Jom kita jenguk kafe baru kat Perth.. iaitu KL Cafe.
Alamat:
SHOP 3, 156 ORRONG ROAD, LATHLAIN
Perth, Western Australia
Tel: +61 424 256 928
Waktu operasi:
Selasa sehingga Ahad
11.30 pagi - 2.30 petang, 4.30 petang - 9.00 malam
TUTUP SETIAP ISNIN
Kredit gambar dari facebook KL Cafe
Showing posts with label Noodle. Show all posts
Showing posts with label Noodle. Show all posts
Wednesday, August 9, 2017
Sunday, April 3, 2016
Perth Night Noodle Markets - 30 March to 10 April 2016 @ Elizabeth Quay
Gerai halal yang ada di market ini ialah The Sarapan. Boleh tengok senarai menu di facebook tersebut ya. :)
Sunday, June 8, 2014
Mamak Night @ Curtin University, Bentley
Untung betul lepas habis Malaysia Hall Open Day minggu lepas, minggu ni ada Mamak Night kat Curtin University pula. Bolehlah jalan-jalan sambil beli makanan. Tak banyak ambil gambar makanan sebab cuma bawa handphone aje, lagipun siang pendek dan tengok-tengok dah gelap (maghrib pukul 5.20 petang) jadi inilah saja gambar yang sempat diambil.
Jom tengok...
Jom tengok...
![]() |
| Menu dan harga |
![]() |
| Salah satu gerai di sini.. Rasanya ada lebih dari 10 buah gerai. |
![]() |
| Gerai Mahsuri Satay menjual nasi tomato dan kuih-muih |
![]() |
| Kawan saya pun nak cuba nasi tomato. Lauk pedas katanya :) |
![]() |
| Gerai tauhu sumbat |
![]() |
| Gerai burger, kuetiau tomyam, kuetiau goreng dll |
![]() |
| Boleh pilih nak kuah cili atau kuah kacang |
![]() |
| Kuetiau tomyam |
![]() |
| Boleh tahan sedap hirup tomyam musim sejuk macam ni :) |
Thursday, April 10, 2014
Simple food
Jom layan gambar2 makanan.. hehe takde idea sebenarnya.. Tengok makanan ni dapat idea sikit. ;)
| Mi tomyam udang di Makan2 Cafe |
| Cekodok sendiri bikin |
| Kuih hidangan minum petang kegemaran semua |
| Pizza salami untuk minum pagi :) |
Monday, December 30, 2013
Makan-makan di INSAN'S CAFE, Murray Street
Sudah lama rasanya tak makan di Insan's Cafe.. rupa-rupanya kafe ni dah bertukar pemilik. Pemilik baru mengekalkan menu dan resepi terdahulu dan paling saya suka kali ini adalah portion makanan yang banyak dan sangat berbaloi dengan harga. Selain menu nasi campur, saya juga telah mencuba menu goreng-goreng iaitu nasi goreng ayam dan mi bandung. Memang sedap sekali..
Kalau jalan-jalan ke bandar Perth jangan lupa singgah makan di sini!
Post terdahulu tentang Insan's Cafe boleh dilihat di SINI.
Alamat:
113-115 Murray St, Perth, WA 6000, Australia
Tel: (08) 9218 9062
Kalau jalan-jalan ke bandar Perth jangan lupa singgah makan di sini!
Post terdahulu tentang Insan's Cafe boleh dilihat di SINI.
