dengan sekali klik saja.. keputusannya telah diketahui..dan pemenangnya ialah
Wednesday, August 31, 2011
The winner is....
dengan sekali klik saja.. keputusannya telah diketahui..dan pemenangnya ialah
Sunday, August 28, 2011
Selamat Hari Raya
tahun ni kami beraya berempat - eh berlima sekali dgn kymba
khas untuk tatapan cikpina
cucu kesayangan tokdin dan peminat maklang
tahun ni kami sambut sederhana je.. buat satay.. hehe.. sederhana ke tu? ni baru try bakar daging
Saturday, August 27, 2011
Bila tak ada idea...
Bila hari2 masak dah tak ada idea nak masak apa. tekak pun tak berapa selera dah.. walau idea tak ada dan selera pun kurang, nasi kena makan juga terutama waktu sahur. kalau tak, dah tentu ada yang tak tahan lapar nanti.. so menu yang senang especially time tak de selera masa sahur ialah bilis masak asam atau sardin.. yg ni gerenti pinggan licin.
Thursday, August 25, 2011
Nasi ayam
sayang sekali timun tak ada. timun kat sini tak mcm timun kat tmpt kita.
Tuesday, August 23, 2011
Bunga
di kaki tiang ampaian
bukan bunga aje, sayur2 yang baru tanam pun segar tambah2 lepas kena hujan.. macam lettuce ni, dah 2-3 kali harvest. :)
Sunday, August 21, 2011
Insan's Cafe
budak2 ni seronok sangat la dpt makan kat luar sekali sekala
rambang mata bila tgk menu sampai taktau nak makan apa punyalah excitednya mcm berpuluh tahun tak mkn kat kedai hahaha.. ni set satay.. nasi impit dah habis kot tu yg dia letak nasi
on the way balik ke parking, lalu hotel miss maud ni. hotel ni satu row lah dgn kafe insan.. 'ter'amik gambar sekali sbb tgk cantik
113-115 Murray St,
Perth, WA 6000,
Australia
Telephone 08 92241 0588
email: cafe@insanscafe.com
website :http://www.insanscafe.com/
Thursday, August 18, 2011
Sambal tumis udang
Salam... menu hari ini, jeng jeng..sambal tumis udang dan petai.. ingatkan kat sini tak dpt mkn makanan fevret ku ini dah, tp jangkaanku ternyata salah. kat sini ada jual petai dlm tin la.. mmg la tak fresh mcm petai 'hidup2' tu tp jadi lah kan, setakat nak mkn nasi dua pinggan tu no problem!
Monday, August 15, 2011
Sunday, August 14, 2011
THIRD GIVEAWAY (GA)
dan bintangnya sudah tentulah macarons.. terdapat beberapa resepi macrons di dalam buku ni..
profiteroles with choc-espresso sauce
dan yummy cupcakes! terdapat 50 resepi yang sangat menarik.. kalau tak nak buat buat pun, cukup la boleh bg terliur hehehe..dan seperti biasa, syarat2nya.. kena buat kerja sikit je ye.. bkn senang nk dpt buku ni..
1) Penyertaaan dibuka kepada semua kecuali yang tinggal di Australia.
2) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini.
3) Buat post/entry di blog anda tentang GA ini dan sertakan link ke Give Away ini. Terpulang kepada kreativiti masing-masing. Link ke GA ini adalah : http://umiyumi2.blogspot.com/2011/08/book1.html
4) Tarikh tamat GA ialah : tepat jam 12 tgh malam pada 31 Ogos 2011. Pemenang akan diumumkan pada 1 September 2011.
5) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.
Nota : maaf kerana terpaksa buka penyertaan kepada pelawat selain dari yang berada di Australia. Ini adalah kerana buku ini boleh diperolehi di sini.
Bonus : Saya akan memilih SATU post/entry yang paling kreatif berkenaan GA ini. Pemenang akan mendapat hadiah bonus (saguhati) daripada saya.. so rajin-rajinlah ya..
Friday, August 12, 2011
Melawat Art Gallery of Western Australia (WA)
seminggu sblm puasa haritu, kami telah melawat Art Gallery of WA. nak p bulan2 posa tak larat lah. bkn tak larat nak jln, tp tak larat nak 'tengok' macam2 dan hidu macam2.. esp aroma kopi.. iskk
boleh amik gambar asalkan tak pakai flash
pinggan mangkuk pun ada dipamerkan
kebanyakan karya kat sini adalah hasil seni orang asli kat sini
ni bangunan lama galeri. asalnya balai polis dan mahkamah
mahkamah
patung ni pun ada..
lepas tu, jalan2 ke Murray Street tgk street performer. tak jauh sgt dr art gallery. lintas jejantas (ada stesen komuter perth), masuk shopping complex dan keluar2 dah timbul di Murray Street. Murray Street dan Hay Street adalah tmpt popular di perth. ramai pelancong ke sini utk shopping dan jalan2. tp kalau nak souvenir murah2, sila le ke e-shed di fremantle ok. jgn risau sini ada kedai makanan halal. paling koman pun ada kedai kebab. jgn terkejut harga burger adalah AUD7. kalau nak makan nasi, bole ke Insan cafe di Murray Street. nanti sy letak info pasal Insan Cafe.
suasana di Murray Street
beli burger dan mkn depan artgallery. siap ada burung dok tunggu nak sambar mknan.