Wednesday, October 31, 2012

Makan2 @ New Horizon Garden Restaurant, Kota Bharu

Pertama kali makan kat restoran New Horizon Garden ni ialah kira2 2 tahun lepas masa di Kuantan. Tak dapat lupa betapa sedapnya makanan.. ye lah mula2 ingatkan restoran cina sbb ada nampak tanglung bergantungan. Rupanya kedai berkonsepkan makanan cina yg halal. Lerr kalau tau mcm tu dah lama singgah mkn restoran yang kat KB ni. Mmg nampak restoran ni kat simpang 4. So kali ni balik apa lg, mesti singgah sini lah.

Kami dtg waktu dah agak lewat utk mkn tengahari. Tak ramai pun org masa ni. Ramai yg dah selesai makan dan nak beredar. Jom tengok menu yg ada.. mula2 plan nak kangkung belacan tp takde lak. Frust lah. Tp lepas dah test, rasanya masakan kat Kuantan lebih sedap. Menurut pekerjanya, restoran ni dah buka cawangan kat Bangi pulak. Sesiapa yg duduk kat KL bolehlah ke Bangi kalau nak try. Atau boleh juga cari alasan nak ke Kuantan. Harap2 yg Kuantan tu masih sedaplah, kalau tak sedap jgn marah sy pulak ya he he.. :p

p/s: bila tengok rambut diorang ni teringat satu insiden lucu. Masa yiyi nak ke tandas di stesen keretapi Pasir Mas, akak yg jaga toilet tu tegur yiyi nak masuk toilet lelaki. Dia ingatkan yiyi ni budak perempuan dan suruh masuk toilet perempuan. Lepas tu br abahnya bgtau yiyi ni lelaki, bukan perempuan. ha ha ha.. tu la siapa suruh taknak potong rambut? tu pun masih degil lagi.. balik penang baru diorang nak potong rambut, tu pun nak trim sikit saja dah tu nak kena pujuk dengan servis syampu rambut sekali he he..
tengah tunggu makanan

ruang yg luas... ada 2 tingkat

kuih raya pun ada dijual

cashier

gambar org2 penting yg pernah mkn kat sini agaknya

promosi

teh cina. sangat disukai oleh abe awe.. tp dia letak gula :p

alamat dan no tepon


must have: butter prawn. minat butter tu sebenarnya

puding pun nak jugak

kailan ikan masin

butter prawn lg

tomyam campur


peace! jgn lupa baca doa makan

daging masak halia ke apa ntah ni. tak sesedap bua siam 

penuh semeja

abe awe dgn coke float. yiyi pulak nk mkn bunga hiasan hehe. Jemput makan ya!  :D

Tuesday, October 30, 2012

Berjumpa sepupu di rumah tok ayah

Bila tahu saja kami balik, sepupu2 budak2 ni pun datanglah ke rumah tok ayah. Biasanya mmg mcm tu, sbb sblm ni pun kami tinggal di KL dan cuma balik bila cuti sekolah atau hari raya. Waktu nilah dpt jumpa sepupu2.. setiap kali jumpa, masing2 dah makin besar. Dulu semuanya kecik2 belaka. Sekarang semua dah bersekolah. Tapi tiap kali jumpa jenuh nak ingatkan anak2 yg ni bukan 'kawan2', tapi sepupu. Lepas tu kena terangkan pulak apa maksud sepupu tu. Ingatkan dah lama tak jumpa susah lah nak sembang kan, tp tengok aksi diorang ni. Terlebih2 pulak dah.. :p

Teringat saya cerita sepupu diorang iaitu che ceh (sebut 'ceh' tu bunyi sengau sikit) kat bawah ni. Diorang ni panggil dia mcm tu agaknya sbb suaranya yg mcm mak nenek sikit kalau bercakap, atau mungkin sbb suka ckp banyak kot (menceceh?) .. masa dia kecik2 dulu dia pernah tanya ayah dia, kenapa hidung dia tak ada kelongsong (batang hidung)?. :D
budak baju kotak2 ni skrg suka sgt buat aksi nakal kalau bergambar

sengaja pejam mata


sebelum kami berangkat ke perth, budak kecik ni baru je lahir. skrg dah besar dahh

ni lah che ceh. mungkin dulu hidung kemek sikit, skrg dah ada kelongsong kan?

yg sulung pun dah besar. dah ada awek dah ni haha seronok mengusik budak2 :p

pokok salak keliling rumah. sori la sy nak pijak rumput sbb ada pacat!

rumah kampung yg perlu ditutup sentiasa sbb tak selamat biar pintu terbuka..

Monday, October 29, 2012

Lunch @ Cousin's house

Setelah menginap satu malam di Kuantan, kami pun bersiap2 untuk bertolak balik ke Kelantan. Sebelum tu, kena penuhi jemputan kakak sepupu di rumahnya di Kemamang (Kemaman). Pukul 11 pagi dah sms bgtau makanan dah siap. Wah lajunya.. kami pun cepat2 check out pukul 11.30 pagi dan bergerak ke Kemamang.

Oh lupa nak tayang gambar satu lg menu fevret utk bfast iaitu bubur nasi. Sy suka letak ikan bilis byk2 mmg sedap bangat. Sampai di rumah kakak sepupu, sibuk amik gambar bunga orkidnya yg besar2 dan bermacam warna. Ni hobi sebijik mcm tokdin (mak saya) ni.. sejuk mata memandang. Sy ni orkid cuma minat tgk aje, arwah ayah sy dulu pun suka orkid. Tp anaknya ni suka bunga ros dan hydrangea hehe.. oh ye, bila makanan tersedia, rasa nak pengsan tengok menu yg hebat2 belaka. Antara menunya iala gulai udang galah, kari ketam, ayam madu lagi.. ada ikan bawal lagi.. ikan kering pun ada iskk.. pastu air kelapa lagi. rasa cam nak tergolek kekenyangan kat situ juga. kalau fikirkan tak travel jauh2, mmg boleh mkn bertambah2 lg masa tu. Alhamdulillah bila perut dah kenyang, dptlah meneruskan perjalanan balik ke kampung di Kelantan dengan senang hati. Sepanjang perjalanan mmg dah tak perlu berhenti mkn. Cuma tak tahan tgk gerai buah cempedak. Siap ada jual potai lagi tu haaa.. jom tengok gambar!
semangkuk bubur nasi dan segelas oren

orkidlah






boleh bersantai di tepi rumah








hidangan istimewa.. dah lama tak mkn bersila

ketam yg segar

Alhamdulillah... rezeki.. terima kasih pada kakak sepupu

boleh bertolak balik

besarnya library

gerai cempedak


potai

lepas makan sebijik dah sakit badan..

Alhamdulillah dah sampai Kelantam