Showing posts with label Crabbing. Show all posts
Showing posts with label Crabbing. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Crabbing in Summer 2014

Musim yang paling ditunggu-tunggu untuk crabbing. Yeayyy!!

Tahun ni musim panas rasa panas dari biasa, dengan heatwave nya.. tapi aktiviti ni tetap diteruskan. Bila lagi nak makan ketam segar dari ladang laut kan?  Alhamdulillah murah rezeki, kalau rajin berusaha Insyaa Allah ada rezeki untuk kita. Jom tengok gambar!
Dengarnya kat Heron Point ni banyak ketam
Ambil masa lebih dari satu jam ke sini dan lalu jalan tak berturap

Cantiknya tempat ni.. ada tempat camping dan boating juga di sini

Sedap mata memandang

Air laut pasang berkumpul menjadi kolam di sebelah sini

Abang bersemangat nak turun dalam air

Samalah dengan adik

Tapi akhirnya berpatah balik sebab tak berani he he he

Tunggu kat sini aje la..  Tapi tak duduk lama pun - ketam dah sembunyi bila hari makin panas agaknya



Jom ke Mandurah pula

Tunggu kat sini pula. Alang-alang dah datang jauh-jauh ni

Air surut dr biasa waktu ni. Kat sini airnya cetek sampai ke tengah

Hasilnya selepas 2 jam. Alhamdulillah.. :)



Thursday, March 28, 2013

Chicken wings dan ketam

Dua menu yang simple... tapi tak buat hari yang sama. Chicken wings ni buat bila tiba2 rindu chicken wings kat pizza hut tu dan juga chicken wings yg jual kat gerai tepi jalan.. sedap cicah dgn sos. nyam nyam

Ketam ni bukan sebarang ketam, ketam ni datangnya dari Swan River.. Ketam Swan River jauh lebih besar dari ketam yg ditangkap di laut dan ikut rezeki juga.. Ini first time dapat 2 ekor. Asalnya 2 ekor menyepit umpan di pancing, tp seekor dah terlepas pulak. Seekor lagi dapat masa turunkan drop net.

Masa nak amik gambar tak jumpa pula pembaris. Panjang dari hujung tajam ke hujung tajam kira2 18 cm. Lebar sepitnya lebih dr 2cm dan panjang sepit kira2 1 kaki atau 30cm! Mkn seekor pun tak habis, kena share.. mungkin sbb isinya yg banyak dan padat.. atau dah tak larat nak mkn ketam agaknya :p

Ketam dalam baldi sederhana


Memang besar!

Monday, March 4, 2013

Aktiviti Memancing di Mandurah

Selesai crabbing, kami mengikut kawan2 ke tempat memancing pula, iaitu tempat yang sama kami datang sebelum ini (KLIK SINI). Cuma kali ini kami berada di seberang sana jambatan. :)

Garispanduan menangkap ketam pun ada disediakan
Mengenal ketam jantan dan ketam betina 



Yg ni pulak hantu ketam :)

Pemandangan jambatan dari seberang sini pulak. Atas tu jalan raya



Kena menapak dulu bawah jambatan, kemudian baru turun tangga

Turun tangga, ada jeti untuk memancing dan menangkap ketam dan teddy bear ni

Diletakkan oleh ibu bapa kanak2 yang lemas di sini hujung tahun lepas.. sedih tgk

Water rescue pun ada

Pandangan tepi pantai tempat kami datang dulu

Kawan2 memancing

Tangga turun ke sini. Nak turun ok, nak naik huuu gayat.. Uncle tu tgh crabbing, tunggu ketam masuk net

Tours untuk sesiapa yg nak tgk dolphin

Jetski pun ader..

Budak2 ni kejenye panjat tangga tinggi2 pastu terjun ke dalam air.. haiyaa

Kami tak join memancing, balik dulu masak ketam.. hehehe :)

Sunday, March 3, 2013

Crabbing di Mandurah

Gambar-gambar di bawah ialah aktiviti kira-kira 2 minggu lepas.. Harini baru nak upload sbb byk gambar sgt, kena edit dan resize dulu baru boleh publish.. dah la angin M datang.. harini baru rajin sikit hehehe..

Aktiviti 'mengetam' kali ini dijalankan bersama 2 lagi keluarga kawan-kawan di sini. Bila bapa-bapa pergi menangguk ketam, ibu-ibu pula menjaga budak-budak sambil menyembang/makan-makan.. kui3..

Jomlah tengok gambar...
Air ni cetek aje, jalan sampai ke tengah pun cetek lagi

Hero2 ni cam biasa main kat gigi air aje. Pakai konon cam nak mandi :p

Playground pun ader


Suasana aman damai aje


Sambil bawa scoop net, masing2 bawa foam box atau bekas untuk letak ketam

Yang tak tahannya ada juga bawa anjing jalan2 tepi pantai ni

Haa koboi tangkap ketam.. tak dapat nak zoom scoop net tu. Boleh nampak tak ketam tu?

Kemudahan lengkap di sini, ada picnic bench dan dapur bbq

Budak2 main pasir :)

Ada beberapa bench kat sini, sebelah kanan tu dapur bbq

Sempat lg main2 dengan budak kecik yg comel nih :)


Nampak kamera aje terus dia meluru hehehe
Burung2 tengah mesyuarat

Apalah yang dibincangkan tu? :p

Lepas tu semua pakat turun main air pulak

Hasil tangkapan

Ketam dan sampah2 sekali hehehe

Balik rumah siap kena berus lagi lumpur dari badan ketam ni..

Mcm nilah rupanya scoop net dan ketam yang ditangkap

Hee geram rasanya kan?

Ketam fresh2.. Alhamdulillah murah rezeki :)