Alamat:
113-115 Murray St, Perth, WA 6000, Australia
Tel: (08) 9218 9062
| Gambar dari album lama |
| Budak-budak suka makan di sini sambil melihat keluar kafe |
| Anak saudara saya yang bernama Fatihah :) |
| Tokdin :) |
| Adik suka makan nasi dengan menu kambing |
| Nasi goreng kampung |
| Sedap sekali tambahan pula ada sambal |
| Bahagian dalam kafe |
| Nasi goreng ayam lengkap dengan sup dan sambal |
| Mi bandung.. |
| Sedap dan tak mengecewakan.. sesuai dengan citarasa saya :) |
Monday, November 4, 2013
Membeli makanan laut segar dan mi sup simple
Pertama sekali Salam Maal Hijrah kepada anda semua. Sedar tak sedar dah masuk tahun baru dalam kalendar Islam. Semoga tahun ini kita menjadi lebih baik dan berjaya dunia akhirat hendaknya. Amin..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Masa mula-mula datang ke sini agak 'pening' juga nak cari ikan segar ni. Kat pasaraya memang ada jual ikan, tapi biasanya telah dipotong dalam bentuk fillet dan yang dah disejuk beku. Entah macam mana rupa ikannya? Selain tu ikan dan makanan laut dijual di kedai-kedai seafood. Kalau teringin kembung atau cencaru kami akan beli ikan dalam pack yang frozen di kedai oriental.
Kemudian baru tahu ada pasar basah menjual ikan di Market City, Canning Vale setiap pagi Sabtu. Setakat ni tak pernah lagi ke sana sebab tengok suasananya boleh tahan meriah, susah kalau bawa anak-anak ke sini. Maklumat lanjut boleh baca di SINI.
Selain itu tak jauh dari rumah ada 2 buah kedai seafood, satu kedai tu agak besar dan harganya boleh tahan juga iaitu Seafresh Myaree. Apapun kami lebih suka ke kedai Kaili's ni yang membuat jualan murah setiap hari Sabtu.
Kaili's terletak di Myaree, iaitu di kawasan kedai berhampiran Chan's brothers. Kena masuk melalui pintu menuju ke Lime's baru nampak kedai ni terletak di hujung.
Alamatnya:
Shop 12/1 Marshall Road,
Myaree WA 6154
Just off Leach Hwy between Bunnings and McDonalds.
Phone: 08 9317 6243
email: melville@kailis.com.au

| Ikan bream.. cari dalam bahasa melayu Ikan Kuku? ye ke? |
| Sirip, kepala ikan dan tulang ikan pun diorang dah pandai jual dan beli |
| Bugs ni kalau tak silap udang lipan kan? Udang kat sebelah tu pun agak murah |
| Macam ni lah rupa kedai menjual makanan laut ni |
| Yang dah dipotong siap pun ada dijual. Sebelah tu ada salmon, snapper dan ikan kerapu kalau tak silap. Tak sempat snap gambar dia dah siram dengan ketul ais :p |
| Snapper |
| Balik beli ikan tapi tak sempat masak dah lapar, so buat mi sup simple dulu untuk alas perut. Fishball beli kat kedai oriental :) |
Sunday, August 11, 2013
Gambar raya 2013
Hari raya pertama bagi kami sederhana saja, tapi tetap terisi. Walaupun suami saya tidak bercuti, kami dapat juga menyediakan menu satay untuk hidangan sekeluarga. Ada juga ketupat palas dengan serunding, nasi impit serta mi bandung! Macam nak buat jamuan besar-besaran aje kan?
Kami cuma menghantar serba sedikit makanan kepada atuk dan nenek yang tinggal di seberang jalan. Malamnya pula telah menjemput kawan datang untuk makan-makan.
Kami cuma menghantar serba sedikit makanan kepada atuk dan nenek yang tinggal di seberang jalan. Malamnya pula telah menjemput kawan datang untuk makan-makan.
| Satay resepi grand masterchef |
| Satay ayam dan daging |
| Satay kambing |
| Puas dapat makan satay |
| Mi bandung Pergh.. |
| Tapau untuk atuk dan nenek |
| Ada juga beri biskut raya |
![]() |
| Lepas tu tak tahu nak buat apa.. jom minum kopi! |
![]() |
| Budak-budak nak minum cookies 'n cream |
![]() |
| A cuppa cappucino and 2 macarons |
![]() |
| Kymba pulak? Macam biasalah kat rumah |
![]() |
| ZZZZ atas bantal empuk :p |
Subscribe to:
Posts (Atom)