Monday, December 30, 2013

Makan-makan di INSAN'S CAFE, Murray Street

Sudah lama rasanya tak makan di Insan's Cafe.. rupa-rupanya kafe ni dah bertukar pemilik. Pemilik baru mengekalkan menu dan resepi terdahulu dan paling saya suka kali ini adalah portion makanan yang banyak dan sangat berbaloi dengan harga. Selain menu nasi campur, saya juga telah mencuba menu goreng-goreng iaitu nasi goreng ayam dan mi bandung. Memang sedap sekali..

Kalau jalan-jalan ke bandar Perth jangan lupa singgah makan di sini!


Post terdahulu tentang Insan's Cafe boleh dilihat di SINI.
Alamat:
113-115 Murray St, Perth, WA 6000, Australia
Tel: (08) 9218 9062
Gambar dari album lama
Budak-budak suka makan di sini sambil melihat keluar kafe

Anak saudara saya yang bernama Fatihah :)

Tokdin :)

Adik suka makan nasi dengan menu kambing

Nasi goreng kampung

Sedap sekali tambahan pula ada sambal

Bahagian dalam kafe

Nasi goreng ayam lengkap dengan sup dan sambal

Mi bandung.. 

Sedap dan tak mengecewakan.. sesuai dengan citarasa saya :)


Sunday, December 29, 2013

Terima kunjungan kawan :)

Hari Khamis lepas kami telah menerima kunjungan kawan yang selama ini dikenali melalui blog iaitu Kelly Walther yang datang bersama Kak Hally dan anak-anak. Pertama kali saya dapat bertemu dengan Kelly yang datang bercuti ke sini.. Kelly ni sangat ramah orangnya, seronok sekali dapat sembang ramai-ramai terutama bila ada Kak Hally yang begitu pekat dengan loghat Perak. Anak-anak Kak Hally pun cantik dan berbudi bahasa. Saya cuma sempat masak yang ringkas saja iaitu nasi ayam perghh beserta dessert kek epal dan brownies. Lupa pula ambil gambar brownies. Untuk resepi boleh klik KEK EPAL atau BROWNIES.

Suka sangat tengok Esah dan Jah makan nasi ayam sampai bertambah-tambah. Esah banyak betul makan sambal cili nasi ayam sebab tak pedas langsung! Hehehe

p/s: Esah dan Jah adalah nama timangan yang kami beri :)

Resepi Nasi Ayam (saya rujuk dari blog Kak Azie Kitchen dan tambah/sesuaikan mengikut citarasa saya)

Rebusan/Stok Ayam
Ayam
Bawang putih
Halia
Sedikit garam

Rebus ayam dengan bawang putih, halia dan sedikit garam sehingga mendidih dan ayam empuk.
Keluarkan ayam dan sejukkan seketika di dalam bekas

Perapan ayam
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Garam
Madu

Lumur ayam dengan bahan perapan. Simpan ayam di dalam peti sejuk selama kira-kira satu jam atau lebih. Lebih lama lebih bagus.

Nasi ayam
5-7 cawan beras dibasuh dan disejat
Sedikit mentega
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelaga
Daun pandan disimpul
Sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna

Panaskan mentega, tumis bahan diatas (kecuali serbuk kunyit) sehingga wangi. Masukkan beras. Masukkan separuh dari air rebusan ayam di atas. Tambah air sekiranya belum cukup. Masukkan serbuk kunyit dan kacau sehingga larut. Masak seperti biasa dalam rice cooker.

Sup Ayam
Air rebusan ditambah sedikit air
Cengkih
Pelaga
Bunga lawang
kulit kayu manis
Bawang putih
Karot
Sedikit kobis
1 ketul kiub ayam
garam secukup rasa


Sambal cili
Cili merah
Bawang putih
gula
garam
cuka
Blendkan semua bahan dan pastikan secukup rasa

Sambal kicap
Kicap manis
Cabai melaka
garam
gula
Blendkan semua bahan dan pastikan secukup rasa

Selamat datang ke rumah :)

Hidangan yang ringkas aje

Salad mesti ada

Ayam

Sup istimewa

Masa untuk silakan tetamu duduk

Pencuci mulut iaitu kek epal yang dimakan bersama double cream

Friday, December 27, 2013

Kebun sekolah dan bunga hydrangea

Sebelum cuti sekolah, saya sempat ambil gambar sekitar kebun di sekolah. Tertarik sekali tengok kebun yang sangat terjaga. Apa yang saya suka dengan sekolah di sini ialah pelajar bukan setakat diajar secara akademik, malah turut diasuh dengan kemahiran hidup antaranya seperti memasak, berkebun, menunggang basikal, berenang malah cara-cara membeli belah di kedai dan pasaraya!

