Sunday, July 31, 2011
Sunday, July 24, 2011
Ispa Kebabs
singgah makan di Ispa Kebabs.. selain dari Riverton, Ispa kebab ni ada cawangan di Harbour Town, Perth.
menu utama dah tentulah kebab dengan pelbagai pilihan sosnya.. dah pernah try kebab, sedap juga tp silap pilih sos. lenkali kena pilih sweet chili sauce baru sedap. seafood pun ada dalam menu
kali ni nak cuba turkish pide. rasanya ni pizza versi turki kot. harganya boleh tahan, $12. tapi tiga orang nak abiskan jenuh juga tak habis2 kena tapau bawa balik. sorang lagi tu p mana2 nak mkn fries je kerja dia. mau tak mintak fries, makan cerewet sangat.
siap tapau freshly made turkish bread. harga dalam $3 centu.. sedapp..
diorg ni kalau sekali sekala makan kat luar mmg suka la sbb hari2 dah makan kat rumah kan
Thursday, July 21, 2011
Bihun singapore
dan ni adalah pasangannya.. cili jeruk.. atau kami panggil cabai cuka :)
Wednesday, July 20, 2011
Yummm
dan ini adalah sebagai pengubat kerinduan pada ayam goreng kfc dan mcd yg crispy tu.. :)
Tuesday, July 19, 2011
Roses
Sila layan gambar bunga ros kaler kuning pulak :)
dan dua2 ni biasalah.. penjaga bunga hehe
Monday, July 18, 2011
Strawberry & coconut crumble
Sunday, July 17, 2011
Pemenang GA kedua : pelawat ke 5000
Keputusan yang ditunggu2.. jeng jeng jeng...sehingga kini tiada yang tampil dengan bukti sebagai pelawat ke 5000. oleh itu, sebagai menepati janji, pelawat terhampir adalah layak memenangi GA ini..
pemenangnya ialah...zul dari launceston,australia
http://kebab2sedap.blogspot.com/
rasanya zul student malaysia kat tasmania kan?
takpe bg yg tak berjaya kali ni, tunggu GA seterusnya ok.. Insyaallah dengan hadiah yg lebih menarik ;)
tungguuuu...
Saturday, July 16, 2011
Ayam masak merah
Thursday, July 14, 2011
Lemon
memandangkan sekarang kerap hujan, buah2 lemon ni membesar dengan jayanya.. lebih besar dari penumbuk tau, kecik sikit je dari limau bali saiz kecik tu dan lebat pulak tu.. sampai tak larat nak kutip dan berguguran.. nak buat acar tak sempat lagi.. sesiapa nak lemon boleh datang amik kat rumah. baru je potong dahan2 dan ada satu bakul lemon nak bagi free nih.
gambar2 ni diambil selepas hujan. lepas tu bosan sikit tgk gambar upload kat blogger mcm kecik je try post kat flickr dan letak kat sini. yg mana lebih bagus?
yg atas ni post direct dr blogger (picasa)
dan dua gambar ni dari flickr. nampak gaya lepas ni upload ke flickr lebih ok kot dan terus boleh update ke blogger.
Tuesday, July 12, 2011
Sunday, July 10, 2011
Second GiveAway (GA) to 5000th Visitor
bukan kitche tau, kitchen :)
ole-ole dari Oz..
Thursday, July 7, 2011
Nasi ayam
Wednesday, July 6, 2011
Strawberry shortcake
pastu konon2 nak whip krim manually dengan tangan, mengejar masa dok pk bila la nak jadi ni.. rasa cam peserta masterchef pun ada.. ye la lagi 15 mins sebelum org dtg, krim tak jadi2 lagi nih.. anak nak tolong whip pun slow sgt ikut2 sampai esok pun tak jadi. pastu baru teringat ada stick mixer.. lerrr buang karan betul. dalam masa 2 saat saja dah menjadi.. so ni la hasilnya yg tak seberapa. tp rasanya? sangatlah sedap dan berkrim :)
Monday, July 4, 2011
Pulut kuning
Sunday, July 3, 2011
Going to the movies
harini pegi tengok movie untuk kali pertama kat sini. inipun sebab P&C (persatuan ibubapa) yang organize jual tiket movie dgn harga $10/each. kalau tak, ntah bila nak beli tiket sbb tgk dlm website hg tiket mahal le jugak. ni tgh pk2 lg ni teringin nak tgk transformers :)
ni antara babak suspense. kira best jugak la tak terasa duduk dlm panggung dekat 2 jam.. sblm ni dlm panggung org pasang aircond, kali ni pasang heater pulak. bila keluar2 baru la terasa sejukkk isskk.. kurang2 bersyukur tak duduk kat tmpt ada salji, sejuk mcm ni pun dah tak tahan..
Saturday, July 2, 2011
Kari sotong
Sotong masak kari baba's.. eh tapi tak sure la pakai kari baba's ke kari apa. tp sebab mula2 buat pakai kari baba's, sampai dah lekat nama kat sotong tu hehe..
ni baru beberapa kali beli seafood sejak tinggal di sini, tak sekerap beli ayam dan daging. udang tu biasa beli lah, ada yg jenis raw dan cooked. yg dah masak tu ntah tak brp sedap lak. satu kg antara $12 ke $14 kat supermarket. sila kali dengan duit m'sia cepatt.. sardin pernah beli, tp sekor2 saiz besar ibu jari. ketam ok la mmg mahal, tp rasanya tak semahal udang. iskk..tiba2 rindu lak jalan2 kat pasar tani tgk ikan, ketam dan udang yg fresh, atau sekurang2 bukanlah frozen.. hmm hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. sendiri sambung okeh :)