Monday, December 31, 2012

Bye bye 2012, Welcome 2013

Sedikit imbasan...cerita pendek kali ini :)
pagar baru pasang, menggantikan pagar lama
yang roboh selepas ribut melanda bulan Jun 2012

mael comel  yg sempat bersama kami selama 5 bulan

namun kucing gendut busyuk masyam ni kekal menjadi princess di rumah ini

Sunday, December 30, 2012

Summer vege patch dan menu 'panas'

Cuaca sejak minggu lepas sangat panas.. jadi aktiviti di luar terpaksa dikurangkan. Kebanyakan masa cuma terkurung di dalam rumah dan cuma keluar jika perlu. Tapi tanaman pun perlu dijaga, sekurang2nya perlu siram 2 kali sehari supaya tetap segar.

Panas2 pun tak miss juga ke sunday market. Selain dari barang2 terpakai, kami juga mencari pokok2 bunga, ulam dan herbs yang masih belum ada atau untuk menggantikan yang telah mati contohnya pokok cili.

Seronok betul bila jumpa pokok selom ni. Sedap kalau dibuat ulam atau hiasan untuk laksa..nyum nyumm.. pokok tomato pun beli yg dah siap berbuah, tak payah tunggu lama untuk menikmati hasilnya. Satu pokok cukuplah sbb kat rumah ni bkn ada yg minat sgt mkn tomato. Harga pokok2 mcm ni biasanya jauh lebih murah dari beli di nursery seperti bunnings. Dan paling best sekali jumpa pokok ulam raja! Haa apa lagi  dapatlah mkn ulam dengan sambal belacan dan.. budu!
selom

mula2 alih ke tanah lepas tu alih ke pasu semula

pokok tomato

strawberi masih ada


close up tomato

hiasan aje he he

kebanyakan lemon masih belum masak. yg masak byk berguguran

pokok cili yg lebat berbuah

anytime nak buat sambal kicap dah tak risau lg

atau buat tomyam.. hmmm

ulam raja dan sambal belacan

hidangan sempoi yg panazzz.. musim panas sedap mkn pedas2 agaknya. sup tulang utk anak2

ayam masak merah, guna ayam goreng leftover yg tak brp laku

mkn pedas2 takpe ada sirap bandung kala emergency he he

blueberry pun dah masak

pokok ulam raja yg segar

minggu ni cari lagi tp tuannya tak dtg pulak. :p

Thursday, December 27, 2012

Roast chicken dan pati ikan bilis

Dah lama tak mkn roast chicken. Biasanya sy buat menu ayam rosemary, tp sekrg dah jemu mkn rosemary, tukar buat yg simple aje. Resepi saya rujuk kat blog mamafami kat sini: http://mamafami.blogspot.com.au/2010/12/roasted-blackpepper-chicken.html

Selain itu saya juga buat gravy dan oven baked fries. Gambar pati ikan bilis (budu) kat bawah ni bknnya mkn dgn ayam ya.. saje je tunjuk gambar sampingan yg budu pun ada kat sini he he.. sebenarnya ada kawan yg baru balik ke Malaysia telah berikan kami lebih dari sedozen botol budu ni disamping barang2 lain. Bukan main suka lagi grand masterchef bila dapat budu. :)

panas2 dari oven
boleh tahan sedap



oven baked fries


budu letak cili dan perah lemon :p



Wednesday, December 26, 2012

Ikan bakar dan buah tin

Sori lama tak update.. hehe.. lama ke? ye la.. skrg tgh musim cuti kat sini, tambah2 pula minggu ni cuaca panas berterusan. Suhu antara 38 hingga 40C. Hari Sabtu ni suhu dijangkakan mencecah 42C! Rasa cam nak duduk dalam rumah aje, pasang aircond duduk diam2 tp tak leh jadi juga sbb time ni pulaklah diorang buat sale gila2.. adoii menggugat betul. So cuaca panas2 pun keluar rumah jugaklah menjenguk suasana. Pergi ke Harbour Town tengok ramainya manusia. Kami cuma sempat masuk 2-3 kedai aje tengok ramai sgt org sampai nak bayar pun beratur panjang.