Bunga hydrangea ini pula adalah bunga kegemaran saya. Kebetulan masa bawa keluarga adik saya berjalan-jalan di sini terjumpa rimbunan bunga ni.. sangatlah cantiknya :)
Limes? Suka tengok bila ditanam dalam barrel macam ni

Geram tengok

Tanaman dalam pasu

Bangku panjang untuk berehat

Raised Garden bed yang ditanam dengan strawberi

Hmm sedapnya

Kolam hiasan pun ada

Pokok hydrangea

Close up

Cantiknya warna ni

Kurang pasti bunga apa namanya

Banyak ditanam di sini

Cantik kan?

Lagi rimbunan hydrangea

Suka kawasan redup dan terlindung dari pancaran matahari

Cantiknyaa



Yang ni dah betul-betul kembang rasanya

Monday, December 23, 2013

Roti Jala - Resepi dan Acuan

Saya letakkan resepi roti jala yang dibuat sempena jamuan di sekolah minggu lepas untuk rujukan di masa akan datang. Resepi asal saya ambil dari DAPUR MALAYSIA.COM. Saya pilih resepi ni sebab nampak rotinya lembut dan sedap. Tapi seperti biasa saya sesuaikan adunan supaya senang untuk dijala nanti.

Adunan roti jala (sesuai untuk hidangan 10-12 orang)
800gm tepung gandum
3 biji telur
6 cawan air
sedikit garam
sedikit kunyit sebagai pewarna
Sedikit minyak dan daun pandan disimpul

Cara: 
Bancuh adunan sehingga sebati dan tiada ketulan. Tidak begitu pekat atau cair dan senang untuk dipicit melalui botol. Isi adunan dalam 2 biji botol sekaligus supaya senang bila satu botol habis, ada satu lagi botol untuk digunakan.
Panaskan kuali leper, sapu minyak menggunakan daun pandan yang disimpul. 'Jala' menggunakan botol. Jika terlalu kering, boleh sapukan minyak menggunakan daun pandan. Bila sudah masak (tiada kesan tepung), angkat roti jala, lipat dan gulung.

Acuan yang saya gunakan pula ialah botol mayonis 3 muncung. Mula-mula saya tengok acuan ni digunakan oleh Chik Mi. Sejak gunakan acuan ni, saya dah tak gunakan acuan tradisi lagi sebab guna botol ni sangat cepat dan praktikal. Kurang sangat kesan-kesan tepung menitis atas kuali atau dapur. :)
Roti jala yang saya buat
Botol mayonis 3 muncung

Boleh beli di Daiso atau boleh juga order melalui Chik Mi ya :)


Thursday, December 19, 2013

Farewell Party dan cuti sekolah

Hari terakhir persekolahan adalah pada hari Khamis. Guru-guru pula bekerja macam biasa sampai hari Jumaat. Sempena musim persekolahan tahun 2013 yang berakhir pada minggu ini, guru kelas dan ibu bapa telah membuat jamuan perpisahan. Tema makanan ialah A Tasting Delight iaitu sajian makanan dari pelbagai negara yang dibuat berdasarkan kajian negara yang dibuat oleh setiap pelajar. Anak saya sudah tentu membuat kajian dan pembentangan tentang Malaysia dan usahanya mendapat pujian guru sehingga mendapat sijil pada perhimpunan yang lepas. Selepas memikirkan makanan apa yang sesuai akhirnya saya pilih untuk menyajikan roti jala untuk jamuan ini.

Kelas anak saya yang satu lagi pula menganjurkan program berbasikal di sepanjang sungai dan berkelah. Ibu bapa dijemput menyertai aktiviti seperti ini samaada jamuan ataupun berbasikal. Menarik bukan?

 Jom tengok gambar...
Tak ramai pelajar dalam satu kelas, sekitar 24 orang dan ada yang dah bercuti awal

Pelajar mencuba makanan dulu diperhatikan kaum ibu. Kat sini ramai kaum ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa

Hidangan savoury

Anak saya seperti biasa cuma makan makanan yang saya bawa iaitu roti jala

Hidangan lain

Dessert

Welsh Cake macam pancake kan.. siap dengan resepi

Biskut

Christmas Lebkuchen dari Jerman

Tak sesuai untuk pelajar yang ada alahan pada kekacang

Cikgu tunjukkan hasil kerja pelajar di skrin

Masing-masing makan sambil duduk atas lantai

Lagi pembentangan

Ibu-ibu pula merasa makanan


Sambil bersembang

Tak pasti kuih apa ni

Katanya ni dibuat dari labu dan kelapa dan dimakan bersama keju

Puding

Sandwic dari New Zealand

Ingatkan gozleme rupanya dari Romania

Puff Pastry

Roti jala mendapat sambutan hangat. Ada yang bertanya macam mana nak menjala :)

Suasana dalam kelas

Shortbread biscuit

Ibu-ibu yang hadir



Giliran guru beri ucapan

Pelajar yang sangat rapat dengan guru

Room 7

Kad jemputan jamuan :)