Friday, September 30, 2011

Kesum

DSCN4634 by umiyumi


Sebahagian kesum yang tinggal, ada kawasan yg kosong tu sebab kena korek untuk transfer masuk ke dalam pasu. lupa nak amik gambar sebelum korek.. ye la asyik amik gambar pokok bunga je. kubis dah start boleh harvest, tomato pulak dah berbuah. tunggu nanti buah dah masak bole la amik gambar :)


Thursday, September 29, 2011

Argyranthemum Pink Anemone Tall

One of my favourite flower.. :)
DSCN4784 by umiyumi

DSCN4783 by umiyumi

DSCN4782 by umiyumi

DSCN4780 by umiyumi


masa beli bunga ni tak kembang lagi. satu pasu harga dlm $10+. bila transfer atas tanah, jadi kembang macam ni.. fuhh meriah..teringin nak beli mcm2 bunga lagi tp fikir2 pun dok rumah sewa aje nanti dah sampai masa tak duduk sini lg takkan nak korek pulak pokok2 ni kan.. so berpada2 je la..so tukar beli bunga harga $2/pot pulak..


sementara tu kesum pun dah banyak membiak so terpaksa letak dalam pasu sementara belum summer lagi.. ada sapa2 nak kesum bgtau la yer :)



Wednesday, September 28, 2011

Tuesday, September 27, 2011

Laksa utara di Perth

DSCN4730 by umiyumi
kali pertama buat laksa di sini. sebelum ni dah plan nak buat tapi jumpa ikan sardin saiz jari kelingking, rasa tak sanggup lak nak buat.. kali ni jumpa saiz yg ngam2 tu pun biasa la frozen. bila dah buat laksa ni terubat la rasa rindu dah beberapa bulan tak makan. isk asyik rindu bab makan je nih.. hishh tp rasa laksa ni kurang kick lah taktahu kenapa. ikut2 ramuan kuahnya sama je kecuali ada sayur yg tak ada kat sini.. mungkin sebab ikan tu kot. adakah ikan kat sini tak sama rasanya dgn ikan dkt msia? sebab laut sejuk ke? hmm mungkin boleh buat kajian nih.. hehe..


nota: ni bukan laksa penang sbb takde nenas dan otak udang(tak minat sgt nenas), bkn juga laksa kedah sbb takde telur rebus. so agak2 ni laksa perlis ke? ada org perlis boleh komen? :D

Sunday, September 25, 2011

Chicken Treat

Terima kasih pd sis Flower yg sudi share info tentang tempat makan halal kat Perth ni.. iaitu Chicken Treat kat Forrest Lakes Shopping Centre, Thornlie WA. Bole la mengubat kerinduan pada KFC hehehe..


2.0 CT MasterLogo (signage) by umiyumiChickenTreat_image3 by umiyumi



ada dua jenis ayam iaitu country style fried dan rottiserie.. kami try country style fried..



chicken treat by umiyumi
kami order farm house feed : 9 pc chicken siap dgn chipcs, mashed potatoes dan garlic bread (lepas tu br perasan yg dia tak bg coleslaw).. ingatkan tak abis la rupanya licin disapu oleh peminat ayam (budak kecik tu). ayam dia tak la besar mcm ayam kat kfc tp mmg sedapp..


Alamat:


Forrest Lakes S/C, Cnr Forrest Lakes Dve & Murdoch Rd, Thornlie
Phone: (08) 9493 1222

Saturday, September 24, 2011

Lamington Cake

Raya baru2 ni dapat jemputan open house dari kawan. Jadi sebagai buah tangan untuk tuan rumah, saya bawa kek lamington ni supaya dapat memeriahkan lagi open house tersebut. Saya buat 2 biji kek, satu untuk tuan rumah dan satu untuk kami sekeluarga makan kat rumah sebab anak2 pun suka makan.




DSCN4538 by umiyumi



kalau ikut resepi asal lamington, adunan dia lain sikit dan dibakar dalam tin leper serta dipotong bentuk kiub sebelum dicelup coklat. kali ni nak buat yg lg senang - buat kek vanilla mcm biasa, sapu coklat dan tabur kelapa parut. siap..



DSCN4534 by umiyumi
have a slice!