Kemudian ke tempat lain pulak.. nasib baik tak ramai orang. Sempat dengar salah sorang staf kat situ tengah menelefon bosnya bg laporan yg suasana petang tu agak tenang sikit, berbeza dgn waktu pagi ramai yg dah serbu. Oh begitu rupanya. Kami pun beli apa yang perlu dan cepat2 balik rumah.. kalau jalan panas2 mcm ni cepat mengantuk, letih dan dahaga :p

Jom tengok menu kami baru2 ini. Lama tak mkn ikan bakar dan air asam. Tp air asam kurang kick sbb tak cukup bahan penyedapnya iaitu cili padi. Nak beli pun fikir banyak kali sebab satu bekas kecil mahal sangat. Pokok cili pun dah habis mati sebenarnya, dan baru aje beli sepasu yang baru dan mmg lebat betul cilinya.

ikan kembung import boleh beli kat frozen section di kedai oriental

air asam


buah tin @ fig
Yang ini ialah buah tin atau fig yang segar. Buah tin ni tak tahan lama, baru satu hari dah lembik.

Mungkin sbb tu susah nak eksport yg segar sbb cepat rosak tu yg byk kita jumpa yg dah kering kan?
close up

Sunday, December 23, 2012

Summer

Akhirnya bunga hydrangea ni telah berkembang.. bunganya ni tak berapa besar mungkin sebab tanam dalam pot. Masa baru beli tak berani tanam atas tanah takut tak boleh hidup sbb pokok ni cerewet tak boleh kena cahaya matahari terik.

All hydrangeas will bloom and grow well in morning sun and afternoon shade. This is especially true of the most commonly grown hydrangeas, the macrophyllas. These are the blue and pinkmopheads and lacecaps.

Boleh rujuk kat website ni: http://www.hydrangeashydrangeas.com/planting_fert.html

Memandangkan pokok ni dah boleh survive, boleh la nak transfer ke tanah lepas ni. Harap2 lebih banyak bunga yg besar2 :)

Gambar bawah sekali ialah coklat yg dihadiahkan kepada cikgu kelas budak2 ni. Yg bestnye mmg dijual siap dah gift-wrapped. Tak yah susah2.. skrg ni mmg sale coklat sbb dekat nak krismas. Paling sy suka ialah time nilah paling banyak butter cookies dalam pelbagai tin yg cantik2!



strawberi yang tak henti2 berbuah


petunia pun sama




Thursday, December 20, 2012

Blue and white

Suka sangat tengok gandingan warna biru dan putih.. nampak menyerlah sekali. Ada yang setuju?
Jug tu sy beli kat sunday market dan ramekin adalah yg baru.
jug enamel ni beli di sunday market


sukalah corak ni

ramekin warna biru muda yg sgt cun

bkn calang2 ramekin ni. kalu masak apa pun gerenti sodap hahaha

blue and white

muka kedut2 pun tp kalu jd chef tersohor, boleh jual brg ada brand ye tak

Wednesday, December 19, 2012

Crabbing in summer

Aktiviti yang ditunggu2 bila musim panas tiba: crabbing! yeehaaa.. waktu paling best ialah waktu malam sbb suhu di tepi laut sangat sejuk sampai kena pakai baju berlapis2. Siap bawa selimut lagi.

Kat jeti ni juga ramai pemancing. Sewaktu kami di sini, kami ternampak anjing laut berenang2 dan masuk ke bawah jeti. Ikan lumba2 pun ada kelihatan.. dan tidak kurang juga ikan jerung. Yaa.. ikan jerung. Ada pemancing yg dapat menaikkan ikan jerung beberapa hari lepas. Malam kami di situ, tali pancing salah seorang di situ putus ditarik jerung. Tp diorang kat situ tak heran agaknya sbb masa kami sampai pun ada beberapa kumpulan orang yang tengah training scuba diving di situ. Ada sesiapa berminat nak join scuba tak? :D


rambut dah panjang. tgk gaya mcm rupert grint dalam video lego house by ed sheeran lah

adiknya nak mancing. tp bising lebih


kena pastikan saiz tangkapan melepasi had ditetapkan

peminat ketam

standby tunggu ketam
hasil tangkapan.. 7 ekor semuanya. 
kami cuma rebus aje.. ketam fresh ni sgt maniss
ketam ni sy yg nampak dia berenang2 rupanya rezeki saya
besar pulak tu. Alhamdulillah rezeki :)