Thursday, May 31, 2012

Let's take a closer look :)

 
pokok limau jiran

semua dah masak.. 



lettuce

repeat harvest.. kena rajin harvest, kalau tak pokok mati :p

pokok coriander yg bercambah dari benih yg terbang ditiup angin 

purple basil

basil

bunga basil

bunga lavender



satu jenis chrysanthemum lg

dan lagi



Wednesday, May 30, 2012

Halal Nando's in Perth

Rasanya taklah special mana sambutan ulangtahun perkahwinan sy dan hubby. Sebenarnya saya pun dah lupa daa...tapi hubby pulak tahun ni tiba2 dia ingat. kenapa dia ingat? sbb dia dah set dlm henpon laa.. hmm itu menunjukkan betapa bergantungnya kita kpd henpon kan. ye la boleh set alarm, reminder semua. sy ni pakai henpon cap ayam aje cukup la boleh amik gambar, sms dan call hehe.. ada strategi tu sebenarnya huahuahuah..

oh ya.. special sikitlah sambutnya sbb mkn kat luar. nak pegi restoran itali dekat2 rumah ni pun tak boleh sbb tak halal. so pegi nando's aje la. mesti org kl tak heran pun setakat nando's ni kan, hari2 boleh makan.. haha setakat ni jumpa yg nilah nando's yg halal sepenuhnya. nando's lain serve ayam halal tp masih sedia menu tak halal (partial halal namanya) tp tak sanggup lah nak makan.. jauh juga nak ke nando's ni dlm 20-30 minit dr rumah.

terima kasih pd Ummi Maryam krn share info pasal kedai ni. Sy pun share lah juga sbg info utk kawan2 yg berminat nak cari. okla layan je gambar2 yg tak sepertinya ini.. hehe..


siap mintak amik gambar sijil. tp tgk tu dah nak expired lah. harap diorg renew lepas ni


budak2 nak duduk ceruk ni pulak

happy sangat dpt mkn nando's



sementara makanan sampai, layan dulu aksi dua beradik ni


yaaa.. dah setahun tak makan nando's

fries sebesen.. takla, mangkuk besar je :)

nasi pun ada

order 2 ekor ayam mmg berbaloi kenyang sampai ke mlm





Alamatnya :
Centro Altone Park, 161 Altone Rd
BEECHBOROWA6063
Ph: (08) 9378 3231


nota kaki:
melihat kepada sambutan hangat yg diterima semasa GA yang lepas, oleh itu saya berhasrat ingin membuat GA lagi dalam masa yg terdekat ni.. Tungguuuu :)

Tuesday, May 29, 2012

Jalan kaki ke sekolah dan menu daging bakar air asam

Sekali sekala jalan kaki ke sekolah best jugak.. berpeluh2 walaupun cuaca sejuk. jarak dari rumah ke sekolah ialah 1.3 km, sepanjang jalan seronok tgk rumah org. masa balik sorang2 lepas hantar budak2 ni, terserempak sorang uncle dr seremban yg dah menetap kat sini selepas pencen.. ramainya org Msia kat sini hehehe..


baru nak mula.. semangat sikit

tak sampai sekerat jalan dah jalan mcm ni. 

beg tu cuma berisi bekal makanan saja :p

bangga jumpa kereta nasional :)
daging bakar
air asam.. nak abiskan stok bawang dan tomato



Monday, May 28, 2012

Giant persimmon?

Buah persimmon paling besar dilihat setakat ini dengan modelnya.. hehehe



beza saiznya

bila dipotong, dapat sepiring

Sunday, May 27, 2012

My recipe books

Salah satu hobi saya ialah kumpul buku resepi. Buatnya belum tahu.. biar semua resepi ada dulu lepas tu bila nak cuba, dah ada tempat nak cari kan? biasanya saya suka buku 'baking', dessert dan pastry. Dalam masa yg sama sy suka juga tengok mcm2 resepi yg ada esp italian food sbb anak2 suka pasta. kebetulan baru2 ni ada offer dekat coles. beli 3 botol sos leggo dan dpt buku resepi percuma. buku ni kalau beli berasingan harganya $20++ , atau lebih kurang RM60.. mahal tuuu.. mm silap tak beli byk2 kalau tak, buat GA pun best kan? hehe..
satu lagi buku resepi sy beli (my favourite) adalah kompilasi dari AWW (Australian Women Weekly) yg mengandungi resepi Cakes dan satu lagi Cupcakes.. hmm mmg terliurlah tgk gambar2 kek tu. tgh kumpul inspirasi byk2 ni, tp masih belum dpt mood/kekuatan nak buat lagi disebabkan keterbatasan masa.. isk terbatas apanya kan semua org dpt waktu yg sama, 24 jam satu hari.. tp skrg waktu siang adalah pendek. pukul 5.22 dah maghrib (sapa yg ganti puasa masa ni lah best) dan isyak pulak 6.43. ptg2 sempat keluar siram pokok kejap tgk2 dah nak malam.. terpaksa la melepak depan tv layan masterchef dan tv. pukul 8 dah rasa mcm pukul 10, 11 malam.. dah tu sejukkkk.. sesiapa nak dtg sini make sure bawa baju sejuk ya, kalau nak shopping kat sini pun ok sbb kat k-mart dll tgh jual baju sejuk sekarang. murah aje dlm $10-$12 pun boleh dpt :)















2 buku dalam satu folder mcm album tu