Tuesday, September 20, 2011

Bunga Tulip di Araluen Botanic Park

Aktiviti yang dinantikan sewaktu musim bunga ialah melihat bunga tulip di Araluen Botanic Park. Taman ni terletak kira-kira 40 km dari bandar Perth, iaitu di daerah Armadale. Waktu tulip berkembang adalah sekitar bulan Ogos dan September. Selain dari taman ni, kawasan ni juga adalah terkenal sebagai kawasan kebun buah-buahan. Mungkin disebabkan kawasannya adalah jenis berbukit dan hawa sejuk di sini sangat sesuai untuk tanaman. eh macam buku teks geografi pulak hehe..

DSCN4821 by umiyumi
pink tulips

DSCN4820 by umiyumi
budak-budak happy sangat nak picnic. Selain dari melihat bunga-bungaan, kawasan ni juga terkenal sebagai kawasan perkelahan. terdapat picnic bench dan juga dapur2 bbq menggunakan gas. percuma sahaja untuk kemudahan pelawat. kadar bayaran masuk adalah berpatutan, kira2 $4 untuk dewasa. kami ambil pakej keluarga iaitu hanya $10.



DSCN4819 by umiyumi
posing sikit...



DSCN4822 by umiyumi
sebelah kiri adalah kolam renang lama. kerusi yang kelihatan tersusun tu adalah untuk upacara majlis perkahwinan. nak buat wedding kat sini pun boleh ;)

DSCN4866 by umiyumi

seronok tengok tulip bermacam warna

DSCN4864 by umiyumi
anak sungai



DSCN4868 by umiyumi

macam gambar poskad tak?

DSCN4876 by umiyumi
warna paling mengancam.. dark purple



DSCN4863 by umiyumi
posing lagii..



DSCN4875 by umiyumi
close up dark purple



DSCN4874 by umiyumi
di mana-mana saja org sibuk berposing



DSCN4870 by umiyumi

dark and mysterious

DSCN4856 by umiyumi
ceria



DSCN4850 by umiyumi

yg ni dah berkembang

DSCN4843 by umiyumi
jgn lupa train ride.. free aje tapi kalau nak derma, dipersilakan.. bagus juga supaya dapat menyumbang demi menjaga keadaan taman supaya terpelihara



DSCN4830 by umiyumi

masa ni baru lepas hujan lebat so tulip pun abis rebah agaknya

DSCN4829 by umiyumi
white tulips.. nampak cantik dan bersih..

Sunday, September 18, 2011

Birthday Celebration

Selepas raya baru ni, buat sambutan besday untuk yiyi kat sekolah. kek coklat yg besar 2 biji dan juga baked pasta. tak reti nak deco lawa2.. just tulis dan tabur choc rice/chips aje laa.. sambil tu harap2 tak ada la sumber kacang dalam coklat tu takut ada yg allergic pulak (nut allergy)



DSCN4505 by umiyumi



DSCN4501 by umiyumi



DSCN4510 by umiyumi




Pasta bakar
DSCN4512 by umiyumi
masa dah habis sekolah, cikgu bagitau yang ada juga class buddy berasal dari Malaysia. Bila dia ckp kek ni org Malaysia yg buat, budak tu pun seronok abis dan pulun makan habis-habisan.. sampai kat pinggan pun ada kesan jari hehe.. tu kira semangat patriotik ke? :)

Thursday, September 15, 2011

Menu raya di perantauan

Raya dah banyak hari dah pun tapi baru harini nak update menu raya.. hehehe.. sambutan kami sederhana aje.. tp makanan tu tak sederhana.. ni sbb jeleskan org kampung yg mkn ketupat dan kuih raya sedap2 (padahal tiap2 kali raya mkn ketupat pun paling byk 2-3 ketul je :p dan kuih raya lepas raya baru nak cari).. buatnya mcm nak terima ramai tetamu. tapi hanyalah sekadar utk kami dan jiran terdekat. ye la nak jemput org pun, ada yg sambut raya hari rabu. macam kami sambut raya hari selasa. pelik kan? tapi ini adalah mengikut masjid masing2. ada baca somewhere yang perth ikut arab saudi. dan arab saudi raya selasa. pastu Malaysia pun raya selasa so kami raya selasa lah sebab puasa dah cukup 29 hari (start sama macam Msia). ada juga yg start puasa selasa so diorg takle la raya selasa juga sbb tak cukup at least 29 hari.



