Thursday, June 28, 2012

Homemade mi kuning dan aneka masakan mi ;)

Baru-baru ni teringin nak makan mi udang lagi. sejuk2 mcm ni sedap tau makan dan hirup kuah panas2 ..tapi bila nak beli mi kuning, asyik tak ada stok saja. hmm fikir2 kalau buat sendiri pun bagus jugak kan. lepas tu pegi cari mesin pasta pulak. habis stok juga. hee geramnya.. tp akhirnya bila sabar menunggu stok mesin pasta pun sampai so apa lagi terus rembat satu. tak susah sebenarnya nak buat mi kuning ni. saya cuma bg resepi kat grand master chef dan dia pun pulun buat dgn budak2 ni. diorang ni bab2 pusing mesin pasta mmg suka sgtlah sbb kat sekolah pun belajar memasak juga. haa untung sangat. saya guna resepi ni untuk buat mi kuning: http://www.myresipi.com/top/detail/2900

Bila mi dah siap, apa lagi buat sup sayur lah, cuma letak stok ayam dan garam secukup rasa. diorang semua suka mi sup, saya buat special sikit.. iaitu mi udang. guna sup yg sama cuma tambah perencah mi bandung dan udang yg dah direbus sekejap dgn bawang putih. masak cincai2 tapi kenyang juga Alhamdulillah..
ada rupa tak?



mesin pasta beli kat K-mart
mi sup tambah udang

mi udang Perghhhh  Perth :D

Wednesday, June 27, 2012

Portuguese chicken

Sori sehari dua ni jari2 'beku' sebab kesejukan, so malas nak menaip dan buat entry hehe... alasan mcm tu pun ada jugak ye, padahal bkn sejuk sgt pun. tak sampai tahap beku mcm Zul kat tasmania tu..siap pegi fishing lagi. ehehe.. so aktiviti lain selain membungkus, ialah asyik nak makan saja. bina badan.

kat bawah ni ialah ayam portugis atau peri2 chicken. hubby kata sedap mcm nando's. so jimat tak payah pergi ke nando's dah la. senang sangat ayam ni. bersihkan ayam, kelar2, lumur dgn pepper (pepper ni pandai2 tambah sendiri), serbuk paprika dan garam secukup rasa. lepas tu goreng dengan minyak sikit. agak2 masak dua2 belah, letak dalam tray dan tabur serbuk cili peri2.. bakar sampai masak. haa siap.. resepi asal ada chick pea dan roti berbagai lg tp rasa cam nak makan kentang so gaul sekali lah kentang tu dan bakar. siapp!! boleh pilih nak buat ikut resepi saya yg sempoi atau resepi asal kat bawah ;)
hasil ujikaji yang LAZAT :D

gambar dari resepi asal

Recipe
serves 4
prep 15 minutes
cook 15 minutes

ingredients
4 chicken marylands
1/2 cup vegetable or olive oil
2 tablespoons smoked paprika
2 thick slices bread, crusts removed, coarsely torn
1/3 cup pitted green olives, sliced
2 teaspoons dried chili flakes
1 red onion, halved, thinly sliced
3 tomatoes, cut into wedges
1/4 cup chopped flat-leaf parsley leaves
2 tablespoons chopped dill
310g can chickpeas, rinsed
4 marinated char-grilled artichokes, quartered
1 tablespoon lemon juice

1. Preheat oven to 220C/200C  fan forced. Using a sharp knife, score chicken several times. Brush chicken all over with 2 tablespoon of the oil. Sprinkle with paprika.
2. Heat a char-grill pan over moderate heat. Add chicken, skin-side down, then cook for 2 minutes or until browned. Turn, cook for 1 minutes more. Transfer to a heatproof plate.
3. Place bread and olives in a roasting pan. Drizzle with 2 tablespoons of the remaining oil, toss to combine. Place chicken on top of bread mixture in pan. Sprinkle with chilli. Season. Bake for 10 minutes or until golden and cooked. Remove from oven. Transfer chicken to a heatproof plate. Cover with foil, rest for 5 minutes.
4. Add onion, tomato, herbs, chickpeas and artichokes to pan with bread mixture. Add remaining oil and juice, toss to combine. Season. Divide mixture among serving plates. Top with chicken. Serve.

