Tuesday, July 31, 2012

Menu ikan dan sotong

Kat sini ayam dan daging rasanya lebih murah dari makanan laut. Kadang2 tu mmg teringin sangat nak beli ikan walaupun mahal, tapi nak beli pun tak kenal ikan jenis apa. Ikan yang dijual di pasaraya ni biasanya dah dipotong dalam bentuk slice dan fillet. Jenuh juga nak google apa nama ikan dan mcm mana rupa ikannya itu. Salmon tu tahu lah.. Dahla saya ni cerewet sikit cuma suka ikan tertentu saja. Untunglah ada kedai2 oriental yang menjual ikan frozen diimport dari Malaysia. Antara ikan yg ada ialah ikan kembung dan bawal hitam dari Vietnam. Baru2 ni terjumpa ikan cencaru.. sangatlah sukanya dapat buat ikan belah belakang.. fuhh makan sampai tak ingat.. tambah2 pulak buat pindang mmg ngam sangatlah.

Dan ada satu hari masa pusing2 kat bahagian seafood di Coles, ternampak sotong pulak terus borong semua yang ada dalam bekas, beratnya dalam 3kg. 1kg harganya $9 kalau tak silap. tp sebab jarang ternampak tu yg ambik semua buat stok. Sekali sekala dapat makan seafood macam ni terasa sangat bahagia hehehe

ikan kembung bakar
dengan cili kicap

ikan belah belakang super sedap


kari sotong

Monday, July 30, 2012

Baked donuts aka donut bakar

Sejak tengok resepi baked donut kat majalah, boleh kata setiap hari dok angan2 nak buat donut ni. Mcm bercinta pulak nak cari donut pan, kalau tak dpt donut pan, dpt donut maker pun ok la jugak.. tapi jenuh juga mencari sejak beberapa lama. Banyak kedai barang dapur dah dijejaki tapi tak ada, akhirnya terjumpa dekat k-mart. Lah! haritu cari tak ada pun. Mungkin diorang baru restock agaknya. pergh.. terus sambar satu. lepas tu hubby kata kenapa amik satu, amik la dua. Haa apa lagi dah org suruh cepat2 la sambar lg satu. Orang nak bayar lah kan..nasib baiklah regenye bila tengok dalam AUD. kalau convert dalam RM, mmg berkira sikit nak beli. sebab mahal! muaahahaha..
donut pan yg comel tp harga bole tahan comel jugak.

terliur tak? ye la kat sana boleh mkn dunkin donut la, big apple la..

close up sikit. kelabu asap.. tgk tu sampai berasap sbb tenung lama sgt

hasil eksperimen.. siap ada duri2 tu lagi haa

posing jgn tak posing

lepas bakar, sapu butter dan gula

tadaa...

close up. isk tak smooth (kena sapu bb cream ni) dan tak lembut mcm donut goreng. sedikit frust. 

sapu coklat yg taknak cair. geramm..minta bantuan orang2 kenit tabur hiasan sesedap rasa

comotnyaa.. takpe la bila2 balik kg nanti beli donut sedozen mkn sorang2 sampai puas hati :D

Sunday, July 29, 2012

Menu Iftar

Ini menu Iftar Sabtu lepas. Biasanya menu taklah sebanyak ni, tapi disebabkan kami mengundang 2 pasangan tetamu, agak meriah sikit jadinya. Tambahan pula tetamu pun datang dengan bawa makanan juga. Wah... penuh makanan semeja.

Terima kasih kepada Alin dan Pat, serta Ica dan Faizan kerana sudi datang ke rumah. Masa awal2 tak ingat nak ambil gambar, so nilah jadinya apabila gambar2 makanan diambil selepas 'majlis' berlangsung.. hehe..
Gulai ikan talang kering

BBQ chicken dimasak oleh Pat

mixed vege

sambal belacan..

ceri dan strawberi.. blur la pulak. :p

lopis made by my hubby

muffin by Pat

kuih bakar special by Ica

last not least, rosemary chicken by me :)

