Showing posts with label Western Food. Show all posts
Showing posts with label Western Food. Show all posts

Wednesday, January 27, 2016

Belacan & Cheese Takeaways in Margaret River, WA

Berita baik untuk anda yang melancong ke Margaret River dan perlukan makanan halal. :)


Are you looking for Halal authentic Singaporean / Malaysian Takeaways?

Nasi Lemak / Nasi Ayam / Roti Boyan / Pasta Sambal Belacan etc
We cater for customers who are looking for Halal authentic Singaporean / Malaysian food when they travel Downsouth from Perth. Yummy food to make you feel Home Away From Home smile emoticon

PM on FB, Text or WhatsApp +61 458 945 221 for your Orders & Enquiries. Please let us know in advance for large orders.




Atau layari website Belacan & Cheese di SINI... 




Tuesday, July 22, 2014

Homemade burgers

Jom buat beef burger sendiri.. kali ni cuba buat daging cincang di rumah. Resepinya mudah saja, guna resepi Jamie Oliver A Cracking Burger, tapi saya gunakan yang asas sahaja.

Saya gunakan 1kg daging untuk menghasilkan sebanyak 13 keping daging burger. Burger yang siap dibentuk ditutup dengan plastic cling wrap sehingga tiba masa untuk memasak menggunakan pan skillet. Roti bun pula saya sapu dengan butter dan toast sekejap di atas pan sebelum memasak daging burger.  Jom tengok resepinya.

Ingredients
  • 12 Jacob's cream crackers
  • 8 sprigs of fresh flat-leaf parsley
  • 500 g quality minced beef
  • 1 large free-range egg
  • sea salt
  • freshly ground black pepper
  • olive oil
  • 1 cos or round lettuce
  • 3 tomatoes
  • 1 red onion
  • 3-4 gherkins
  • 6 good-quality or fresh burger buns
  • 6 slices Cheddar cheese, optional
  • 2 heaped tablespoons Dijon mustard, optional
Method
There's nothing better than a homemade burger. Everyone loves them, they're easy to make and, if made with quality, fresh ingredients (and not over laden with greasy stuff), they certainly don't have to be unhealthy, especially if served with a salad. Once you've mastered this tasty basic recipe, you can make it your own with different herbs, spices and toppings. The sky's the limit – that's why cooking is so exciting. 

To make your burger:
Wrap the crackers in a tea towel and smash up until fine, breaking up any big bits with your hands, and put them into a large bowl.
Finely chop the parsley, including the stalks. Add the parsley, mustard, if using, and minced beef to the bowl. Crack in the egg and add a good pinch of salt and pepper.
With clean hands, scrunch and mix everything up well. Divide into 6 and pat and mould each piece into a roundish shape about 2cm thick. Drizzle the burgers with oil, put on a plate, cover and place in the fridge until needed (this helps them to firm up).

To cook your burger:
Preheat a large griddle or frying pan for about 4 minutes on a high heat. Turn the heat down to medium.
Place the burgers on the griddle or in the pan and use a spatula to lightly press down on them, making sure the burger is in full contact. Cook them to your liking for 3 or 4 minutes on each side – you may need to cook them in two batches.

To serve your burger:
Wash and dry a few small lettuce leaves, tearing up the larger ones. Slice the tomatoes. Peel and finely slice the red onion. Slice the gherkins lengthways as finely as you can. Place all this on a platter and put in the middle of the table with plates, cutlery, ketchup and drinks.
Remove your burgers to another plate and carefully wipe your pan or griddle clean with kitchen paper.
Halve your burger buns and lightly toast them on the griddle or in the pan. Also great with a chopped salad.

Jom buat daging cincang

Adun ramuan dan bentukkan, drizzle dengan minyak zaitun, cover dgn plastik dan sejukkan


Masak daging atas skillet. Oh ya lupa beli tomato, cuma hiris kobis aje la sebagai salad
Kenyang dan sedap :)

Sunday, April 27, 2014

Easy Chicken Burger

Selama ni kalau nak makan burger mesti kena beli daging burger dulu.. tapi bila makan burger di Mochachos baru terfikir: kalau letak chicken fillet atau potongan ayam pun ok aje kan.. cuma mungkin masa makan tu berterabur sikit lah ayam tu kan.. comot jadinya. hehehe..tak kisahlah setakat nak makan sendiri. Yang penting mudah, sedap dan kenyang.