Monday, June 25, 2012

Pemenang hadiah bonus Sixth GA












.
.
.
.
Pemenang hadiah bonus kali ini ialah... jeng jeng..
hmm siapa ya?
.
.
.
.
.
.
.
nak tahu??
.
.
.
.
pemenangnya...
.
.
.
.
ialah...
.
.
http://lynnlinda.blogspot.com.au/2012/06/sixth-giveaway-ga.html



update: hadiah telah diposkan pada 30/6/12. :)

Sunday, June 24, 2012

Sixth GA Winner!!!

Jeng jeng.. tahniah kepada pemenang GA ke-6. iaitu:


http://aliyasaleh.blogspot.jp/2011/08/sushiro-maker-part2.html

email: blithe_monster@yahoo.com




update: hadiah telah selamat diposkan ke Japan pada 30/6/12. tunggu yaa





Wednesday, June 20, 2012

Murtabak Raja

Teringat salah seorang peserta Masterchef Australia, Mindy pernah buat murtabak dan menang cabaran masakan untuk hari itu. So tiba2 teringin nak mkn murtabak, mmg elok sangatlah kan sbb ada peluang nak cuba murtabak raja yg dieksport ke sini. Harga satu pek adalah $10 atau RM30+. hah siapa yg sanggup bayar harga sebanyak tu kalau kat tempat sendiri? menurut penjual kat kedai tu, murtabak ni mmg digemari oleh org2 disini.

Bila dah cuba.. hmm rasanya biasa2 saja, tak sesedap murtabak kat pasar malam. haishh pasar malam lagi.. hmm.. ye la dpt murtabak kentang aje, daging tak ada (mungkin tak lepas nak eksport daging ke sini). siap buat bawang cuka lagi tp lupa amik gambar. tp yg agak frust sikit sbb terjumpa kulit telur dalam murtabak ni.. hee.. cemana nih, eksport jauh2 dpt kulit telur pulak.. :-O



kering je nampak mcm tauhu pun ada hehe.. agaknya kena letak minyak sikit kot sbb frozen sgt :p

Monday, June 18, 2012

Bua Siam Restaurant - Langford


Di satu malam yg indah.. ceewahh semuanya indah2 belaka ya.. sebenarnya kami pegi ke sini beberapa minggu yg lepas. haritu adalah hari cuti umum di sini. walaupun cuti, hubby kena keje pulak dan sy pulak kena melayan 2 budak yg keboringan tu sbb tak dpt ke mana2. mmg tak masak nasiklah hari tu dan mkn apa yg ada je. tp mkn fish and chips aje mana lah kenyang kan so mlm tu perut mula lah nak minta nasi. fikir2 nak masak nasi, lambat pula. so kami cubalah call beberapa kedai, semuanya tak berjawab. tutup la maknanya tu.

tetiba teringat pasal restoran ni, ada terbaca kat blog ummimsafiyyah haa apa lagi terus call dan booking meja. malam2 nak mencari ni of coz la saspen juga kat mana ya restoran ni, walau pakai GPS pun agak pening2 mencari nasib baik jumpa juga. Alhamdulillah dpt juga merasa masakan Thai sejak sekian lama. Masa call dah tanya restoran ni halal tak? dia ckp ya. dan mmg betul ada logo halal kat kedai ni. Alhamdulillah. lega. masakannya pun sedap, walaupun harga agak mahal. tapi hubby ckp kalau boleh lepas ni tak nak dtg dah, sbb ada byk pula patung dan gambar tokong siam dalam tu. hmm tak sangka pulak kedai dah ada sijil halal tp ada hiasan2 mcm tu pula. isk3.. kena tunggu balik Msia pulaklah nampak gayanya baru boleh pegi kedai tomyam lg. :p