DSCN4423 by umiyumi
first time buat satay. makan tu banyak kali dah.. kat sini pun ada jual satay tapi mana sama pengalaman buat sendiri kan? terutama tukang bakar satay tu hahaha..



DSCN4474 by umiyumi
bila dah ada nasi impit, tambah la satu lagi menu.. soto ayam.. bergededil tak de sbb tak minat..fuhh memang kenyang sangat2 la raya tu.. rindu pulak tak ada budak2 datang beraya.. sunyi camtu je la..selain dari tu kat sini pun ada budaya open house, open office so lebih kurang sama je la rayanya..cuma takle cium tangan ibu bapa dan beraya dgn saudara mara terdekat, dan ada juga certain lagu raya yg takle dengar.. sob sob...



Wednesday, September 14, 2011

Falafel Burger

DSCN4319 by umiyumi



menu kali ini adalah falafel burger. sebenarnya tak sengaja nak buat burger ni sebab masa beli 'daging burger' tu, agak excited sebab ingatkan beef burger sebab nampak kaler tu mcm beef dan ada pulak logo halal so laju je beli. tapi bila dah masak baru la perasan yg ni sebenarnya adalah falafel dan bukannya beef. hahaha..


so untuk kita yg tak pernah tau apa tu falafel, sila rujuk wikipedia :

Falafel ( /fəˈlɑːfəl/; Arabic: فلافل‎, [falaːfil] ( listen)) is a deep fried ball or patty made from ground chickpeas and/or fava beans. Falafel is usually served in a pita, which acts as a pocket, or wrapped in a flatbread known as lafa. The falafel balls are topped with salads, pickled vegetables, hot sauce, and drizzled with tahini-based sauces. Falafel balls may also be eaten alone as a snack or served as part of a meze.

DSCN4317 by umiyumi
ini rupa kotaknya.. nampak kaler mcm beef aje, tak perasan bijan tu.. so bila mkn, cuba la imagine mcm mkn beef burger tapi dah tentu la bila lidah kita ni biasa beef or chicken burger, slow sikit la nak abiskan. pastu budak2 sibuk tanya kenapa burger ni rasa lain dan kaler hijau pulak hahaha.. tapi ok la pengalaman pertama kalau tak cuba, mana nak tahu rasanya kan?

Tuesday, September 13, 2011

Meatball and fries

DSCN4314 by umiyumi
Kadang-kadang tak ada idea nak masak apa.. so buat menu ni la disamping cuba mengubat rindu pada meatball ikea ;)



Meatball di atas adalah menggunakan halal frozen readymade meatball yg kebetulan terjumpa di supermarket. Sebelum tu dah plan nak buat sendiri dan dah jumpa 2 resepi di bawah ni..



Resepi pertama di ambil dari blog Kak Wana ( http://www.potretkasih.com/tag/resepi-bebola-daging-mudah/) yg telah mengambilnya dari myresepi. Kalau Kak Wana buat resepi ni dah tentulah sedap :)



600 g daging cincang
3 sb tepung jagung
1/2 sb lada putih serbuk
1 sb ketumbar serbuk
1 sk jintan manis serbuk
1 sk jintan putih serbuk
2 hiris halia – ditumbuk halus
4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
1 biji telur
garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Gaul rata semua bahan2 dan perap sebentar.
2. Bulat2kan adunan menjadi bebola kecil.
3. Panaskan air hingga mendidih dan rebus bebola.Angkat dan toskan.
4. Boleh di makan begitu saja, di goreng atau di gunakan sebagai masakan seperti spegeti, bakso dll.



satu lagi resepi yg menarik adalah dari blog http://irmadilondon.blogspot.com/2009/07/meatball-ikea.html Tertarik kerana nama meatball ikea tu


400 gram daging cincang
2 biji bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji telur
3/4 cawan serbuk roti
2 sudu besar susu segar
1 sudu besar mentega
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh garam
1 sudu teh parsley

Cara-Cara

1- Gaulkan semua bahan dalam satu bekas dengan penuh kasih sayang.