Thursday, July 26, 2012

Stok bulan puasa... dan bunga osteospermum

Baru-baru ni terima kiriman dari adik di kampung. Memang saya minta tolong dia untuk cari barang2 ni especially ikan kering buat stok bulan puasa. Mcm biasa kalau nak pos barang mcm ni selalu kecoh kat post ofis. Ini bukanlah kali pertama dia pos barang mcm ni. Dah beberapa kali. Pejabat pos kata polisi diorang tak benarkan pengeposan barang makanan kering mcm ikan bilis ni. So adik saya dah maklum, tapi memandangkan pernah pos sebelum ni (pun kecoh juga sampai suruh sign), dia dah faham tanpa disuruh lagi untuk tandatangan borang dengan mengambil risiko sekiranya berlaku sesuatu. Nak buat mcm mana kan, dah kakak dia request, terpaksalah dia pos juga. Malu juga dia kata bila kerani kat kaunter tinggikan suara sampai pelanggan lain dah tengok2. Dah la adik saya tu tengah mengandung. hmm.. sampailah bos kat situ keluar ke kaunter dan tanya apa masalah dan last2 suruh adik saya sign borang tu dgn risiko sendiri. Mcm mana tu? mmglah polisi tak boleh, tp kalau pelanggan sanggup tanggung risiko, apa masalahnya? saya pun tak fahamlah. lagipun barang2 yang adik saya pos tak pernah sangkut semasa pemeriksaan di sini. Walaupun kena kuarantin, semuanya saya terima dengan selamat. Malah kali ni tak ada pulak sticker kuarantin. Itulah masalahnya dengan sektor perkhidmatan kan.. apa salahnya cakap elok2, janganlah mcm sampai nak menjatuhkan maruah org.

Oh ya, kalau barang yang tak lepas ke sini biasanya adalah produk daging dan tenusu. Tak tahulah saya kalau ada yang pernah lepas pos serunding daging ke. Yang saya tahu kalau bawa makanan through flight kadang2 diorang tak check sangat pun. Tengok nasiblah jugak. Yang penting kena declare makanan dan juga ada senarai bahan2. Saya siap suruh adik saya letak label dan bahan2 supaya senang diorang faham apa kandungannya.

Gambar2 seterusnya ialah bunga osteospermum yang telah berkembang. Pokok ni adalah pemberian jiran kami yang tak tahu speaking english. Kami cuma tunjuk2 bunga dia tu sambil angkat tangan buat thumbs up so dia pun faham la dan terus cabut anak2 pokok tu dan bagi kat kami. Dah hampir setahun tanam, pokok ni dah berbunga. Ada dua jenis warna iaitu putih dan purple. Tak sabar rasanya tunggu spring nanti sebab kami tanam keliling pokok jacaranda. Bila semuanya berbunga mesti nampak lawa habiss.. hehe..

Oh ya, ni info pasal bunga ni. (merujuk kepada http://www.osteospermum.com/)

The name Osteospermum is derived from the Greek osteon (= bone) and Latin spermum (= seed). Osteospermums belong to the daisy family ( Compositae / Asteraceae), hence their common names: African Daisy or South African Daisy, Cape Daisy and Blue-eyed Daisy.
They mustn't be confused with the annual Dimorphotheca. Although most commercial Osteospermums are labeled as annuals they are in fact half-hardy perennials or subshrubs. This means they are not entirely hardy and will therefore not survive persistent frosts. However, they can be propagated by cuttings or overwintered in a frost free environment.




untuk gulai yg sedap, adalah penting utk dptkan serbuk kari cap tarbus tu :)

asam keping pun import. kenapa? sbb asam keping beli kat sini masam terlebih dan tak sedap hehe. Bihun PAMA pun aderr

bulan2 puasa saya suka buat gulai ikan talang kering. ikan bilis pun ada, dan  juga gelama kering

diimport dari tanjung dawai nih

keropok adik perempuan sorang lg kirim. dah habis kena mkn mentah2 dgn budak 2 org kat rumah ni :p
osteospermum
awal2 winter belum byk bunga







terkini... bunga2 berkembang dgn meriahnya :)




ini yg warna purple. tp kamera tak dpt capture kaler sebenar. tgh tunggu gajet baru ni.  sabar.... :D

Wednesday, July 25, 2012

Alhamdulillah.. rezeki :)