 





happy dpt mkn kedai tomyam


daging masak halia

tomyam ayam

mixed vege. blur  sikit sbb tangan gigil lapar +  lighting yg suram dan romantis gituu

Sunday, June 17, 2012

Bunga

Tak tahu apa nama bunga ni, tapi bila jumpa aje terus beli sbb bila musim bunga nanti, dia akan berkembang banyaknya. Nampak cantik sangat... tambah2 minat warna ni.







Saturday, June 16, 2012

Help me I'm lost

Pagi ni masa tgh bfast, ternampak sekor rabbit tgh melompat di celah pokok di kawasan reserve betul2 dpn rumah. aik. arnab siapa pulak? ada org terlepas ke atau arnab liar? tak mungkin arnab liar lah sbb tak pernah nampak pulak sblm ni.

Kemudian ptg ni ada org ketuk pintu rumah tanya ada hilang arnab ke sbb dia tahu rumah kami ada budak2 dan biasanya budak2 suka bela arnab ni kan. dia kata dia tak boleh tolong jaga sbb dia ada anjing besar kang anjing dia buat 'ulam' pulak. so kami pun volunteer tolong jaga rabbit comel tu. Apa lagi tanpa berlengah lagi kami pun terus berlari keluar dan menangkap si rabbit yg main celah2 pokok dan bawa balik rumah.. nasib baik ada kangkung utk feed dia tp arnab ni mkn sikit aje kecian dia mungkin dah kenyang makan rumput aje dan sejuk kena hujan. skrg dah selamat dalam rumah ni. kena jaga si kymba yg jeles tu ajee.. of coz la dia nak dia je jadik boss dan baby dlm rumah ni.. hisshh.. apa pun dah selamat iklan dlm website, hopefully tuan dia ternampaklah. atau mungkin org dekat2 rumah ni. ujan2 ni tak rajin lah nak ketuk2 pintu rumah org ni tanya ada hilang rabbit keee? :D

Thursday, June 14, 2012

Life's little pleasures

Gabungan brg terpakai dan yg baru.. gambar pertama, sarung bantal yg dibeli di sunday market. suka belek sulamannya itu, ringkas tapi cantik. kemudiannya 2 jenis mini jug. satu basic white beli di sunday market. satu lagi dibeli semasa sale iaitu RA Moonlight Rose. Cuma dapat beli milk jug dan sugar bowl sahaja. dan last sekali cushion paris. entah bila nak sampai ke sana. tak sampai lagi tp dpt cushion pun jadikle he he..










Wednesday, June 13, 2012

Mahsuri Satay Restaurant

Di satu hari nan indah.. cee wahh.. ni lebih kurang seminggu yg lepas. sy ada ajak hubby pegi try restoran ni. check website tgk diorg buka utk lunch dan juga dinner. so semangat lah pergi ke sini utk lunch. specialty kedai of coz la satay kan, tp dtg tghari mestilah nak makan nasi. dtg survey dulu kalau ok, bolehlah bawa anak2 ke sini.

Masa sampai ke restoran ni, kagum juga tengok hiasannya. Waktu tu pelanggan tak ramai, cuma ada 2-3 buah meja. Kami tanyalah staf/cashier kat situ boleh ke amik gambar menu? dia jawab kat website pun ada menu. hmm tak mengapalah dia jawab mcmtu.. nampak seriuslah gayanya. tak senyum pun. tanya2 pasal menu yg ada pun mcm taknak jawab.. isk. alang2 dah sampai mesti nak try jugak makanan di situ. so kami pun trylah beriani daging dan set nasi dgn chicken curry. Dgr kata ini restoran s'pura ya dan sy tak pernah mkn lagi kari kat sana. so mungkin sy bias sikit bab2 kari ni tp bg saya mmg 'kurang' sikitlah dgn selera saya.

hmm siapa yg ada pengalaman masuk kedai tapi org mcm tak brp nak kisah? kita bukanlah minta layanan istimewa, tp sekurang2nya senyumlah atau tunjuk penghargaan bila pelanggan dtg. sebagai pelanggan mmg agak terasa jugaklah. kita bknnya dtg utk mkn free. maybe org lain ada pengalaman berbeza. wallahualam..