2- Bentukkan bahan menjadi bebola api. Eh, silap. Bebola kecil.

3- Siap kesemuanya, anda mempunyai pilihan samada mahu digoreng atau dibakar.

Friday, September 9, 2011

Up there Cazaly

Masa awal-awal daftar budak2 masuk sekolah haritu, ada sorang parent bgtau yg nama khuzairi ni bunyi macam nama football legend kat aussie ni. masa tu tak perasan pulak, mcm mana boleh sama nama dengan football legend? sehinggalah minggu lepas ada sambutan father's day (diorang kat sini sambut father's day pada 4 September). patut la glamer sangat khuzairi ni p mana2 je kawan2 sekolah dia panggil.. hi khuzairi (diorg sebut kezairi) :p







Well you work to earn a living
But on weekends comes the time
You can do what ever turns you on
Get out and clear your mind
Me, I like football
And there's a lot of things around
But when you line 'em up together
The footy wins hands down

Up there cazaly, in there and fight
Out there and at 'em, show 'em your might
Up there cazaly, don't let 'em in
Fly like an angel, you're out there to win
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/mike_brady/up_there_cazaly.html ]
Now there's a lot more things to football
That really meets the eye
There are days when you could give it up
There are days when you could fly
You either love or hate it
Depending on the score
But when your team run out or they kick a goal
How's the mighty roar (hooray, hooray)

Up there cazaly, in there and fight
Out there and at 'em, show 'em your might
Up there cazaly, don't let 'em in
Fly like an angel, you're out there to win

Up there cazaly, you're out there to win
In there and at 'em, don't let 'em in
Up there cazaly, show 'em you're high
Fight like the devil, the crowds on your side

Ahhh...
Up there cazaly, in there and fight
Out there and at 'em, show 'em you're might
Up there cazaly, show 'em you're high
Fight like the devil, the crowd's on your side
The - crowd's - on - your - side...


"Up There Cazaly" is an Australian sporting catchphrase inspired by former St Kilda and South Melbourne great Roy Cazaly ("Up there Cazaly" was "a phrase that would be shouted by team mate Fred "Skeeter" Fleiter when he wanted Cazaly to go for a mark"[1]). The expression later became the basis of a song recorded and composed by The Two Man Band (Mike Brady & Peter Sullivan).

The song was recorded in 1979, intended as a promotion for Channel Seven's Australian Rules Football (VFL) coverage, and the following year, it was used in the film version of David Williamson's The Club. The single, released on the independent Fable Records label, sold over 250,000 copies and became the largest-selling Australian single ever released up to that time.

Since then it has entered Australian folklore as a song synonymous with the sport of Australian Rules Football, and has been a feature as part of the pre/post-match entertainment of many VFL/AFL Grand Finals.

The song's tune has an unusual key scheme: the verses are in D major, and the chorus is in F major, which is a fairly distant, unrelated key, especially for a popular song; and its final repetition is in G major, in which key the song ends.

Cazaly was a champion footballer of the early 20th Century noted for his high-flying marks in a time when Australia was involved in war.

"Up There Cazaly" was also a cry used by Australian troops during World War II.

The song is also used as the walkout tune for Tonbridge Angels in the United Kingdom.

source : wikipedia

Thursday, September 8, 2011

Mi udang

Kepada pemenang2 GA, umi dah pos hadiah petang semalam (khamis) yer. tunggu lah maybe amik masa dalam seminggu kot baru sampai..
DSCN4303 by umiyumi

menu kali ni ialah mi udang.. rasa macam dah lama tak makan mi udang penang yg famous tu.. perghhh... kalau makan sepinggan mi udang penang ni memang kenyang giloss la.. berbaloi kalau sepinggan harga RM12 pun.. nak buat pun bukannya susah, tapi seronok bila sekali sekala balik kampung dapat berkumpul ramai2, makan2 dengan keluarga. isk tetiba rindu pulak suasana camtu. :)

Wednesday, September 7, 2011

Puddings and Pies for Bonus 3rd GA Winners!