Semalam kami ke kedai daging membeli daging dan kurma. Kedai daging ni bkn sekadar jual daging ayam dan lembu aje, ada makanan frozen mcm karipap, samosa dll.. dan juga bahan2 kering yg halal. gelatin halal pun ada nampak. Best tu. Kemudian ada nampak poster tentang jualan kuih muih di Spicy Mama. Untuk promosi, ada juga diorang letak beberapa paket kuih kat situ. kami pun beli 2 paket kuih lapis.. Bila mkn masa berbuka, mmg sedap dan anak pun suka. Oh ya selepas selesai membeli daging dan bila nak beredar, kami terima sekotak kurma dari akak kat kedai tu. terima kasih banyak2.. bulan2 puasa kat sini pun tetap ada yg bersedekah..

Maka harini dengan semangatnya kami pun menuju ke Spicy Mama. (Review pasal makanan kat kedai ni dan alamat boleh tengok kat SINI) Mengikut poster, jualan kuih muih bermula pukul 2-4 petang tiap hari Isnin - Sabtu. Makanan yang biasa diorang jual hari2 biasa pun ader, mcm mi rebus tu..sbb diorang kan lunch bar, so kena buka juga kedai untuk pelanggan lain yg tak berpuasa (non-muslim) ataupun yang tak boleh berpuasa tu kan. Kebetulan terserempak pula dengan Najwa sekeluarga,  jadi meriah pulak jadiknya bila jumpa kawan2 ni. :D

Berbalik pada kisah kuih muih ni..walaupun pilihan tak sebanyak bazaar ramadhan, yg ni pun dah lebih dari memadai dan mencukupi. Kami beli 4 jenis kuih dan 1 pek mi goreng. Kemudian dpt bubur lagi satu plastik. Murah lagi rezeki kami hari ini. Alhamdulillah.. walau hidup jauh di rantauan, Ramadhan sini tetap meriah :)
sekotak kurma yang diterima


bubur percuma

4 jenis kuih, bubur dan bihun goreng

dah lama teringin nak makan serimuka

puding marble

mi goreng. boleh tahan sedap :)

kuih ketayap @ dadar

saya makan ni sampai 3 ketul! kenyang tersandar.. 

Tuesday, July 24, 2012

Found treasure

3 barang ni dibeli di sunday market. ada yg mahal, ada yg murah. ada yg tak pernah jumpa. kalau harga munasabah, bolehlah beli. kalau boleh tawar harga lagi bagus. tp barang2 mcm ni penjual pun dah pandai. dah tahu nilai 'antik' barang tu. contohnya sebelum ni beli sarung bantal dpt harga $1 untuk sepasang. next time, dia jual $5 pula. time org ramai, harga naik sikit. time org tak ramai atau time dah nak tutup, dia akan letgo murah sikit. kalau bernasib baik, dapat brg free. konsep sunday market ialah jual barang terpakai sahaja. tak boleh jual barang baru. tapi ada juga yg jual brg baru contohnya mainan. bergantung pada penganjur jugaklah agaknya. sesiapa pun boleh berniaga di sunday market. cuma bayar kos sewa tapak aje.

saya suka jalan2 ke sunday market ni sbb boleh tengok bermacam brg, dan tengok org juga. tp yg tak tahannya ialah org yg bawa anjing yang suka hidu2 orang lalu lalang. tiap kali nak lalu, kita kena bersilat elak dr tersentuh anjing.. tak kurang juga yg kalau kita tegur anjing dia. eh comelnya!.. tuan dia suruh kita gosok2 pulak anjing tu.. sambil kata yg anjing dia mmg friendly dan won't bite. ada berani? :)
sugar pot

suka dengan corak bunga rosnya yg timbul dan juga keliling pot mcm ada mutiara kan?


cake plate yang sangat cantik

roses lagi


diorang pun pandai dah letak harga mahal utk pinggan dari england :p

suka belek bunga dan corak sekeliling pinggan

mangkuk kaca dengan bentuk scallop di sekeliling siap dengan tangkai

corak bunga.. dan boleh sangkut sudu kat bahagian tengah..mungkin untuk cedok dessert?

atau letak gula2/coklat pun menarik juga kan?