Bagi sesiapa yang nak cuba, boleh kunjungi di alamat berikut, dan menunya pula bak kata stafnya tengoklah sendiri kat website ya: :p http://www.mahsurisatay.com.au/our-menu/lunch-menu.html

313 Albany Highway 
Victoria Park 
Western Australia




beriani daging

set nasi dan chicken curry


Tuesday, June 12, 2012

Apam balik versi gebus

Malam ini diramalkan ribut taufan- cyclone category 2. sejak petang tadi dah start ribut dan kemuncaknya adalah antara pukul 10 hingga ke tgh malam ini. Semoga semuanya dilindungi dan selamat hendaknya.. Amin.. ribut yang berlaku ahad lepas menyebabkan beratus ribu rumah terputus bekalan elektrik. manakala ribut malam ni dijangkakan hampir kuat mcm ribut ahad lepas. pagar runtuh pun tak baiki lagi, harap2 jgn lah runtuh lg. kalau kymba jalan ke rumah jiran tu tak kisah sangat. tapi 'kisah'lah kalau tiba2 anjing sebelah datang ke sini nak berkawan sbb haritu pun dia dah datang siap guling2 lagi suruh garu perut :p

Tak berapa lama sblm ni ada nampak kat blog seseorang, (tapi tak ingatlah..) ada buat apam balik ni. siapa ya, tolong bgtau kalau tahu :). Itu yg jd tiba2 teringin nak mkn apam balik. kalau kat sana boleh la senang2 beli kat pasar malam kan? nak order kacang lebih ke, krim jagung lebih ke kan.. tp kat sini kalau nk mkn of coz la kena buat sendiri. bknnya susah pun, boleh mkn kenyang2 dan letaklah kacang byk2 (crushed peanut pun ada jual kat supermarket. kat sana ada tak?), letak krim jagung stgh tin sampai melimpah ruah. ye la duduk sini tak semestinya hari2 mkn pie kan? menu tradisi takkan dilupa. eh apam balik ni asalnya mcm pancake juga, pancake versi kita, kan? :)




Sunday, June 10, 2012

Sixth GiveAway (GA)

Bulan depan kita akan menyambut bulan Ramadhan, Insyaallah. Oleh itu GA kali ini adalah bertemakan dessert ala omputih atau Aussie lah kan. mana tahu teringin nak cuba resepi2 dessert ni sebagai manisan untuk berbuka nanti ;) Jom sertai GA ini. senang aje, kena buat kerja sikit. tp berbaloi lah dgn hadiahnya.






1) Penyertaaan dibuka kepada semua.


2) *Buat satu entry berkenaan makanan (tak kisahlah tentang masakan anda, tempat makan atau apa2 sahaja asalkan yg berkaitan makanan. Entry yg lepas dan berkaitan pun diterima. Contohnya pengalaman anda memasak, hasil masakan anda dll). Tinggalkan link kepada post tersebut beserta email address anda di ruangan komen post ini.


3) Tarikh tamat GA ialah: tepat jam 12 tgh malam pada 24 Jun 2012. Pemenang akan diumumkan pada 25 Jun 2012.


4) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.




*Nota
1. Sertakan entry yang paling menarik mengikut kreativiti anda dan mestilah original.
2. Entry yg paling menarik perhatian saya akan menerima hadiah BONUS.