South Perth
Facebook: SatayOnCharcoal


Kedai yang telah diubahsuai

Team Satay on Charcoal
Lauk untuk nasi lemak serta kuih



Teh O untuk adik yang tak lekang dengan helmet
Nasi goreng kampung
Sedap minum teh tarik musim sejuk macam ni, nyaman sekali :)

Lamb satay
Nasi lemak biasa. Boleh tambah lauk
Chicken satay untuk saya. Yummm!




Wednesday, May 21, 2014

Kitchenware and Morrocan Chicken Tagine

Jom cuci mata tengok barangan dapur kat sini.. huu rambang mata dibuatnya.  :)


Cake stand yang cun

Periuk cast iron dan mug

Bekas simpan kopi, tepung, beras, gula dan teh

Periuk tagine

Sotong masak kari lagi
Dah beli tagine, terus cuba menu Morocco



Sedap.. :)













































































































Chicken Tagine with Preserved Lemons and Olives

(Recipe from HERE)

Prep Time: 15 minutes

Cook Time: 2 hours, 30 minutes

Total Time: 2 hours, 45 minutes

Ingredients:

  • 1 whole chicken, skin removed, cut into pieces
  • 2 large white or yellow onions, very finely chopped
  • one small handful of fresh cilantro, chopped*
  • one small handful of fresh parsley, chopped*
  • 2 or 3 cloves of garlic, finely chopped or pressed
  • 2 teaspoons ginger
  • 1 teaspoon pepper
  • 1 teaspoon turmeric (or 1/4 teaspoon Moroccan yellow colorant)
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 teaspoon saffron threads, crumbled (optional)
  • 1 teaspoon smen (Moroccan preserved butter - optional)
  • 1 handful green or red olives, or mixed
  • 1 preserved lemon, quartered and seeds removed
  • 1/3 cup olive oil
  • 1/4 cup water, approximately

Preparation:

* Instead of chopping, you can tie the parsley and cilantro together into a bouquet and place on top of the chicken during cooking.

Prepare the Chicken

Remove the flesh from the preserved lemon, and finely chop it. Add the chopped lemon flesh to a bowl along with the chicken, onion, garlic, cilantro, parsley, spices and smen, and mix well. If time allows, let the chicken marinate in the refrigerator for several hours or even overnight.

To Cook the Chicken

Add enough of the olive oil to the tagine to coat the bottom. Arrange the chicken in the tagine (flesh-side down), and distribute the onions all around.
Add the olives and preserved lemon quarters, and drizzle the remaining olive oil over the chicken. Add the water to the tagine, cover, and place on a diffuser over a medium-low heat.
Give the tagine time to reach a simmer without peaking. If you don't hear the tagine simmering within 20 minutes, slightly increase the heat, and then maintain the lowest heat setting required for maintaining a gentle, not rapid, simmer.
Allow the chicken to cook undisturbed for 80 to 90 minutes, and then turn the chicken over so that it's flesh side up. Cover the tagine again, and allow the chicken to finish cooking until very tender.
Turn off the heat, and let the tagine to cool for about 10 to 15 minutes before serving. Moroccan tradition is to eat directly from the tagine, using Moroccan bread to scoop up the chicken and sauce. French fries are frequently served with this dish, and may even be placed on top of the chicken.

Monday, April 28, 2014

Satay.. satay...

Memandangkan tak kenyang makan satay kat kedai haritu, terpaksalah buat sendiri. Lagipun kos beli bahan mentah tak mahal mana dan boleh makan sampai kenyang.. Senang-senang je boleh makan satay untuk dinner sampai lunch esoknya pun tak habis-habis. Maunya tak habis bila buat saiz besar-besar makan dua cucuk pun dah kenyang :p

Kalau sesiapa yang teringin satay lepas ni pegi cari satay ok? Kat tempat kita memang mewah dengan makanan, kat pasar malam pun senang cari.. tak macam kat sini ;)

p/s: Tetiba teringat satay station dengan mi rebus yang sedap tu, satay kajang hj samuri dan satay kat simpang 4 depan menara celcom tu ;)
Jom bakar satay

Kambing bakar pun ada ni :)

Satay ayam lengkap dengan ketupat nasi, timun dan kuah kacang segera

Satay daging dan ayam

Sunday, April 27, 2014

Easy Chicken Burger

Selama ni kalau nak makan burger mesti kena beli daging burger dulu.. tapi bila makan burger di Mochachos baru terfikir: kalau letak chicken fillet atau potongan ayam pun ok aje kan.. cuma mungkin masa makan tu berterabur sikit lah ayam tu kan.. comot jadinya. hehehe..tak kisahlah setakat nak makan sendiri. Yang penting mudah, sedap dan kenyang.

Selain dari roti boleh juga balut macam kebab tu.. hmm bukan idea baru pun, tapi kalau mati kutu nak masak apa bila buat macam ni pun ok sangat.. semua orang suka :)
Kepingan dada ayam diperap dengan sos nando's dan bakar dalam magic pan

Beli roti dan salad dalam paket

Susun aje sesedap rasa.. jangan lupa sapu butter pada roti dan bakar sekejap atas pan

Tangkupkan dia... tadaaa..

Lupa lak letak sos cili dan mayonis. Sos ikut kegemaran masing-masing ;)

Wednesday, April 16, 2014

Satay on Charcoal @ E-Shed, Fremantle

Ada gerai satay baru dibuka di E-shed rupanya iaitu Satay on Charcoal.. Jom terjah! Hmm sedap juga bila dah cuba, tambahan pula perut dah lapar kan..

Lepas makan dan dah kenyang jangan lupa singgah pula beli ole-ole di kedai Megabes :)

Alamatnya:
FC42 E Shed Market, Peter Hughes Drive, Fremantle, Western Australia 6160
Facebook: SatayOnCharcoal

Lama tak makan satay.. haa apa lagi

Menu yang ada selain satay

Lauk untuk nasi lemak dan juga kuih

Macam biasa kena tunggulah sekejap diorang bakar satay

Harga

Minuman

Menu mi

Menu aneka nasi

Appetizer

Teh ais

Satay daging

Satay ayam

Nasi goreng kampung