Selain dari roti boleh juga balut macam kebab tu.. hmm bukan idea baru pun, tapi kalau mati kutu nak masak apa bila buat macam ni pun ok sangat.. semua orang suka :)
Kepingan dada ayam diperap dengan sos nando's dan bakar dalam magic pan

Beli roti dan salad dalam paket

Susun aje sesedap rasa.. jangan lupa sapu butter pada roti dan bakar sekejap atas pan

Tangkupkan dia... tadaaa..

Lupa lak letak sos cili dan mayonis. Sos ikut kegemaran masing-masing ;)

Wednesday, February 26, 2014

Mochachos Chicken Fiesta @ Westfield Carousel food court, Cannington WA

Rupa-rupanya dah ada 3 cawangan Mochachos di Perth ini iaitu di Centro Galleria, di Warwick dan di Carousel ini. Yeaayyyy.. maknanya tak perlu travel jauh-jauh lagi untuk makan Mexican food yang halal.

Kedai ni terletak di food court Carousel beralamat di 1382 Albany Highway, Cannington, WA 6107.

Ini pula alamat franchise satu lagi di Warwick iaitu Centro Warwick, Shop 24, Cnr Beach Rd & Dorchester Ave, Warwick WA 6024

Nota:
Apa yang paling saya suka di sini ialah portion makanan yang sangat besar dan berbaloi dengan harga, Jika kita membeli nasi dengan lauk sekali pun, kuantiti lauk dan sayur sangat banyak sehingga melebihi nasi.
Kaunter di Carousel.. kalau tak silap dulu kedai Maya Masala kat sini
Chicken burger yang besar dan mengenyangkan. Tengok tu saiz fillet daging ayam yang besar!


Daging ayam yang digril dengan tahap kepedasan sederhana (mild)

Salad untuk pilihan makanan yang lebih menyihatkan


Nasi serta ayam tanpa kulit sebagai healthy option :)

Sunday, February 16, 2014

Beef Lasagna and tapioca chips

Lama tak makan lasagna, bila buat ni terus ada yang sukahati.. sampaikan breakfast pun makan lasagna. :)

Tapioca chips atau kerepek ubi kayu ni snek kegemaran di waktu lapang. Walaupun kat sini banyak kerepek kentang yang sedap-sedap, tapi tak boleh makan banyak sebab snek kat sini banyak kandungan garam... masinnn :p
Lasagna mudah dan cepat cuma gunakan sos segera

 

Dah siap dibakar




Selepas dipotong... mm sedapnyaa :)
Tapioca chips

Tuesday, January 28, 2014

Mini burger dan Nescafe Dolce Gusto Mini Me

Nikmati hidangan yang ringkas, mudah dan mengenyangkan di rumah. Cuma gunakan potongan daging ayam atau lembu untuk membuat burger mini yang lazat! Sesuai untuk hidangan di rumah, sebagai snek ataupun bekal anak ke sekolah. Mudah bukan? Sebab tu saya suka cari produk dalam tin ni di Forest Lakes Fresh sebab kadang-kadang tak ada idea nak buat bekal ke sekolah bolehlah buat pizza segera atau mini burger. ;)

Mesin kopi ni adalah gajet terbaru di dapur saya untuk peminat kopi. Walaupun kopi di sini taklah mahal sangat tapi takkan setiap kali nak minum kopi kena ke kedai kan? Untunglah ada Nescafe Dolce Gusto Mini Me, produk keluaran deLonghi yang tersohor dalam pembuatan mesin kopi. Nak minum cappucino, espresso, cafe au lait, americano hatta hot chocolate tidak ada masalah cuma isi air, masukkan pod dan tekan butang. Voila!