Pertama sekali mohon maaf kepada pemenang2 GA kerana umi tak sempat nak pos hadiah lagi. Insyaallah harini baru nak pos. Maklumlah, sejak raya minggu lepas, tak henti2 masak. Masak untuk raya, untuk jamuan hari bapa, jamuan besday anak, buah tangan untuk bawa ke rumah terbuka dan juga buat jamuan untuk kawan-kawan yang baru berakhir semalam. kira marathon lah ni.. sambil tu kena sedia untuk meeting lagi harini. memang letih terkelepek org utara kata.. letak je kepala atas bantal mmg tak sedar mana dah. rehat tgk tv kejap pun sedar2 dah terlelap sambil duduk. hehe nampak gaya not bad raya kat sini ni, masak kalah raya kat kg! apapun berbaloi sebab dapat share dengan kawan2, budak2 sekolah. buat kek 2 biji, licinn.. siap ada kesan calitan jari kat pinggan kek.


Tapi jangan risau yer, walau delay sikit, ada berita gembira iaitu umi nak umumkan sorang lagi pemenang bonus GA iaitu Kak Atie dari azatiesayang. Ini adalah kerana umi rasa entry kak atie pun bagus juga so apa salahnya ada dua orang dapat hadiah bonus kerana hasil kerja yang sangat kreatif dan buat umi terharu. See.. kalau rajin usaha, ada ganjarannya.. Hadiahnya adalah seperti di bawah.. harap Nida dan Kak Atie suka nanti..


DSCN4636 by umiyumi
The Australian Women's Weekly Puddings and Pies.. triple tested for your success every time.


DSCN4640 by umiyumi
Treacle tart..Umi memang suka puddings and pies, so umi rasa seronok kalau dapat share buku ni..





DSCN4638 by umiyumi

Yang ni ialah Chocolate Tart. Teringin sangat nak buat tapi tak sempat lagi. So kalau Nida atau Kak Atie dah buat nanti, buatlah special entry ya ;)



DSCN4637 by umiyumi
Quince and Rhubarb Pie. ni pun menarik juga. teringin nak buat pie menggunakan rhubarb tapi masa tak mengizinkan. kat Malaysia ada jual rhubarb tak? mungkin susah nak cari kot.

Tuesday, September 6, 2011

Puding Milo

DSCN4280 by umiyumi

Puding milo kegemaran anak-anak.. kalau buat ni sekejap je licin...

DSCN4295 by umiyumi
dan strawberi ni saja je tumpang posing. :)

Sunday, September 4, 2011

Strawberry smoothies

DSCN4271 by umiyumi
sekarang musim strawberi agaknya. sebab pokok strawberi yang berbuah kat rumah ni dah start masak. kalau kat supermarket, lagi la banyak dijual. sebelum ni satu bekas harga dalam $5 camtu, sekarang 2 bekas dapat dibeli dengan harga $3.50. bila tengok merah2 tu mula geram nak beli. bila dah beli, bknnya boleh nak makan byk2 sekaligus. so untuk tidak membazir, buat smoothies.. baru licinn.. :)

p/s: bila makan strawberi teringat cameron highlands :p

Friday, September 2, 2011

Nasi tomato

DSCN4277 by umiyumi
Nasi tomato ni dimasak masa bulan puasa lagi.. tp bila byk sgt minum air brand M, terus kena penyakit M..

DSCN4267 by umiyumi

bulan posa ni rajin sungguh masak macam2 makanan yang susah sekali nak masak di bulan lain - ini kerana faktor terliur tu memberikan motivasi yang sangat tinggi :)

DSCN4262 by umiyumi
dan ayam masak merah yang sengaja dibuat cair sbb nanti ada la sorang mamat tu jenuh nak mintak kuah sampai tahap kita nak gaul nasi dalam kuali untuk mendapatkan sebanyak mana kuah yang ada.. nasi takmo ada yg putih (tak kena kuah).. adoii.. so ada la yg cakap ni rupa mcm kari ayam, bukan ayam masak merah.. well.. bila dah ada anak ni dan anak punya tekak itu macam, nanti tahu lahh.. semua kena ikut anak. kalau masak hebat2 anak tak mkn sbb nak tak kena dengan selera pun susah juga. biar la ubah sikit janji anak suka dan makan.. maaf kalau ada yang tak setuju. modify sikit2 bole la, tp bkn sampai tahap ayam masak merah letak kicap tu dah jadi ayam masak kicap :p