Luncheon Meat ayam dan daging. Stok yang perlu ada dalam pantry

Saya lebih suka sosej dalam tin ini berbanding yang dibeli di kedai daging. Boleh buat pizza segera seperti di SINI.



Burger segera cuma perlukan english muffins.. ala2 McD

Sapu butter dan toast sekejap dalam pan
Open sandwich..guna kepingan roti sandwic dan boleh tutup dengan satu kepingan roti lagi
Potong luncheon meat kepada kepingan (saya goreng dulu dalam pan bersama sedikit butter)

Tambahkan salad dan tomato, jadilah mini burger yang lazat. Oh ya, jangan lupa letakkan sos kegemaran anda dan/atau tambah keju ;)



Nescafe Dolce Gusto Mini Me

Dapatkan jenis kopi kegemaran anda

Kalau di tempat kita tak silap saya sekotak ni dalam RM27?

Cappucino

Coffee for two <3

Taburkan serbuk coklat di atas cappucino jika suka.. mm sedapnya

Thursday, January 9, 2014

Ismail's Food Lovers Corner - Busselton

Setiap kali ingin berjalan jauh dan menginap di homestay, kami akan merancang terlebih dahulu menu ringkas sewaktu bercuti supaya senang mengenalpasti bahan mentah dan kelengkapan memasak yang perlu dibawa. Walaupun homestay ini biasanya mempunyai kelengkapan dapur yang lengkap, saya lebih suka membawa periuk nasi, periuk kecil dan kuali serta sudu garfu dari rumah kerana rasa lebih selesa menggunakan barang sendiri. Tapi taklah saya bawa semua, yang asas dan perlu sahaja. Cerek, dapur dan sebagainya juga microwave memang disediakan.

Antara menu ringkas yang biasa dibuat ialah nasi beriani daging segera. Cuma perlu bawa daging, rempah beriani dan bahan untuk air asam tomato boleh didapati dengan mudah dari mana-mana kedai menjual sayur. Selain itu saya turut bawa roti, sosej dalam tin dan sebagainya. Ini antara menu yang disukai anak-anak.

Semasa di Busselton saya terfikir pula untuk mencari sekiranya ada kedai makan halal. Alhamdulillah ada satu kedai makan halal iaitu Ismail's Food Lovers Corner yang dibuka pada waktu petang sehingga malam sahaja. Jadi malam kedua kami di situ kami telah mencuba menu di kedai ni. Kesimpulannya sekali cuba ok lah tapi lain kali mungkin lebih baik masak sendiri :p


Location:-
Shop 10, Broadwater Shopping Centre, Broadwater, WA, 6280

Contact:-
Ismail
Phone Number: 08 9754 2234

Maklumat kedai makan boleh didapati di laman web Islamic Association of Bunbury.

Jom tengok gambar!

Beriani daging menu ringkas dan cepat yang sempat dimasak



Pamphlet Ismail's Food Lovers Corner

Menarik juga menunya

Close up

Senarai menu di kedai

Papan tanda

Kedai ni terletak dalam medan selera bersebelahan IGA

Sup cendawan

Bersama sepotong roti bawang putih $7.50

Chicken burger $12 tapi sosnya rasa agak pelik macam diletakkan kicap?

Black pepper steak $19.00 yang tak memenuhi citarasa penggemar steak. hmm

Lasagna $14.50, peminatnya kata sedap

Nampak pun menarik.. nasib baik sedap katanya

Tuesday, November 19, 2013

Kafe Mama's Home Delight

Satu lagi kafe yang sempat dikunjungi.. Kami sempat cuba western food di sini, memang sedap!

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk facebook Mama Home Delight atau Laman Web.

Alamat:
No.7, Ground Floor,
Persiaran Mahsuri 1/3,
Sunway Tunas, 11900 
Bayan Lepas, Penang
Waktu urusniaga

Set nasi arab untuk makan tengahari atau malam

Hiasan dinding ala Inggeris yang cantik


Chicken chop yang sedap

Lamb chop pun sedap

Set sup dan garlic bread yang sangat disukai budak-budak.. siap minta tambah lagi :)